Monday, August 31, 2009

Merdeka, 'I Am A Global Citizen'

Beberapa minit lagi rakyat Malaysia akan merayakan Hari Kemerdekaan yang ke-52 dan kemungkinan besar pada ketika saya 'upload' penulisan ini, tarikh sudah menukar ke 31 Ogos. Selamat Hari Jadi Malaysia. Ketika menyusun gambar-gambar foto yang disimpan dalam komputer ini, saya meneliti sekali lagi hasil karya murid-murid satu pertandingan yang bertajuk 'I Am A Global Citizen' pada bulan Mei yang lalu. Saya berfikir bahawa tajuk ini adalah kait rapat dengan perayaan Hari Kemerdekaan.

Pertandingan itu dibuka kepada murid-murid semua tingkatan dan selain daripada tajuk, tiada panduan yang lain diberi. Tujuannya ialah untuk mengetahui apa interpretasi murid-murid terhadap tajuk itu. Walau pun hasil karya murid-murid bukan terlalu luar dari jangkaan, namun ada aspek-aspek yang dihasilkan oleh pemuda-pemudi yang terlibat dapat memberi perspektif baru kepada pemikiran orang-orang dewasa. Mereka ada pemikiran tersendiri, mereka mempunyai gaya pemikiran yang pasti berlainan dengan orang-orang dewasa semasa mereka muda. Mereka sebagai pemuda-pemudi zaman moden sudah pasti lebih 'multi-task' berbanding dengan pemuda-pemudi zaman dahulu (bukan 100 tahun tetapi 20 tahun dahulu). Begitu juga, ekspektasi mereka adalah berlainan. Begitu juga, sedihnya, mereka lebih keliru dengan berita-berita yang mereka baca atau dengan sama ada dari media biasa atau media alternatif melalui Internet atau sumber-sumber elektronik yang lain.

Sering kali, kita sebagai orang dewasa, pemimpin atau yang lebih 'matang' atau 'pengalaman' menganggap bahawa keputusan yang kita buat adalah yang lebih-baik daripada mereka yang masih muda. Jika kita suka nasihatkan bahawa kita makan garam lebih daripada kanak-kanak yang makan nasi, zaman 'Global Citizenship' ini harus mendesak kita mengubah diri kita dengan realiti dan pemikiran yang baru.

Pada tahun1968, seorang remaja, anak kepada seorang peguam yang terkenal, kurang minat dengan pelajaran di sekolah. Oleh kerana sering berasa bosan di sekolah biasa, ibubapa remaja itu memindahkan dia ke sebuah sekolah swasta. Keadaan budak itu tidak berubah. Tambahan lagi, terdapat 'gangguan' yang baru--Remaja itu mula tertaggih kepada komputer (pada ketika itu, komputer peribadi adalah satu ciptaan yang baru dan kemampuannya jauh kurang dari komputer sekarang). Bilik komputer telah menjadi segala-segalanya kepada remaja itu. Bersama dengan beberapa orang rakan-rakan sebaya, mereka meneroka potensi komputer dan menulis pelbgai kod arahan untuk komputer. Nasib baik, ibubapa tidak menghalang hobi yang baru. Bapanya tidak memaksa anak untuk belajar seperti diri semasa belajar untuk menjadi peguam. Ibunya tidak menyatakan bahawa perbuatan remaja itu adalah salah kerana kebanyakan remaja yang lain tidak buat demikian. Remaja itu, dan rakan-rakan sebaya mencapai 'kemerdekaan' untuk mencari ilmu dan kemahiran yang baru.

Kita seharusnya berterima kasih dan berhutang budi kepada pasangan ibubapa yang tidak menganggap diri mereka lebih 'matang' atau 'pengalaman', atau memakan garam lebih daripada remaja itu memakan nasi, kerana kemerdekaan kumpulan budak-budak inilah antara faktor utama kita semua sebagai 'Global Citizen. Remaja itu bernama Bill Gates. Salah seorang rakannya ialah Paul Allen.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sunday, August 23, 2009

Ijazah Untuk Semua

Pagi ini saya membaca berita utama dari Sunday Star berkenaan macam-macam jenis ijazah yang dapat dibeli melalui Internet. Nampaknya begitu banyak universiti yang barangkali hanya wujud dalam alam siber yang menjual pelbagai jenis muncul seperti cendawan selepas musim hujan. Mengikut teori 'supply and demand', ini bermaksud mestilah terdapat ramai orang yang ingin memperoleh satu ijazah (ada yang membeli beberapa ijazah untuk mendapat gelaran yang panjang di belakang nama mereka).

Pagi ini, semasa membaca berita tersebut, tiba-tiba saya memperoleh inspirasi untuk menulis sedikit berkenaan mempelbagaikan aspek pendidikan di universiti yang amat perlu untuk tujuan-tujuan spesifik dalam pembangunan negara. Harap pembaca terhibur di samping merenung tentang mesej yang ingin saya sampaikan. Harap juga tiada pembaca yang naik marah - pemikiran yang terlampau tersekat, terkongkong atau terbatas (sama erti sahaja?) tidak dapat menyemaikan biji benih kreativiti. Bukankah Kreativiti, Inovasi dan Daya Saingan menjadi fokus sekarang?

Dalam zaman yang moden ini, jenis kursus yang ditawarkan oleh universiti tidak patut dihadkan kepada kurikulum yang tradisi dan terhad. Barangkali keadaan sekarang di mana jenis opsyen yang ditawarkan oleh universiti tidak mencukupi, ramai graduan baru atau dipanggil NMG(newly minted graduates) oleh Tan Sri Dr Lin See-Yan tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar. (Untuk maklumat lanjutan, sila baca The Star, 22 Ogos : 'Najib's New Way Forward' oleh Tan Sri Dr Lin See-Yan.)

Apakah NMG perlu untuk meningkatkan kebolehpasaran (marketability) mereka? Atau, apakah jenis latihan tambahan yang ORG (old rusty graduates) perlu untuk meningkatkan keberkesanan kerja mereka? Bukankah kepentingan 'outcome' lebih daripada 'output' satu seruan yang membangunkan ramai untuk berubah? Berikut merupakan beberapa cadangan yang ditulis berasaskan prinsip 'Thinking Allowed'. Sekali lagi, jangan marah.

Kita boleh andaikan beberapa universiti baru diwujudkan untuk menampungi keperluan ramai yang kini tiada pilihan lain selain daripada membeli ijazah melalui Internet. Semoga institusi-institusi pengajian tinggi ini boleh memberi latihan yang sebenar berbanding dengan ijazah-ijazah palsu. Berikut ialah universiti-universiti yang dicadangkan:
  1. Konsortium Universiti Teknologi Unggu (KUTU) - Merupakan gabungan banyak cawangan, dihampir setiap bandar, besar atau kecil, yang menawarkan ijazah kepada mereka yang bekerja sebagai pensolek atau penggunting rambut. Antara opsyen wajib ialah latihan amali amalan kesihatan rambut dan pencegahkan tumbuhan organisma-organisma halus di rambut.
  2. Perbadanan Universiti Teknologi Untuk Semua (PUTUS) - Satu peluang yang baik bagi mereka yang sangat minat untuk meneruskan pendidikan lanjutan tetapi atas sesuatu sebab tertentu tidak dapat menyambung pelajaran mereka selepas peringkat sekolah menengah.
  3. Universiti Rakyat Urus Tegang (URUT) - Satu universiti moden yang menawarkan pelbagai jenis latihan fisikal bertradisional untuk mengurangkan ketegangan kehidupan zaman moden dan meningkatkan kemahiran pekerja sejenis perniagaan yang semakin popular di bandar-bandar besar.
  4. Tahan Institut Keberanian Untuk Semua (TIKUS) - Satu institut bertaraf universiti yang melatih ketahanan, keberanian dan ketabahan fisikal yang terletak di puncak Gunung Tahan. Institut ini menawarkan kursus jangka pendek untuk ORG yang berpangkat pengurus dan ke atas.
  5. Universiti Sahsiah Insan Keunggulan (USIK) - Satu institut pengajian tinggi yang berkonsepkan 'Back to Basics' dan 'Back to Nature' di mana kurikulum memusatkan kepada peningkatan nilai-nilai moral dan keagamaan berasaskan ajaran-ajaran asal tokoh-tokoh agama dan moral zaman dahulu untuk menjamin masyarakat yang lebih bersih.

Akhir sekali, satu usaha dengan kolaborasi antarabangsa untuk mewujudkan satu saluran teknikal yang cepat di mana seorang murid berumur 15 tahun boleh melalui institut teknik, politeknik dan kemudian memperoleh ijazah universiti dalam lima tahun. Saluran ini dikenali sebagai Technical Institut, Polytechnic, Unversiti. Cuba teka : Apakah nama singkatan untuk saluran ini? Sekali lagi, jangan marah tetapi beri komen. Terima kasih.

Tuesday, August 4, 2009

'Idea Market' -- Penggunaan Barangan Buangan

Alat bantu mengajar (ABM) sains tidak semestinya mahal dan susah untuk diperoleh. Dengan sedikit kreativiti, anda boleh membina bermacam-macam alat bantu mengajar dengan barang-barang buangan. Rajah di atas menunjukkan sebuah model berfungsi penyembur racun yang dibuat dengan menggunakan sebuah botol syampu. Percaya saya, apabila Pn Sia Peng Yee (yang membuat model itu) melakukan demonstrasi, ramai peserta kursus sudi disembur kerana ingin mendekati alatan tersebut. Bayangkanlah, peserta-peserta seminar yang kesemuanya terdiri daripada guru fizik, yang memang telah biasa dengan teori dan prinsip yang ditunjukkan (prinsip Bernoulli), masih begitu berminat dan tertarik oleh sesi demonstrasi itu bagaimanakah tentang murid-murid yang baru didedahkan kepada prinsip tersebut?

Beberapa soalan untuk refleksi :
1. Sudikah guru-guru menambahkan sedikit usaha untuk menghasilkan ABM? (Mengapa susah-susah? Gaji tetap sama.)
2. Adakah usaha dari unit-unit profesional seperti Jawatankuasa Kurikulum, Majlis Guru Cemerlang, Panitia dan lain-lain mencukupi untuk membudayakan amalan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif? (Mengapa susah sangat? Bukankah senang kalau buat 'bawa-cantum-cetak' modul sahaja?)
3. Adakah insentif untuk mengajar secara kreatif jelas dan mencukup? (Pernah diingatkan : Tak perlu eksperimen, latih tubi, hafal jawapan, ... asal sukatan habis pada bulan Julai...itulah cara yang baik.)
4. Adakah usaha ke arah ini sentiasa ditemui dengan daya-daya tentangan yang boleh melemahkan semangat? (Saya masih ingat setelah memenangi Anugerah Toray kerana mencipta sejenis catur untuk belajar tajuk keradioaktifan, dicalonkan untuk menerima Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri---Tidak berjaya kerana terlalu jujur menjawab soalan : Berapakah peratus peningkatan dalam SPM setelah menggunakan catur ini? Jawapan jujur : Keradioaktifan hanya sebahagian kecil dalam peperiksaan SPM, perbezaan keputusan tidak cukup signifikan untuk dikesan--tak dapat anugerah. Jawapan tak jujur : Selepas menggunakan catur ini, keputusan meningkat begitu banyak, ... dengan sokongan carta bar yang berwarna-warni, brosur yang cantik dan kulit yang tebal (bukan kulit brosur tetapi muka)---peluang yang baik menerima anugerah.)

Jawapan kepada soalan-soalan di atas mungkin ya, mungkin tidak--bergantung kepada individu. Mesejnya jelas dan penting. Jenis kaedah yang kita gunakan untuk mengajar anak-anak pada hari ini akan menentukan jenis rakyat yang kita mempunyai pada masa depan. Saya secara peribadinya, kurang selesa melihat murid-murid menyalin kerja-kerja kursus dari 'senior' atau kawan atau secara terbimbing 100% kerana kalau amalan ini menjadi sesuatu yang lazim, bukankah murid-murid kita diberi mesej yang salah bahawa menyalin itu sesuatu perkara yang biasa sehingga mereka ditegur oleh pensyarah pada peringkat pengajian tinggi (kalau ditegur)? Namun demikian mampukah mereka melakukan semua tugasan sendiri dalam realiti kekangan masa, fisikal (kerja lapangan, temuduga,....), asas bahasa, kematangan dan kemahiran kaedah penyelidikan. Nampaknya saya telah lari dari tajuk utama saya---'Idea Market'. Saya akan bincangkan isu ini pada masa lain.

Balik ke 'Idea Market', saya berharap lebih ramai pendidik dapat kembali ke asas (back to basics) untuk melihat apa itu sebenarnya pendidikan, amalan teori-teori Piaget, Pavlov, Skinner, pelbagai kecerdasan, taksonomi Bloom, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme dalam konteks amalan yang memanfaatkan murid-murid dan menjadikan pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan. Akhir sekali, tak kira apa teori atau pinsip, yang menceriakan murid-murid, yang memudahkan pembelajaran, yang mewujudkan suasana harmoni dan kondusif untuk pembelajaran adalah kaedah yang baik. 'Idea Market' tidak semestinya dalam bentuk ABM. Perkataan 'Market' memberi gambaran tempat di mana macam-macam jenis barangan untuk dijual. 'Idea Market' tidak beza sangat dengan pasar awam yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran, daging, .... Pelanggan akan memilih barangan yang sesuai untuk mereka. Begitu juga sekira terdapat banyak 'Idea Market' untuk pelbagai mata pelajaran, macam-macam idea yang baik dan sesuai dapat diperoleh. Baik saya berhenti di sini sebelum dimarah kerana mengemukakan macam-macam idea atau cadangan yang 'menyusahkan' orang. Bukankah aktiviti menyediakan 'bawa-cantum-cetak' modul mencukupi untuk mengisikan takwim dan ruang laporan tahunan? Jangan marah. Hanya 'Thinking Allowed' sahaja.

Saturday, August 1, 2009

'Pit Stop' SJM

Perasmian 'Pit Stop' SJM pada 27 Jun 2009 merupakan satu peristiwa yang penting di SJM. Idea pembinaan 'Pit Stop' adalah hasil daripada hasrat sekolah untuk menyediakan satu kompleks di mana murid-murid dapat bergerak dari bilik darjah sehingga ke tempat menunggu kenderaan untuk membawa mereka balik ke rumah atau, sebaliknya, dari rumah ke bilik darjah, tanpa terkena air hujan. Oleh kerana kos pembinaan adalah besar, pihak sekolah berusaha membentukkan pemuafakatan yang erat dengan PIBG, Ahli Parlimen, Kelab Rotary Kluang dan orang-orang awam untuk menyiapkan kompleks secara berperingkat mulai dari hujung tahun 2008 sehingga ke bulan Mei 2009. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu untuk merealisasikan projek ini dan selangkah lagi menggerakkan sekolah untuk mencapai visi 'SJM Menjadi Sekolah Idaman Masyarakat Kluang Pada 2010'.