Thursday, September 9, 2010

'Jigsaw Puzzle'

Satu permainan popular yang harus digalakkan di kalangan kanak-kanak dan 'lebih-lebih lagi' dewasa ialah permainan 'jigsaw puzzle'. Permainan ini memerlukan banyak kesabaran dan harus dimain dengan berhati-hati. Sedikit kesilapan boleh menjejaskan usaha yang telah menelan masa yang panjang. Suara yang kuat-kuat boleh menyebabkan kepingan-kepingan yang dicantum itu ditanggalkan semula. Ketukan kuat-kuat seperti perbuatan orang mabuk boleh menyebabkan kepingan-kepingan bercerai semula dan jatuh ke dalam longkang. Bagi orang besar-besar, yang ingat diri besar, yang 'reject', yang kuat-kuat, yang ingat diri masih kuat-kuat, yang berpengaruh besar, yang ingat masih ada pengaruh, saya mencadangkan mereka berhenti sebentar dan cuba main 'jigsaw puzzle' Malaysia. Saya tak pasti sama ada 'jigsaw puzzle' itu dapat dibeli dari kedai atau tidak.

Monday, September 6, 2010

Mengapa Tak Cari Yang Serupa?

Sejak kecil kita sering main satu permainan (atau latihan?) iaitu mencari tempat-tempat yang beza di antara dua gambar yang hampir-hampir serupa. Gambar A dan Gambar B di sebelah merupakan satu contoh permainan seperti ini yang mudah dijumpai dalam buku, majalah atau surat khabar. Anda digalakkan untuk memain permainan ini mengikut peraturan lama ini untuk kali yang terakhir. (Saya tiada kuasa untuk memerintah arahan tetapi hanya berharap sahaja.) Barangkali kita terlalu kerap terdedah kepada permainan ini sehingga menjadi begitu mahir dan cepat untuk mencari yang berbeza walau pun sebenarnya terdapat jauh lebih banyak perkara yang sama.

Demi untuk kebaikan yang tak terhingga banyaknya, kita harus menukar peraturan permainan itu, iaitu, untuk mencari perkara-perkara yang sama dalam dua gambar itu walaupun kita semua akui, tidak dapat dielakkan, terdapat perkara-perkara yang berbeza. Apa kata jika kita bermula dengan Gambar C dan Gambar D untuk mencari perkara-perkara yang sama, semoga lama kelamaan kita lebih biasa, mahir, cepat dan sudi untuk melihat aspek-aspek sepunya yang jauh lebih banyak, baik dan harmoni di samping mengakui aspek-aspek yang berbeza yang menjadikan peraturan kehidupan lebih berpelbagai, lebih menarik dan boleh juga berharmoni jika diuruskan seperti sebuah orkestra yang benar-benar profesional.

Saya cuma 'Thinking Allowed' di kesempatan cuti sekolah ini. Semoga lebih ramai berminat dalam permanian alternatif yang dicadangkan oleh saya ini, bukan sahaja kanak-kanak, malahan atau lebih tepat lagi 'lebih-lebih lagi' orang dewasa'. Setuju atau tidak?

(Sebelum saya lupa, nama model dalam semua gambar di atas ialah Mona Lokal.)

Friday, September 3, 2010

SEDIKIT HADIAH UNTUK HARI RAYA


Pernah saya singgah di sebuah tempat,
Yang tiada istilah ’gagal’ dan sentiasa selamat;
Empat dinding selesa yang saya berada,
Tidak banyak berbeza dengan penjara.

Betapa ingin saya melakukan pelbagai perkara,
Yang tidak pernah saya mencuba;
Tetapi, akhirnya tetap kekal, saya di sana,
Melangkah ke depan dan ke belakang di atas lantai yang sama.

Sering kali saya menyatakan ‘tidak mengapa’,
Kalau tidak saya melakukan banyak perkara;
Pernah saya memberitahu diri saya,
Jangan peduli tentang impian, matlamat dan seumpamanya.

Kadangkala saya mencipta sebab dan alasan,
Lengkap dengan pelbagai kesibukan dan kesusahan;
Sebenarnya terbenam dalam sanubari saya,
Ialah sesuatu yang berlainan untuk berjaya.

Kehidupan saya tidak harus dibiarkan berlalu sebegitu,
Menyaksikan orang lain menang dan menerima restu;
Dengan tarikan nafas yang panjang saya melangkah keluar,
Menerima perubahan dengan hati yang berkobar-kobar.

Selangkah ke depan dengan tenaga yang baru,
Yang tidak pernah saya merasa dan menghidu;
Kepada tempat itu saya mengucapkan ’Selamat Tinggal’,
Daripada cengkaman yang kini saya tertanggal.

Tempat itu sering diberi gelaran,
Yang tepat dan jitu tetapi tidak diperakukan;
Sangkal-menyangkal tentang kewujudan,
Tempat yang bernama ’Zon Keselesaan’.

Sajak yang tak macam sajak ini,
Ingin saya  berkongsi di sini;
Kalau tak ikut format sebenar,
Harap rakan-rakan beri tunjuk dan ajar.

Sedikit ’input’ profesional daripada saya,
Sempena cuti sekolah dan Hari Raya;
Semoga hadiah yang istimewa,
Diterima oleh rakan-rakan semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Cahaya silaturahim sentiasa berseri;
Maaf zahir dan batin,
Ucapan ikhlas dengan izin.

Sunday, July 25, 2010

Sedikit Berkenaan ‘Idea Market’


Latar Belakang

‘Market’ atau pasar merupakan satu tempat jual-beli secara terbuka. Pelbagai barangan jualan dipamerkan dan jurujual masing-masing mengiklankan barangan mereka untuk menarik pelanggan yang mempunyai kebebasan untuk memilih dan membeli barangan yang mereka hendak atau perlu. (Ada perbezaan antara hendak dan perlu. Terdapat 4 situasi : hendak tetapi tak perlu; hendak dan perlu; tak hendak tetapi perlu; tak hendak dan tak perlu). Siapa yang paling pandai menarik hati pelanggan akan berjaya dalam perniagaan. Begitu juga tentang ‘Idea Market’, cuma di sini, yang dijual ialah idea, bukan barangan. Seperti jurujual barangan di pasar, jurujual idea perlu mengiklankan produk mereka dengan cara yang menarik dan mempengaruhi pelanggan supaya rasa perlu dan hendak beli.

Sesi pembentangan ‘Idea Market’ merupakan satu pletfom perkongsian idea dan inovasi yang amat sesuai kerana pembentang tidak terikat kepada sesuatu format yang terlalu rigid. Saya memberi satu analogi untuk menjelaskan maksud saya. Katakan seorang bernama Idear yang tahu jalan yang paling dekat ke sebuah kedai. Beliau ingin menerangkan kepada seorang rakan bernama Mark bagaimana hendak pergi ke kedai itu dengan menggunakan bahasa yang Idear biasa. Tetapi, Mark mewajibkan Idear untuk mengguakan Bahasa Jerman, satu bahasa yang Idear tidak biasa, untuk menerangkan bagaimana pergi ke kedai itu. Walau pun perkara yang utama ialah untuk pergi ke kedai itu, kekangan bahasa itu telah menyebabkan objektif itu tidak tercapai. Yang paling penting dalam ‘Idea market’, ialah perkongsian sesuatu idea atau inovasi. Kalau idea tersebut wajibkan dibentangkan dalam format yang tetap, katakan sebagai contoh, dalam bentuk kajian tindakan, terdapat kekangan tambahan dalam untuk mengkomunikasi idea itu, melainkan, idea itu memang pada asalnya ialah hasil satu kajian tindakan.  Pembentangan mengikut format yang sesuai dengan idea/inovasi sama ada melalui perkongsian ‘success story’, amalan terbaik (best practices), cerita guru (teacher’s story), inovasi nilai (‘Blue Ocean Strategy’), pengurusan strategik dan lain-lain harus digalakkan untuk mencungkilkan idea-idea untuk dikongsi sama.

Walau bagaimana pun, format bebas tidak bermaksud tanpa format, atau pun, terlalu bebas di mana sebarang perkara boleh dibentangkan. Oleh itu pembentangan ‘idea market’ harus disemak, dinilai dan dicabar oleh panel ‘moderator’ (sedikit macam konsep penghakiman dalam ‘American Idol’.) Peranan moderator adalah untuk mendapat penjelasan tentang isu terlibat dan ketepatan idea atau inovasi yang dilakukan untuk menangangi isu tersebut dan impak inovasi itu.

Sedikit Berkenaan Inovasi

Mengikut Wikipedia, ‘Innovation is a change in the thought process for doing something, or the useful application of new inventions or discoveries. It may refer to an incremental emergent or radical and revolutionary changes in thinking, products, processes, or organisations.....something new must be substantially different to be innovative. In economics the change must increase value, customer value, or producer value. The goal of innovation is positive change, to make someone or something better. Innovation leading to increased productivity is the fundamental source of increasing wealth in an economy.’

Mengikut takrifan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) yang memainkan peranan sebagai Urusetia bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam, inovasi merangkumi

  • memperkenalkan idea baru dalam aspek kerja untuk hasilkan perkhidmatan berkualiti.
  • perubahan yang boleh dalam bentuk pengenalan teknologi baru, perubahan prosedur yang boleh jimatkan tenaga, masa dan kos, dan dengan itu meningkatkan penghasilan kerja.
  • pengurangan kos operasi
  • penjimatan masa
  • peningkatan hasil kerja
  • peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan

Format Pelaksanaan ‘Idea Market’

Walau pun sesi ‘Idea Market’ boleh dilaksanakan mengikut pelbagai cara mengikut kesesuaian situasi dan peserta, saya ingin mencadangkan satu cara yang lebih mudah diurus. Setiap pembentang sama ada secara individu atau berkumpulan diberi 15 minit untuk membentang idea masing-masing tanpa diganggu. Pembentang itu boleh menggunakan alatan / ABM / BBM, multimedia atau simulasi mengikut kesesuaian.

Selepas itu, para hadirin dan panel ‘moderator’ boleh kemukakan soalan kepada pembentang. ‘Moderator’ ada kuasa untuk mengawal soalan dan masa hadirin yang menanya untuk mengelakkan soalan-soalan yang tidak berkenaan dan membazir masa. Jumlah masa yang diperuntukkan ialah 5-10 minit. Perlu ada seorang untuk menjaga masa. Orang ini sama ada ditugaskan khas sebagai penjaga masa atau merupakan salah seorang ahli panel ‘moderator’. Ketua panel ‘moderator’ perlu kawal masa dengan tepat, termasuk memberhentikan pembentangan apabila masa sudah tamat. Seorang pembentang akan diberitahu apabila masa pembentangan beliau hanya tinggal 5 minit sahaja.

Untuk memudahkan pembentang dan panel ‘moderator’, kandungan yang dibentang dan dinilai perlu mengandungi yang berikut seperti (rujukan : MAMPU):

  • Isu : Permasalahan dan kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan
  • Idea : Inovasi yang telah dilaksanakan; dan
  • Impak : Faedah-faedah dari inovasi yang telah dilaksanakan

Happy Fish?

It has been a long long time since I last wrote about my fish (http://thinkingallowed1.blogspot.com/2009/12/delay.html). Just in case anyone is wondering whether I am still interested in fish, I can assure you 100% that it is still one of my favourite hobbies. (Mathematically inclined reader please bear with me and do not question how I quantify that value.) In fact I have spent quite a portion of my time last week doing works related to my fish pond. A very free week? Exactly the opposite. I needed to do something special in order to unwind after a hectic schedule each day. Perhaps even my fish symphatised me by rushing towards me every time I walked near the pond. So, in order to reciprocate their kindness, I did some research on how to entertain fish. I found a site on how to create favourite places for fish to hang around using the PVC pipes cut into short pieces (http://aquatopiaforum.com/index.php?showtopic=585). So, it seems these short pieces of pipes can provide shelter and a complex tunnel system can stimulate the 'dynamism' of the fish. The structure provides a happy environment for the fish. And, even if the fish are threatened by one reason or another, they can always retreat into the PVC bunkers for protection. So you see, a simple DIY modification with some old pieces of supposedly useless PVC pipes that I do not bear to throw away,  has resulted in some sort of transformation for the fish (excuse me for being a bit carried away by my involvement with the "transformational Leadership' training). Wait a minute.....Can fish be happy---the way we define happiness in human beings? Can fish symphatise somebody? Have my hectic schedule plus the recent experience with the film 'Toy Story 3' transformed my imagination that has blurred the boundary between the reality and the imaginary world? Anyway, that does not matter much. What that is more important is that, I have added value to the pond without hurting the fish, and MADE MYSELF HAPPY by thinking that I have made the fish happy.

Tuesday, July 6, 2010

Lagi Sakit

Kesian budak ini. Tapak kaki kiri budak ini bermasalah. Selama ini, semua orang tahu kaki kiri budak ini memang sakit. Semua orang akui sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan kesakitan itu. Tetapi janganlah terus potong kaki macam itu. Artikel ini sangat pendek. Ayat pun pendek. Sesuai untuk orang yang tiada masa membaca dan berfikir lama-lama. Mereka nak 'penyelesaian' segera. Minta maaf......tiada kaki lagi sakit.

Saturday, June 19, 2010

Peranan Guru Matematik Dalam Masyarakat

Baru-baru ini terdapat beberapa kekeliruan menginterpretasi ayat-ayat matematik. Kekeliruan ini yang barangkali berpunca daripada asas matematik yang tak kukuh, mempunyai implikasi yang sangat besar bukan setakat ringgit dan sen sahaja, malahan termasuk kos sosial dan politik. Isu yang terlibat ini adalah berkenaan takrifan sebenar ketaksamaan matematik. Oleh itu, guru matematik mempunyai peranan yang penting untuk memastikan anak-anak murid di bawah jagaan mereka betul-betul memahami ketaksamaan matematik (ada banyak perkara yang lain tetapi setakat artikel ini ‘ketaksamaan’ sudah mencukupi) supaya pada satu hari nanti apabila mereka menjadi hakim, peguam, ahli politik, menteri, pensyarah, ... mempunyai kefahaman yang sama dan betul.

Katakanlah undang-undang menyatakan bahawa seseorang yang membawa lebih daripada 5 gram sejenis dadah boleh dikenakan hukum mati, apakah nasib seorang yang ditangkap membawa 5 gram bahan itu? Kalau undang-undang menyatakan bahawa seorang ahli parlimen boleh hilang kerusinya jika dikenakan hukuman denda oleh mahkamah tak kurang daripada 2000 ringgit, apakah status seorang ahli parlimen yang dikenakan hukuman denda sebanyak betul-betul 2000 ringgit? Interpretasi ketaksamaan boleh menentukan hidup atau mati seseorang, jimat atau belanja berjuta-juta ringgit, belum lagi mengira kos sosial dan politik, antara yang lain.

Adakah interpretasi ketaksamaan dalam ayat undang-undang berlainan daripada interpretasi sains dan matematik? Setakat saya tahu, ayat matematik dan sains adalah tepat dan jelas. Minta maaf kalau saya silap kerana saya kurang arif dengan hal berkenaan undang-undang yang tulin. Saya hanya ingin kongsi sedikit pengetahuan saya berkenaan ketaksamaan dari aspek takrifan matematik yang saya percaya kebanyakan murid sekolah menengah yang cukup rajin sudah fasih dan biasa.

  • Kurang daripada 2000 : Sebarang nombor yang kurang daripada 2000. Tak termasuk 2000 kerana 2000 tak kurang daripada 2000.
  • Lebih daripada 2000 : Sebarang nombor yang lebih daripada 2000. Tak termasuk 2000 kerana 2000 tak lebih daripada 2000.
  • Tak kurang daripada 2000 : Sebarang nombor yang lebih daripada 2000. Termasuk 2000 sendiri kerana 2000 adalah tak kurang daripada 2000.
  • Tak lebih daripada 2000 : Sebarang nombor yang kurang daripada 2000. Termasuk 2000 sendiri kerana 2000 adalah tak lebih daripada 2000.
(2000, 2000 dan 2000. Harap anda tak 'complain' keliru, keliru dan keliru.)

Apa kata kalau adakan kursus untuk meningat kembali asas-asas selaras dengan pembelajaran sepanjang hayat? Saya hanya ’thinking allowed’ bukan dan tak berani nak menjadi jurulatih.

Wednesday, June 16, 2010

SEDIKIT BERKENAAN AMALAN ‘TIPPING POINT’ DALAM PERUBAHAN

Asas
  • Satu anjakan asas budaya dan strategi perlu dibuat untuk menjayakan sesuatu perubahan dalam mana-mana organisasi (A fundamental shift in the organisational culture and strategy).
  • Antara halangan kepada prestasi tinggi sesuatu organisasi termasuk keadaan pegangan kepada ‘status quo’ telah berakar umbi, resos yang terhad dan staf yang kurang bermotivasi.
  • Di mana-mana organisasi, apabila sesuatu jisim kritikal (critical mass) orang yang mempunyai kepercayaan dan bertenaga tercapai, sesuatu idea yang baru dapat merebak seperti epidemik, menghasilkan perubahan dengan cepat.
  • Agen perubahan perlu membuat kenyataan atau panggilan yang berimpak dan tidak mudah dilupai atau dipertikaikan untuk merasionalkan perubahan.
  • Pihak pengurusan perlu menumpukan resos kepada apa yang benar-benar diperlukan untuk mengurangkan pembaziran dan mengoptimumkan operasi.
  • Pihak kepimpinan perlu menggerakkan komitmen di kalangan pemain utama di dalam organisasi.
  • Usaha untuk memintaskan penentang yang paling bising adalah perlu untuk melicinkan proses mencapai hasil yang ditetapkan.
  • Kejayaan perubahan bukan setakat kerana personaliti yang terlibat tetapi juga pada kaedah yang digunakan.
  • Dalam hal ini teori ‘tipping point’ boleh diaplikasi di tempat-tempat lain.
  • Dengan kata lain, kepemimpinan ‘tipping point’ boleh dipelajari.


Kebijaksanaan Konvensional

Dalam amalan mengikut kebijaksanaan konvensional, banyak resos dan jangka masa yang panjang diperlukan untuk mengubahkan organisasi besar.
Dalam jangka masa yang pendek, hasil perubahan tidak jelas dilihat. Ini boleh melemahkan semangat mereka yang menyumbang sama ada dari aspek tenaga, resos atau kewangan. Dalam banyak situasi, daya perubahan tidak mencukupi dan akhirnya ditewaskan oleh daya penentangan yang lebih selesa dengan ‘status quo’. Malangnya, keadaan sebegini adalah kerap. Tidak susah kita mencari pelbagai contoh program yang bermula secara besar-besaran tetapi berakhiri secara senyap, malahan adanya lenyap, tanpa membawa perubahan yang sebenar seperti dinyatakan dan benar-benar dihasratkan pada awalnya.

Kebijaksanaan ‘Tipping Point’


Untuk mengubahkan organisasi yang besar, fokuskan kepada yang ekstrim, sama ada orang, tindakan atau aktiviti, yang akan mengakibatkan kesan yang besar kepada prestasi. Usaha ini boleh
menghasilkan satu anjakan positif dengan kos yang lebih rendah dan jangka masa yang lebih pendek. (Masih ingat tentang inovasi nilai dalam ‘Blue Ocean Strategy’?). Walau bagaimana pun, adalah di dalam jangkaan bahawa untuk sebarang perubahan mesti terdapat berbagai-bagai halangan. Halangan-halangan ini boleh dikategorikan kepada empat kategori utama.

Empat Halangan Utama Dalam Organisasi

  1. Halangan kognitif: Ahli-ahli di dalam organisasi yang telah lama biasa dan selesa tidak nampak keperluan anjakan strategik.
  2. Resos terhad: Semakin besar sesuatu anjakan strategik, semakin besar keperluan resos untuk melaksanakannya.
  3. Motivasi: Bagaimana memotivasikan pemain-pemain utama untuk bergerak dengan cepat untuk lepas dari ’status quo’?
  4. Politik: Jangan pandang remek tentang politik korprat yang boleh membawa banyak kerumitan.

Mengatasi Empat Halangan

Apa yang pemimpin ‘tipping point’ lakukan untuk mengatasi halangan-halangan tersebut?

  1. Halangan Kognitif: Usahakan kesedaran tentang keperluan anjakan strategik. Biar mereka lihat dan mengalami perubahan.
  2. Resos terhad: Fokus bukan ditumpukan kepada mencari lebih banyak resos. Sebaliknya, tumpu kepada melipat gandakan nilai resos yang sedia ada.
  3. Motivasi: Pemain-pemain utama perlu dimotivasikan dengan cepat. Fokus kepada tiga faktor yang berikut: a) Zoom kepada ‘Kingpins’: Mereka yang mempunyai pengaruh yang utama dalam organisasi. b) Letakkan ‘Kingpins’ di dalam mangkuk ikan supaya tindakan atau ‘tiada’ tindakan mereka dilihat oleh semua. c) ‘Atomise’ untuk membolehkan organisasi ubah sendiri.
  4. Politik: Fokus kepada tiga jenis orang-a) ‘Angels’ – Mereka yang paling untung dari anjakan strategik. b) ‘Devils’ – Mereka yang paling banyak kerugian. c) ‘Consigliere’ – Mereka yang trampil politik tetapi merupakan orang dalaman yang dihormati. Mereka tahu secara awal-awalan mana ada periuk api, siapa yang akan menentang dan siapa yang akan menyokong anda.

Sepuluh Petua Mengubahkan Organisasi

Amalan ‘tipping point’ memberi garis panduan untuk mengubahkan sesuatu organisasi dalam bentuk sepuluh petua.

  1. Memecahkan keselesaan: Gerakkan orang ke tahap hendak membuat perubahan yang diperlukan. Bangkitkan kesedaran bahawa ‘status quo’ adalah satu resipi untuk mala petaka.
  2. Tanggalkan simbol-simbol kemerosotan: Apakah simbol kemerosotan organisasi anda yang perlu ditanggalkan untuk memberi isyarat bahawa anda betul-betul ingin melakukan perubahan untuk peningkatan?
  3. Menggantikan tingkap-tingkap yang pecah: Tingkap yang pecah kalau dibiarkan sahaja memberi gambaran anda tidak peduli dan keadaan organisasi adalah terbiar. Apakah ‘tingkap-tingkap’ yang perlu digantikan di organisasi anda?
  4. Penglibatan pelanggan dan komuniti: Perlu difahami bahawa kejayaan sesuatu ‘brand’ adalah bergantung kepada pelanggan. Bagaimana anda dapat menjadikan ‘brand’ anda berinteraktif dengan pelanggan dalam usaha membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D)?
  5. Mengenalpastikan ’hot spots’: Bagaimana anda dapat memokuskan perhatian anda kepada aspek-aspek di mana 80% (melawan dengan 20%) daripada usaha anda akan mendatangkan hasil?
  6. Kawalan ’king pins’: Dapatkah anda mengenalpastikan ‘king pins’ organisasi anda dan mempengaruhi mereka untuk menyokong usaha anda? Sekiranya anda berjaya memenangi hati ’king pins’ ini, separuh daripada peperangan telah dimenangi.
  7. Menstrukturkan cabaran: Adakah anda menstrukturkan cabaran organisasi anda kepada kerangka yang jelas supaya ahli-ahli organisasi mempunyai matlamat yang konkrit mengikut kemampuan mereka untuk mencapai kemajuan?
  8. Penampilan untuk peningkatan semangat: Apakah usaha anda untuk menaikkan imej organisasi dan meningkatkan penampilan pemain-pemain untuk menaikkan semangat mereka?
  9. Senyapkan mereka yang sentiasa kata ’tidak’: Apa yang anda lakukan untuk senyapkan mereka, sama ada di luar atau di dalam organisasi, yang sentiasa kata ‘tak’, ‘tak boleh’ atau ‘tak nak’ kepada usaha anda?
  10. Memetakan rupa bentuk: Adakah anda menegaskan kejituan dan ketepatan masa maklumat; tindakan yang cepat; taktik yang efektif dan penilaian serta tindakan susulan yang berterusan?

Akhir sekali, cuba anda meneliti secara kritikal pelbagai perkara yang sedang berlaku di dalam organisasi anda atau organsisasi yang lebih besar di mana organisasi anda adalah sebahagian daripadanya. Adakah organisasi-organisasi ini mengamalkan cadangan-cadangan daripada ’tipping point’. Adakah anda mempunyai keraguan dan kebimbangan tentang perkara-perkara yang masih dilakukan mengikut amalan konvensional yang hasilnya nanti tidak setimpal dengan tenaga, resos, kewangan dan masa yang dicurahkan?

(Perlu diakui di sini bahawa artikel ringkas ini tidak dapat memberi kefahaman yang selengkap berkenaan teori ’tipping points’. Memang bukan tujuan dan juga di luar kemampuan saya untuk memberi satu penjelasan yang komprehensif tentang tajuk ini. Oleh itu, saya berharap peminat tajuk ini dapat membuat bacaan lanjutan buku-buku atau artikel-artikel yang berkaitan.)

Thursday, April 8, 2010

MUAFAKAT

Berkenaan kata kunci MUAFAKAT, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sedikit panduan untuk peningkatan profesional diri:

  • M-Maujud. Erti dalam Bahasa Inggeris ialah ’concrete, real, tangible’. Perancangan perlu jelas dan berstrategik (bukan abstrak sangat). Panduan asas ialah SMART iaitu Specific, Measurable, Attainable, Rewarding, Time frame.
  • U-Ulas/ulang. Untuk membudayakan sesuatu amalan atau untuk menegaskan kepentingan sesuatu perkara, kita perlu mengulas dan mengulang untuk memastikan semua yang terlibat betul-betul memahami dan menghayati perkara berkenaan.
  • A- Aksi (action). Perancangan akan tetap jadi perancangan jika tidak diterjemahkan kepada tindakan. Perancangan yang terbaik di dunia pun tidak akan menghasil jika tidak ada aksi. Dalam hal itu, kata-kata dan pelbagai seruan hanya menjadi cogan kata sahaja.
  • F-Faham. Seperti di atas, tujuan ulas dan ulang adalah untuk memastikan kefahaman. Ada orang yang cepat faham; ada yang lambat faham; ada yang macam faham tetapi tak faham; ada yang macam tak faham tetapi faham; ada yang tak nak faham. Walau apa pun, perlu ada usaha supaya semua faham.
  • A-Agih. Kerja-kerja perlu diagih-agihkan kepada ahli-ahli pasukan secara sistematik dan koheren. Sesuatu kerja yang perlu usahasama sepasukan orang jika ditanggung oleh ketua sendiri tidak akan menghasilkan kesan yang diharapkan. Walau bagaimanapun agihan tidak bermaksud dipindah bulat-bulat sehingga ketua tidak terlibat langsung. Begitu juga, ahli-ahli jangan anggap ketua sahaja yang perlu menanggung segala-gala kerja. Semua ini adalah resipi untuk kegagalan.
  • K-Kerjasama. Cara mengagihkan kerja secara harmoni adalah melalui kerjasama. Cara kerjasama biasanya adalah lebih baik daripada arahan eksekutif. Kejelekitan ahli-ahli kumpulan menentukan kualiti kerja. Walau bagaimana pun, dalam masa-masa tertentu, arahan eksekutif masih diperlukan.
  • A-Analisis. Amalan semalam mungkin tak sesuai lagi untuk hari ini. Amalan hari ini mungkin tak sesuai untuk hari esok. Kita perlu menganalisis situasi mengikut keperluan yang terkini dan mengambil langkah mengikut konteks yang terbaru.
  • T-Tabah. Akhir sekali, dalam zaman yang berubah sebegitu cepat, kita perlu tabah untuk menghadapi gelombang perubahan. Kita perlu berani menghadapi pukulan ombak pembaharuan.

Sunday, February 14, 2010

WooHoo!

WooHoo! (Lima Harimau!)
Apakah respons pertama apabila anda melihat foto ini? Kalau anda hanya perlu menggunakan satu perkataan untuk mendeskripsikan foto ini, apakah perkataan itu? Kalau tak silap sangat, mengikut pengalaman saya, perkataan-perkataan yang berikut mungkin akan muncul secara spontan. (Kalau tidak, saya harap ada respons daripada pembaca.)
  • 'Cute-cute'
  • Comel
  • Menarik
  • Suka
  • Seronok
Mungkin anda ada jawapan yang lain tetapi kemungkinan besar foto ini akan memberi anda satu impak visual yang positif, tak kira sama ada anda seorang kanak-kanak atau seorang dewasa. Impak visual seperti ini penting dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang berkesan dan harus diterokai serta dieksploitasikan dengan sepenuhnya. Seorang guru mungkin menggunakan kaedah 'chalk-and-talk', paparan dua dimensi, model tiga dimensi, atau alatan ICT dalam sesi p&p. Tidak kira apa media yang digunakan, kaedah yang memberi impak visual yang dapat mencetuskan minat, menarik perhatian, merangsangkan sifat ingin tahu dan mengaktifkan minda murid untuk belajar, adalah kaedah yang baik.

Kita tidak boleh terus membuat kesimpulan bahawa sesi p&p seorang guru yang menggunakan alatan ICT mesti menarik dan berkesan. Beliau mungkin memaparkan nota yang padat dengan perkataan dengan komputer dan projektor LCD sahaja. Beliau mungkin menggunakan PowerPoint tetapi hanya mempunyai satu slaid tajuk sepanjang sesi p&p itu. Begitu juga, kita tidak boleh menyatakan sesi p&p seorang guru yang mengamalkan 'chalk-and talk' pasti membosankan dan kurang berkesan. Beliau mungkin mahir menggunakan ruang papan hitam dan kapor pelbagai warna untuk mempamerkan grafik yang menarik dan mudah difahami. Walau bagaimana pun, saya tidak ingin menghantar mesej yang salah, di mana sebarang sesi 'chalk-and-talk' pasti mencukupi. Bahan-bahan bantu mengajar termasuk alatan ICT banyak membantu apabila penggunaan kapor dan papan hitam sahaja telah mencapai satu tahap yang terhad. Yang saya nak tegaskan di sini ialah kewujudan pemikiran stereotaip yang mementingkan 'apa' daripada 'bagaimana'. (Sebagai contoh, kita pernah dengar semasa kemuncak PPSMI--saya anggap kemuncak itu telah lepas dan kita sedang menuruni bukit--penggunaan alatan ICT bermaksud sesi p&p yang baik.)

Di sini saya boleh mengulas bahawa minda mendahului media. Apa kaedah yang dapat memberi impak positif yang besar kepada deria, khasnya visual, mempunyai peluang yang lebih besar untuk menjayakan proses pembelajaran murid-murid. Foto WooHoo ini berjaya memberi impak visual yang cukup besar kepada saya untuk merangsangkan saya menulis artikel pendek ini pada hari pertama Tahun Baru Cina ini. Cukup di sini sahaja. Isteri sudah tanya sebanyak tiga kali--'Mengapa begitu sibuk dengan komputer pada hari yang sepatutnya berehat?' Adakah foto ini memberi sebarang impak kepada anda?

Saturday, February 13, 2010

Happy Chinese New Year

To all my friends,

Allow me to present to you 5 tigers:
  • Green Tiger : May you be creative.
  • Orange Tiger : May you be healthy.
  • Yellow Tiger : May you be smart and bright.
  • Red Tiger : May you be blessed with good luck.
  • Blue Tiger : May you be successful.

Wednesday, February 3, 2010

Cemerlang Mengikut Takrifan

Dalam Majlis Maha Kesyukuran untuk meraikan sekolah kami dipilih sebagai salah sebuah sekolah berprestasi tinggi (HPS-High Performing School), saya tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beberapa pihak/faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini.
  1. Jutaan terima kasih kepada pihak yang membekalkan murid-murid yang cemerlang sahaja ke sekolah kami.
  2. Ratusan ribu terima kasih kepada pihak berkenaan yang menghadkan enrolmen sekolah kepada hanya sekitar 25% jumlah enrolmen sesetengah sekolah harian yang besar.
  3. Bersyukur kerana faktor 1 dan 2 telah membolehkan aktiviti sekolah dijalankan dengan gangguan yang minimum (seperti masalah disiplin, tidak boleh membaca atau mengira, kelas yang terlalu besar......).
  4. Berpuluh-puluh juta terima kasih kerana semua sekolah tanpa mengira jenis, latar belakang dan jenis pengambilan dilonggokkan di bawah satu dan hanya satu kategori sahaja untuk perbandingan yang memberi pemberatan 70% kepada pencapaian dalam peperiksaan awam.
.............................................................................................................................................

.............................................................................................................................................
Akhir sekali, saya berharap perkara 1, 2 dan 4 di atas akan diteruskan. Mari bersama-sama menjerit : Bersyukur!..... Bersyukur!.... Bersyukur!

Sunday, January 3, 2010

Paling Mungkin Untuk Berjaya

Ini merupakan artikel pertama saya untuk tahun 2010. Tidak lewat lagi saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU dan semoga tahun 2010 merupakan satu tahun yang berjaya. Istilah berjaya sebenarnya mempunyai takrifan yang lain mengikut individu. Namun demikian, saya percaya setiap individu memainkan peranan untuk menjadikan sesuatu tahun itu berjaya mengikut takrifan biasa: hidup dalam keadaan aman dan damai, menyumbang kepada masyarakat yang adil dan saksama dan memperoleh pencapaian yang positif dalam kerjaya.

Berkenaan dengan berjaya, saya ingin kongsi beberapa perkara dari artikel Most Likely To Succeed oleh Malcom Gladwell berkenaan dengan profesion guru. (Artikel ini adalah dari buku terbaru beliau yang bertajuk What the Dog Saw, and other adventures.) Saya kekalkan beberapa petikan dalam bahasa Inggeris untuk mengekalkan kejituan maknanya.

Perbezaan antara guru baik(good) dan guru lemah(poor) dapat dikesan jika ada data yang mencukupi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perbezaan ini amat besar dan amat penting dalam dunia pendidikan. (......this is the finding that galvanised the world--the difference between good teachers and poor teachers turn out to be vast.)

Eric Hanushek, seorang pakar ekonomi Stanford, menganggarkan bahawa murid-murid seorang guru yang sangat lemah, secara puratanya, akan belajar kandungan setara dengan separuh tahun dalam satu tahun persekolahan. Murid-murid seorang guru yang sangat baik, secara puratanya, akan belajar kandungan setara dengan satu tahun setengah dalam satu tahun persekolahan. Perbezaan kandungan yang dipelajari oleh murid-murid diajar oleh guru yang sangat lemah dengan murid-murid diajar oleh guru yang sangat baik dalam setahun adalah setara dengan satu tahun! Oleh itu, kesan dibawa oleh faktor guru adalah jauh melebihi faktor sekolah. ( Teacher effects dwarf school effects; your child is actually better off in a bad school with excellent teacher than in an excellent school with a bad teacher. Teacher effects are also much stronger than class-size effects. You'd have to cut the average class almost in half to get the same boost that you'd get if you switched from an average teacher to a teacher in the eighty-fifth percentile. And remember that a good teacher costs as much as an average one, whereas halving class size would require that you build twice as mny classrooms and hire twice as many teachers.)

Dengan itu selain isu-isu berkenaan bajet, saiz kelas, rekabentuk kurikulum yang lebih biasa difokuskan oleh pengubal dasar, isu tentang mencari calon dan memberi latihan perguruan yang berkualiti dan memastikan peningkatan kualiti guru yang sedang berkhidmat harus diberi perhatian yang sama kalau tidak lebih.

Reformasi dalam pendidikan antaranya bermula dengan syarat yang lebih ketat dalam pemilihan calon untuk dilatih menjadi guru. Selalunya syarat ini diterjemahkan kepada keperluan akademik dan kognitif yang lebih tinggi. Kajian menunjukkan faktor-faktor mencirikan seorang guru yang baik merangkumi: peka kepada keperluan murid, fleksibiliti dalam pengurusan gelagat murid, boleh lihat dan faham dari perspektif murid, kebolehan untuk 'personalise the material', kebolehan untuk menjadikan murid-murid berasa setiap daripada mereka diberi perhatian secara individu .... Tetapi semua ini bukan kemahiran kognitif.

Artikel ini juga sentuh tentang withitness. Sesuatu tingkahlaku yang berjangkit berlaku di dalam kelas; katakan seorang dua bising dan menyebabkan lebih ramai bising secara kesan berantai seperti dalam satu jangkitan. Apa yang signifikan bukan bagaimana seorang guru menghentikan tingkahlaku yang berjangkit itu tetapi, kebolehan guru itu memberhentikan rantai itu sebelum ia bermula pun. Kounin memanggil kebolehan ini sebagai withitness, yang beliau menakrifkan sebagai "a teacher's communicating to the children by her actual behaviour (rather than by verbally announcing: 'I know what's going on') that she knows what the children are doing....."

Bagi saya, perkara-perkara ini berasas dan boleh menjadi rujukan yang baik semasa kita membuat refleksi tentang setahun yang lalu dan membuat resolusi untuk tahun yang baru, dalam usaha kita untuk mencari dan melaksanakan* amalan yang Paling Mungkin untuk Berjaya. Sekali lagi, SELAMAT TAHUN BARU.

(*Saya sangat peka tentang perkataan 'melaksanakan' setelah cukup kerap dibanjiri oleh perkara yang dicari-cari, program yang dirancang-rancang, cogan kata dan seruan perang-battle cry bersemangat, dokumentasi tebal-tebal, pengisytiharan secara besar-besaran, tetapi semuanya, berhenti setakat pada itu sahaja. Jangan ada tanggapan negatif, sebaliknya jadikan komen ini sebagai bahan refleksi juga.)

Wednesday, December 23, 2009

Kayu Ukur Yang Berbeza (Sepatutnya) 3

Syabas diucapkan kepada sekolah A kerana dapat mengatasi banyak cabaran awalan dan berjaya menganjakkan ramai murid ke tahap yang lebih cemerlang. Sekolah B sebenarnya mengalami kemerosotan. Tahniah juga kepada sekolah C kerana berjaya menganjakkan lebih ramai murid ke tahap yang lebih cemerlang lagi.

Sekolah A memberi impak yang lebih besar kepada peningkatan berbanding dengan sekolah C walau pun dari segi 'ranking' sekolah C masih lebih atas dari sekolah A.

Sekolah A mempunyai enrolmen yang jauh lebih besar berbanding dengan sekolah C. Tambahan lagi jurang perbezaan antara kebolehan murid di sekolah A amat besar, tidak seperti sekolah C yang hampir seragam. Walau pun graf menunjukkan kedua-dua sekolah A dan C ada peningkatan, sebenarnya, sekolah A yang lebih hebat kerana dengan kekangan seperti enrolmen besar, ketidakseragaman (varians besar), min TOV yang rendah, pencapaian pada hujung tahun sekolah tersebut amat signifikan. Sekolah seperti ini (A) tak wujud? Setakat pada hipotesis sahaja? Tidak semestinya sekiranya isyarat, motivasi dan pengiktirafan yang betul, realistik, tak simplistik dan berpatutan diberi. Setuju?

Kayu Ukur Yang Berbeza (Sepatutnya) 2

Rajah menunjukkan tiga sekolah A, B dan C masing-masing dengan min prestasi murid Min A, Min B dan Min C pada awal tahun. Sekolah A menghadapi cabaran yang besar dengan nilai min TOV yang rendah dan varians yang besar (ketidakseragaman yang besar). Sebaliknya, sekolah C mempunyai murid dengan min TOV yang tinggi dan varians yang kecil (keseragaman yang tinggi). Enrolmen sekolah C jauh kurang berbanding dengan sekolah A dan B. Dengan 'bahan mentah' yang begitu tingginya kualitinya bertambah dengan 'advantage' enrolmen yang kecil, cabaran sekolah C ialah untuk meningkatkan kualiti 'produk' yang dihasilkan.

Katakan secara hipotetikal, pada hujung tahun, terdapat perubahan dalam pencapaian ketiga-tiga sekolah seperti ditunjukkan dalam rajah yang sama.
  • Sekolah A menunjukkan sedikit peningkatan dalam nilai min dan jumlah bilangan cemerlang bertambah. Tetapi, taburan masih besar dengan varians yang hampir sama dengan awal tahun. Walau bagaimana pun, pada keseluruhan ada peningkatan kualiti yang jelas diperhatikan dengan satu anjakan graf ke kanan.
  • Sekolah B telah menunjukkan peningkatan dalam nilai min dan penurunan dalam nilai varians (graf menjadi semakin 'kurus'). Sekolah ini berjaya mengurangkan bilangan murid yang berprestasi rendah dan menganjakkan sebilangan murid ke prestasi tinggi dan mengurangkan ketidakseragaman kebolehan murid.
  • Sekolah C menunjukkan kemerosotan nilai min berbanding dengan awal tahun. Lebar graf yang hampir sama menunjukkan keseragaman kebolehan murid dikekalkan. Namun demikian, anjakan graf ke kiri telah menunjukkan kemerosotan pada keseluruhan.
Walau bagaimana pun, kalau kita perhatikan rajah itu sekali lagi, jelas diperhatikan bahawa jika kayu ukur yang sama digunakan dan ketiga-tiga buah sekolah dilonggokkan bersama (dan semua sekolah yang lain) dan disusun dengan 'ranking' mengikut prestasi min markah, sekolah C masih di atas sekolah B dan A.

Ucapan tahniah kepada sekolah yang mana satu? Anugerah kepada sekolah yang mana satu? Yang mana satu mencerminkan kejayaan kepimpinan sekolah? Itu pun hanya dilihat dari aspek akademik. Apa pula dengan aspek yang lain? Bukankah yang sentiasa ditegaskan ialah pendidikan holistik, kebolehpasaran, ketrampilan.....?

Minta maaf, banyak soalan tetapi tiada jawapan. Cuma 'thinking allowed' dan 'thinking aloud' sahaja. Terima kasih.

Wednesday, December 16, 2009

Kayu Ukur Yang Berbeza (Sepatutnya)

Musim ini memang musim sibuk dan panas. Sibuk kerana SPM terlalu lewat tamat dan sekolah tak lama akan buka lagi. Panas kerana pelbagai perkara harus disiapkan sebelum disemak dan di beri banyak '/' dan sedikit 'X'. Panas juga kerana tiada peluang untuk disejukkan sedikit seperti enjin yang telah bergerak beratus-ratus kilometer tanpa berhenti. Panas juga kerana melihat banyak perkara yang agak simplistik daripada pakar-pakar yang sepatutnya holistik. Panas kerana .......

Saya tidak pasti berapa kerap saya dapat membincang isu yang ingin saya mulakan di sini. Walau bagaimana pun, saya akan bermula dengan penulisan ini.

Cerita tentang TOV atau 'take-off value' murid-murid di sekolah, iaitu titik tolak atau asas yang sedia ada, kita perlu juga melihat pola taburan murid-murid. Sekolah-sekolah yang berlainan akan mempunyai pola taburan murid yang berlainan. Cabaran sesebuah sekolah dalam usaha mendidik murid-murid bergantung TOV yang secara realistiknya bergantung kepada min dan varians taburan pencapaian murid-murid. Tak kurang penting juga ialah saiz enrolmen.

Untuk memudahkan perbincangan, saya mencadangkan satu kaedah secara hipotetikal. Katakanlah setiap murid yang memasuki sekolah menengah (Tingkatan 1) mempunya satu rekod pencapaian akademik (katakanlah UPSR) dalam bentuk min markah. Sebagai contoh, untuk seorang murid yang mengambil lima mata pelajaran, min markah ialah jumlah markah lima mata pelajaran itu dibahagikan dengan lima. Jika setiap murid yang mendaftarkan diri di sekolah menengah direkod markahnya dalam sebuah grid markah, satu pola yang menunjukkan taburan markah semua murid Tingkatan 1 akan dihasilkan. Rajah di sebelah menunjukkan satu contoh grid markah tersebut.

Selanjutnya, jika kita perhatikan tiga jenis sekolah dari segi pola taburan (mungkin ada lebih banyak jenis lagi tetapi saya hadkan kepada tiga yang lebih biasa). Juga, untuk memudahkan perbincangan, kita buat satu anggapan bahawa graf-graf itu bertaburan normal.
  • Sekolah jenis A mempunyai murid yang bertaburan dari yang berprestasi akademik yang sangat rendah ke yang sangat tinggi. Graf taburan itu juga menunjukkan min markah yang rendah dan varians yang sangat besar. Ini bermaksud bukan sahaja TOV markah keseluruhan adalah rendah, malahan kebolehan murid-murid juga amat berbeza (tidak seragam). Luas di bawah graf yang besar juga menunjukkan enrolmen yang besar.
  • Sekolah jenis B mempunyai min markah yang lebih tinggi daripada sekolah jenis A. Variansnya adalah lebih kecil daripada varians sekolah jenis A. Ini bermaksud TOV sekolah jenis B adalah lebih tinggi berbanding dengan sekolah jenis A. Varians yang lebih kecil juga bermaksud ketidakseragaman murid adalah lebih kecil.
  • Sekolah jenis C sudah pasti tidak mencerminkan situasi sebenar masyarakat. Sememangnya pengambilan sekolah jenis C telah melalui proses 'social engineering' di mana pintunya hanya dibuka kepada murid-murid yang cemerlang sahaja. Keadaan ini jelas dilihat dari pola taburan dengan min yang begitu tinggi dan varians yang begitu kecil. Sekolah jenis C mempunyai murid-murid yang berprestasi akademik yang tinggi dan mempunyai keseragaman kebolehan yang tinggi. Juga, luas yang kecil menunjukkan enrolmen yang kecil.
Setujukah anda bahawa memandangkan pola yang jauh berlainan yang sudah pasti diterjemahkan kepada cabaran-cabaran yang amat berlainan, kayu ukur bagi kejayaan harus berbeza? Atau, patutkah sekolah-sekolah di kategorikan mengikut realiti TOV yang berlainan? Atau, adakah lebih berpatutan untuk memberi erti yang berlainan kepada istilah 'kejayaan' mengikut cabaran yang berlainan? Saya harap dapat teruskan perbincangan ini tidak lama lagi. Sementara itu, saya harap ada respons yang dapat menyejukkan saya sedikit. Terima kasih.

Saturday, December 12, 2009

D....e......l.....a.......y

Almost two months has passed since I posted my last article. No good excuse for the delay. It is some sort of 'back to basics'....something I started more than two dozen of years ago, before we even know of the Internet, what more to say about email, blog, facebook, etc. Actually it is more appropriate to call it 'back to garden'. Having started gardening and followed by rearing of koi, I find that 24 hours a day is hardly enough for me. So, something got to go (for the time being) and it is blogging that has to give way to gardening. Don't get me wrong. It is only temporary as it is proven by this posting.

In fact gardening does not take up much of my time. It is the koi, or, to be more precise, the koi pond and its accessories that has been keeping me outdoor, sometimes till late at night. Believe me, tending the pond has helped to sharpen my observational and problem-solving skills that can help me in my work in school. Actually when I wanted to rear koi, I did not expect to face so many challenges. (You call these trivial things as challenges when the country is facing with many big issues and problems? Never mind-lah!!!)

I do not want to bore you with details except for some interesting instances I like to share here.
  1. I realised my filter tank was full of larva. Luckily I discovered that before the 'who-you-know-I-mean' finds out. I rushed to a nearby shop to buy a piece net and pieces of wood to make a cover for the tank. Having done that, I happily assumed the problem was solved until I took out the cover to clean the filter one day. What a shock when a dark cloud emerged from the surface of the tank. Actually it was such a huge quantity of mosquitoes that together they looked like a dark cloud. Lesson number 1 : Do not think a problem is solved just by implementing untested procedures and leave it aside without further observations and supervisions.
  2. Thinking hard how to solve that problem. A finer net? Using chemicals? Making the water fast-flowing? Finally, a friend suggested to put some fish in the filter tank to eat the larva-simple as that and the problem was solved by a packet of fish costing only RM2. Lesson number 2 : Do not be trapped by too complicated methods so much so that we ignore the simple, obvious though not so glamorous but effective solutions.
  3. I bought five floating water plants, each having roots of about 20 cm long. Hardly two hours after I floated them on the surface of my koi pond, the roots were detached from the plants. I do not have any proofs but I guess it must be the work of those 'naughty' koi in the pond. Anyway, I do not intent to punish them for their mischief even if I have concrete evidences. (Don't equate me to 'some-people-you-often-hear-about' for letting go culprits unpunished because fish are not human beings.) I thought of a solution to salvage the five plants before they succumb to further injuries. I took a plastic pot, tied it with a rope, attached to a plastic-coated iron wire and hung it by the side of the pond so that the pot would not sink. I then placed the five plants in the pot so that it was still floating but safe from their 'enemies' outside. Somehow or rather, the pot was detached from the rope but to my pleasant surprise the pot was still floating. Apparently, even when filled with water its density was still lower than that of the water in the pond. I felt like a fool doing all those stunts with rope, wires, shaping and adjusting to make sure the pot stayed on the surface of the water when in actual case it would float anyway by itself. Lesson number three : Don't try to be too smart with technology and forget about the basic sciences. (Technology-all those works with rope, wire and pliers. Basic science-relative density.)
  4. Just as I thought I have saved those plants from the treat of my koi, I was challenged(sorry again with this big word) with a new mystery. For a few morning when I routinely fed my koi before going to work, I was surprised to see the plants turned upside down. Did any of the koi jumped into the pot and turned those plants and jump back before I woke up? Luckily, I am not one who is too indulged with fantasies or fairy tales. Did someone sneak into my compound to do this stupid thing? Another stupid thought. Anyway, I did not give out thinking of a solution to that puzzle. Finally, one morning I saw a frog on the edge of the pot and the mystery was solved. For those who study science will know of Newton's third law of motion which states that for every action there will be an equal reaction in the opposite direction. The frog liked to visit the floating plants and jumped from one plant to another. So each time the frog jumped forward from a plant it kicked the plant backward and usually turned it upside down. Lesson number four : Do not give up easily and continue to think as solutions will favour a thinking mind.
There are more other interesting things just about the fish pond but I do not wish to annoy readers with these trivial things when 2012 is just around the corner. But then if we look around us and see people who are supposed to be doing big things quarreling like kids, my thought may not be too childish after all. I shall continue the next time.

Tuesday, October 20, 2009

Idea Market SMKJM

Pada pukul 10 pagi, 10 haribulan 10, di Wisma MC......Ooop....silap...
Pada pukul 10 pagi, 10 haribulan 10, di Kluang.....lebih tepat lagi, di SMK Jalan Mengkibol Kluang,...sesi Idea Market dimulakan. Sila layari YouTube berikut:-

http://www.youtube.com/watch?v=EKkR7XmTKns

http://www.youtube.com/watch?v=9HBJCFY1YYg

http://www.youtube.com/watch?v=mfYMBi7OcVw&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=jn6IklyDaI8&feature=related

Sunday, October 18, 2009

Bug in my printer!

I got a shock when I printed a document this morning. There was a bug in my printer-literally! Actually it was small lizard. I don't quite understand how that unfortunate tiny creature got into my printer but when I started printing my document, there was some extra material 'printed' on my paper. I am sure you know what I mean but I am not going to describe further in case it may spoil the appetite of your next meal. Anyway such experience is rare enough to worth some writing space in my blog.

Thursday, October 15, 2009

Mengaplikasi Teori 'Broken Windows' Di Sekolah

Pada Sabtu yang lepas (10-10-2009), saya telah memberi satu ceramah bertajuk 'Mengaplikasi Teori 'Broken Windows' Di Sekolah' kepada semua penolong kanan (petang) sekolah menengah di Johor. Saya paparkan ringkasan nota saya khas untuk mereka yang telah hadir ceramah tersebut. Walau bagaimana pun, bagi pembaca yang lain, teori ini amat berguna dalam membantu kita dalam banyak aspek tugas kita, khasnya yang melihatkan urusan manusia.


Pengenalan

  • Teori 'Broken Windows' adalah hasil kajian James Q. Wilson dan George L. Kelling.
  • Teori ini menyatakan bahawa kejadian jenayah adalah kesan yang tidak dapat dielakkan akibat daripada keadaan yang celaru* (disorder).
  • Premis Asas : Jika sekeping kaca tingkap yang pecah dibiarkan begitu, akan memberi kesimpulan bahawa tiada orang peduli tentang perkara itu. Kemungkinan besar, lebih banyak tingkap akan dipecahkan.
  • Gangguan oleh keadaan persekitaran yang celaru (disorderly) dan kekurangan disiplin (disorderliness and incivility) akan menyebabkan masalah yang lebih serius.


Premis Asas

  • Persekitaran yang penuh dengan kerosakan dan grafiti tanpa dikawal boleh mewujudkan ketegangan minda dan ketidakpastian.

Quotes

  • ....Crime is an inevitable result of disorder.
  • ...one unrepaired broken window is a signal that no one cares, and so breaking more windows costs nothing. (It has always been fun.)
  • ...anxiety stems from a fear of "real" crime and from a sense that the street is disorderly.... People assign a high value to public order......
  • ...disorder and crime are usually inextricably linked, in a kind of developmental sequence.

Mengaplikasi Teori 'Broken Windows' Di Sekolah

  • Sekolah ialah tempat murid-murid menghabiskan sebahagian besar masa mereka hampir setiap hari.
  • Majoriti murid akan berasa bangga jika sekolah berada dalam keadaan yang teratur (orderly), ceria dan selamat.
  • Murid-murid sangat peka dan mempunyai kemampuan untuk menilai kepimpinan sekolah melalui kaca mata mereka.
  • Kecelaruan (disorderliness) seperti kaca-kaca tingkap pecah yang terbiar tanpa gantian, contengan-contengan di dinding, papan-papan notis yang tidak terurus dan sampah-sarap di merata-rata tempat akan memberi satu gambaran negatif di kalangan murid tentang kepimpinan sekolah - kurang berperihatin, kurang minat dan kurang ambil peduli.
  • Kerosakan dan vandalisme akan meningkat jika langkah segera untuk membetulkan keadaan tidak diambil. Kerosakan kecil yang terbiar mungkin akan besar menyebabkan kerosakan yang lebih besar.
  • Begitu juga, masalah disiplin yang kecil kalau dibiar tanpa tindakan membaikpulih akan berjangkit menjadi fenomena yang serius.


Beberapa Amalan Penting

  • Mementingkan persepsi: Teori 'Broken Windows' bukan setakat berkenaan dengan tingkap yang pecah sahaja. Teori ini menegaskan kepentingan persepsi seseorang pelanggan akan menentukan aras ketaatan orang itu kepada organisasi.
  • Toleransi sifar kepada masalah kecil (small defects can snowball into large problems): Teori ini menerangkan bagaimana masalah kecil yang terbiar akan menjadi masalah besar.
  • Pencegahan (broken windows are best repaired before they break).
  • Tindakan (broken windows can be repaired, but they have to be seen and fixed as quickly as possible): Masalah kecil boleh dibetulkan, tetapi perlu dilihat proses pembaikpulihan itu dilakukan dengan secepat yang mungkin.


Tanggungjawab Dan Komitmen

  • Semua ada peranan (employees who go above and beyond the call of duty are the ones who will spot and repair broken windows. All employees are customer service employees. Everyone in the organisation does something that affects the customer service.)


Sekian Sahaja. Terima Kasih
Semoga Teori ‘Broken Window’Dapat Membantu Urusan Tuan/Puan Di Sekolah Masing-masing.