Sunday, July 20, 2008

CASKAN

Inilah musim semua sibuk kejar-mengejar membuat macam-macam program untuk meningkatkan prestasi akademik menjelang PMR dan SPM. Pelbagai program kecemerlangan akademik dirancang dan dilaksanakan. Usaha seperti ini adalah baik kerana murid-murid sentiasa perlu diingatkan dan digiatkan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Namun demikian untuk jangka yang lebih panjang, usaha tidak boleh ditumpukan hanya kepada tingkatan 3 dan 5 sahaja kerana status atau prestasi mereka amat bergantung kepada asas yang dibina pada tahun-tahun yang sebelumnya.

Sebagai contoh, kita tidak boleh mengharapkan murid-murid Tingkatan 5 untuk berminat atau menguasai mata pelajaran Fizik dengan tiba-tiba, walau apa pun jenis program atau motivasi diaturkan untuk mereka, jika selama setahun setengah mereka tidak mahir dalam mata pelajaran tersebut. Tetapi jangan salah faham, usaha 'saat-saat akhir' ini masih membantu walau pun tidak sebanyak seperti diharapkan--dan sememangnya usaha seperti adalah jauh lebih baik daripada tiada usaha langsung.

Saya ingin mengongsi satu cadangan untuk meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran Fizik berasaskan bahan saya bernama 'CASKAN' yang saya gunakan untuk melatih guru-guru Fizik beberapa tahun dahulu. Walaupun penerangan di sini adalah ringkas, saya berharap rakan-rakan guru dapat dicaskan sama ada untuk membahas, membincang atau lebih lagi menggunakan cadangan ini semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Fizik (dan mana-mana sains secara amnya). Sila layari laman yang berikut untuk bahan berkenaan 'CASKAN'.

http://johorephysics.blogspot.com/

Macam-macam

Macam-macam perkara berkenaan pendidikan dalam minda walau pun sepatutnya pada hari Ahad berfikir tentang perkara lain seperti cabut rumput atau cuci kereta. Apa boleh buat, tak boleh kawal. Baru-baru ini terbaca/terdengar pelbagai jenis komen, pandangan, nasihat atau kritik tentang sistem pendidikan oleh orang-orang yang sudah bersara dari perkhidmatan pendidikan. Ada di antara mereka pernah memegang jawatan yang tinggi dan sepatutnya mempunyai kuasa untuk mencadangkan sesuatu perubahan pada masa mereka masih berkhidmat. Tetapi saya boleh faham, mereka mungkin pernah mengemukakan pendapat dan pandangan mereka. Saya juga faham kadang-kadang tidak mudah mengemukakan pandangan yang berlainan kerana saya sendiri pernah kena banyak kali dengan tembakan seperti 'Don't argue with the boss', 'The boss is always right', 'Jangan cari alasan' dan macam-macam cara lembut atau keras untuk menguburkan idea yang tak seiring.

Antara peristiwa yang saya tidak akan lupa (tetapi tak marah lagi) ialah satu yang berlaku pada tahun 1983. Masa itu, saya masih baru dalam perkhidmatan, terlalu berani, semangat tinggi (masih tinggi), tak tahu betapa tinggi langit dan betapa tebal bumi, menghadiri satu seminar berkenaan peningkatan prestasi matematik di sekolah menengah. Antara isu yang dibangkitkan ialah masalah murid-murid tidak menguasai kemahiran matematik (isu lama tetapi tak selesai). Saya kemukakan pandangan saya bahawa antara masalah ialah sistem peperiksaan Matematik SRP (sekarang PMR) yang hanya ada kertas objektif. Perkara ini mungkin menjadikan latihan langkah-langkah kiraan tidak ditegaskan dengan secukupnya. Selanjutnya saya mencadangkan supaya adakan satu kertas lagi dalam bentuk subjektif. Sungguh malu saya ditegur, di hadapan peserta yang begitu ramai, oleh seorang pegawai tinggi (tak kenal beliau tetapi dari cara beliau dilayan dengan pelbagai lapisan protokol mestilah orang 'besar') kerana kemukakan sesuatu yang bukan-bukan. Saya tak lupa dan saya sungguh gembira apabila kertas 2 (subjektif) diperkenalkan beberapa tahun kemudian. Saya hendak tegaskan di sini kertas 2 ini bukan hasil daripada cadangan saya yang telah dikuburkan di dalam dewan seminar itu.

Saya menulis artikel ini setelah membaca berita berkenaan KPPM mengalu-alukan pandangan daripada siapa-siapa pun berkenaan PPSMI melalui e-mail peribadi beliau. Barangkali ini merupakan satu anjakan dari konsep 'The boss is always right' atau 'Don't argue with the boss' kepada 'The experts are all over' atau 'Engage the expert power'. Minta maaf, saya tidak boleh menulis lebih lanjut lagi berkenaan isu PPSMI ketika ini kerana minda saya beralih kepada satu masalah yang lebih besar--bagaimana melayan VVIP ke Persidangan PKPSM Kebangsaan pada hujung bulan ini setelah diberitahu saya akan dilantik sebagai salah seorang LO untuk VVIP. Baru sedar saya mempunyai banyak buku sains, matematik, pengurusan dan kepimpinan tetapi tiada sebuah pun berkenaan protokol dan cara melayan VVIP. Perlu beli sebuah pada kesempatan yang terdekat.

Saturday, July 19, 2008

Terrorgogy

Pedagogy? Terrorgogy? (My apology if you cannot find this word in any dictionary. However, it will soon find its way into just any dictionary if this method becomes popular among teachers.) If this blog has no relevance to you, please ignore. Otherwise, please reflect deeply. If you are a teacher, please try to understand the message I want to communicate. Cannot comment further. ( Abaikan blog ini jika tak berkenaan atau tidak dapat membaca fikiran penulis/pelukis. Jika anda seorang guru, cuba faham mesej yang saya ingin sampaikan. Tidak boleh komen lebih lanjut lagi. Harap tidak mempertikaikan struktur penulisan, kesesuaian perkataan....d.l.l.)

Sunday, July 13, 2008

Reflection Near A Fish Pond

It was during the half an hour break of our individual presentation session on the 10th of July that I took a stroll out of the hotel to breathe some fresh air and have a quiet moment alone. Right in front me was the majestic Petronas Twin Towers piercing into the sky. But, what impressed me more was a tiny fish pond behind me. I sat down to admire the fish that seemed to be so happy and carefree. I did know whether the fish could feel happy but I did not care. As long as I could imagine that they were happy, I was happy.
At that moment, I recalled reading an interesting book some years ago (Hyperspace by Micho Kaku) and remembered vividly what the author wrote about one of his happiest childhood memories. He was mesmerised by the brilliantly coloured carps swimming slowly beneath the water lilies. Indeed he was intrigued he could sit only a few inches from the fish, yet be separated from them by an immense chasm. And, the separation between the two 'universes' was only by the thinnest barrier in the form of the water surface. As I was taking some photographs with my handphone, I pondered further -- I could at least see the surface of the water that formed the barrier. What worried me was the unseen yet not too difficult to imagine barriers that resulted in the creation of many different 'universes' among the people. Reflecting on the lectures that I have attended on the earlier part of the course, I realised many of these were supposed to be tools to tear down these barriers if only they could be put into practice successfully. Before I could think further, I realised it was time for me to rush back into the room to avoid the risk of having marks being deducted for being late and hence being declared not too competent. Anyway, at this particular moment I still do not know whether I am competent or not. That decision is beyond me now.

Cabaran Julai

Ini blog pertama saya dalam bulan Julai. Terlampau sibuk dengan tugasan PTK. Lapan hari di Kuala Lumpur International Hotel, penuh dengan cabaran tetapi juga penuh kenangi manis. Pada hari kemuncak (12/7/08) kami semua menjadi calon yang baik yang mematuhi arahan ketua pengawas dengan sepenuhnya. Tetapi, kami fobia apabila ketua pengawas mengucap terima kasih dan kata "harap jumpa lagi". Beliau pun cepat menyambung dengan "di PTK pada tahap yang lebih tinggi lagi."
Dalam tempoh lapan hari, kami dapat selain ilmu, rakan-rakan baru. Kami meraikan hari jadi dua orang rakan-rakan dan saling bantu menbantu dalam pelbagai tugasan seperti 'public speaking', pembentangan tugasan individu dan berkumpulan.
Sekarang kami tunggu keputusan....I, II....harap jangan.....III boleh tahan....IV tahniah tetapi...cubit diri, pasti bukan mimpi!

Thursday, June 26, 2008

Connecting Classrooms Asian Dialogues

Projek ASIAN DIALOGUES bermatlamat mewujudkan perkongsian antara sekolah yang tekal dan berterusan. Ini menyokong matlamat sistem pendidikan kebangsaan untuk mendidik generasi muda ke arah warga global dan meluaskan pandangan generasi muda terhadap isu-isu antarabangsa. Perkongsian dijalinkan antara sekolah di UK dan 7 buah negara di Asia Timur, termasuk Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesai, Malaysia dan Taiwan.


British Council akan berkerjasama dengan rakan di UK dan kawasan Asia Timur dari segi polisi, hal-hal berkaitan dengan pendidikan, kepemimpinan sekolah, dan guru untuk mewujudkan persefahaman melalui kolaboratif dalam bidang kurikulum dan berdasarkan projek. Selain mewujudkan warga global, perkongsian antara sekolah juga selaras dengan berberapa keutamaan dan polisi dalam perancangan Kementerian Pendidikan di UK dan rantau yang terlibat. Ini termasuk pembangunan ICT merentas kurikulum dan peningkatan penguasaan bahasa asing, terutama dalam bidang bahasa Inggeris. Perkongsian bijak antara sekolah juga mewujudkan ruang dan peluang kepada guru untuk lebih peka terhadap budaya orang lain, berkongsi pedagogi yang berkesan dan mempertingkatkan daya kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar sekaligus lebih menyediakan mereka berinteraksi dengan dunia luar.


Matlamat Dialog Asian adalah untuk

- meluaskan pandangan generasi muda terhadap isu-isu antarabangsa, membangunkan sikap saling faham memahami yang mendalam dan peka terhadap perbezaan pandangan dan cara hidup pelajar dengan rakan di UK. Ini dilaksana melalui program perkongsian antara sekolah.

- meluaskan pandangan guru terhadap isu-isu antarabangsa, membangunkan sikap saling faham memahami yang mendalam dan peka terhadap perbezaan pandangan dan cara hidup guru dengan rakan di UK. Ini dilaksana melalui program perkongsian antara sekolah.

- menyokong matlamat sistem pendidikan kebangsaan ke arah mendidik generasi muda sebagai warga global melalui program perkongsian antara sekolah.

- pengkayaan dimensi antarabangsa kurikulum sekolah melalui program perkongsian antara sekolah.

- membina jaringan antara negara yang terlibat melalui kementerian pendidikan atau rakan kongsi sebagai sokongan kepada pembangunan perkongsian bijak antara negara terlibat.


Proses


  1. Kementerian/Jabatan Pelajaran negara/negeri akan menghantar permohonan untuk penglibatan dalam projek berkenaan. Permohonan akan diproses berdasarkan kriteris (rujuk borang permohonan), dan bersesuaian dengan matlamat keseluruhan projek Asian Dialogues.

  1. Wakil kluster/kumpulan dari Negara/negeri yang berjaya akan dijemput untuk menghadiri Contact Seminar di Asia Timur. Mereka akan dijemput untuk menghadiri taklimat pre-contact seminar di dalam negeri masing-masing.

  1. Tiga orang wakil (seorang dari Jabatan/Pejabat Gabungan, seorang pengetua dan seorang guru penyelaras) akan hadir ke Contact Seminar. Mereka akan merancang projek dan aktiviti dengan rakan dari negara yang terlibat. Untuk menghadir Contact Seminar, pihak British Council akan menanggung sepenuhnya kos visa, perjalanan, penginapan dan elaun sara hidup.

  1. Semasa Contact Seminar, pelaksanaan pelan projek akan dibincang oleh wakil dari UK dan juga kluster dari negara Asia Timur. Perancangan akan dihantar kepada pasukan Asian Dialogues dan akan dinilai berdasarkan kriteria dan selaras dengan matlamat projek Asian Dialogues. Pembiayaian untuk mengadakan mesyuarat yang akan melibatkan sekolah di bawah kluster/kumpulan akan dibenarkan tertakluk kepada kelulusan pelan.

  1. Kluster sekolah di Asia Timur dan UK akan membangun dan melaksanakan projek kurikulum secara kaloboratif, dalam jangkamasa tiga tahun.

Bidang yang diberi keutamaan


Sekolah akan memilih untuk berkerjasama dalam satu atau lebih tajuk yang di cadangkan seperti berikut:


- Perubahan Cuaca

- Sukan dan Kesihatan

- Sains Alam Sekitar

- Perdagangan/Perusahaan

- Dunia Masa Depan

- Sains dan Reka cipta


Semua projek akan menangani isu tentang warga global. Setiap kluster akan menangani isu-isu yang merangkumi perkara seperti di bawah semasa projek dilaksanakan


- Menyerapkan elemen antarabangsa merentasi kurikulum.

- Mendalami dan menjiwai konsep warga global.

- Memwujudkan perbincangan antara budaya dalam kalangan pelajar.

- Peningkatan kesedarana tentang budaya dalam kalangan pelajar dari kluster yang terlibat.

- Memberi peluang untuk peningkatan profesionalisme guru dan para pemimpin sekolah..


- Penggunaan kemudahan ICT secara inovatif dlam bilik darjah.

Kepimpinan Instruksional - Jawapan Kepada azlanlin

Blogger azlanlin said...

Cuma kekadang penyampaian maklumat adalah secara bombastik. Tidak menjurus kepada apa, siapa dan bagaimana!

Tanpa fokus sebegitu, perkongsian makna tidak berlaku antara penyampai dan penerima maklumat. Perlu pembaikan kaedah penyampaian maklumat tu...

June 23, 2008 11:31 PM

Jawapan Thinkingallowed

Terima kasih kepada azlanlin. Saya faham perasaan tuan. Oleh itu, saya ambil kesempatan di sini untuk menerangkan bahawa tajuk Kepimpinan Instruksional adalah untuk rujukan guru besar, pengetua dan penolong kanan Johor yang telah menghadiri kursus ini satu masa dahulu (sekitar 2006 dan 2007) tetapi atas sesuatu sebab atau lain tidak dapat mencari nota atau bahan kursus mereka. Ini bermaksud bahan-bahan ini adalah untuk mereka ingat kembali apa yang mereka telah dilatih selama seminggu.
Selanjutnya untuk menjawab soalan tuan lagi,
Apa : Kepimpinan Instruksional (bukankah tajuk itu jelas?)
Siapa : Guru besar, pengetua dan penolong kanan (tidak dijelaskan tetapi guru besar, pengetua dan penolong kanan Johor tahu untuk siapa.)
Bagaimana : Satu minggu latihan telah menerangkan bagaimana. (Minta maaf saya tidak nyatakan dalam blog saya.)
Bombastik? Tidak. Mereka yang telah menghadiri kursus ini telah didedahkan istilah-istilah ini.
Senang kata, ini hanya nota untuk membantu rakan-rakan yang telah hadir kursus berkenaan dan tiba-tiba sedar perlu menggunakan bahan-bahan kursus itu sekali lagi.


Akhir sekali, berkenaan komen tuan 'Tanpa fokus sebegitu, perkongsian makna tidak berlaku antara penyampai dan penerima maklumat. Perlu pembaikan kaedah penyampaian maklumat tu...' saya cuma ada satu komen balas....INI IALAH BLOG! BUKAN PENULISAN ILMIAH. (Saya juga ada baca blog tuan. Bahan tuan juga berunsur BLOG! Sangat bagus dan tahniah.)
Terima kasih.

Saturday, June 21, 2008

Kepimpinan Instruksional (5)

Misi Sekolah: Pernyataan misi menjawab soalan ‘What is our business?’

Apakah Maksud Misi? :Satu pernyataan ringkas dan padat yang menjelaskan perkara berikut:
  • Tujuan atau sebab ditubuhkan organisasi anda? (What is our basic purpose or Why do we exist?)
  • Kepada siapa perkhidmatan diberikan? (pelanggan) Who we serve?
  • Apakah hasil akhir yang diingini? (What we produce- outcome benefits: products, services, uses)
  • Mengapa Pernyataan Misi Penting?
  • Pernyataan misi yang baik membantu memastikan setiap warga sekolah bekerja ke arah hala tuju yang sama.
  • Pernyataan yang mantap dan memberangsang-kan penting bagi mewakili sekolah kepada warga sekolah, penderma, sukarelawan dan masyarakat umum. Hal ini menjelaskan kepada mereka bahawa sekolah anda mempunyai hala-tuju yang jelas dan tahu perkara yang ingin dilakukan.
Ciri-Ciri Misi Yang Baik
  • Ringkas dan mudah diingati.
  • Jelas dan mudah difahami.
  • Menjawab persoalan ‘What’, ‘Who’ & ‘How’.
  • Elakkan penggunaan bahasa yang sukar difahami (bombastik).
  • Menggambarkan kepakaran unik organisasi.
  • Lebih luas (broad) bagi membolehkanpelaksanaan yang fleksibel kepadasituasi yang diingini.
  • Spesifik untuk menjadi panduan kepada warga organisasi membuat keputusan.

Kepimpinan Instruksional (4)

Visi Sekolah : Pernyataan visi menjawab soalan ‘What do we want to become?’


Why Is A Vision Statement Important?
A good vision statement will challenge and inspire members of the school (board, staff and volunteers) to work together to achieve success. It is difficult to create a vision statement that is exciting enough to inspire people, but is also realistic enough for people to believe it is attainable.


Komponen Penting Dalam Pernyataan Visi

  • Menerangkan tujuan kewujudan, kerja utama dan pelanggan sasaran sekolah.
  • Keunggulan masa depan yang unik (kekuatan yang memberikan sesebuah sekolah itu kelebihan. Hal ini mentakrifkan kelebihan & kecemerlangan sekolah ).
  • Nilai-nilai yang dikongsi bersama (kepercayaan, prinsip moral, dan falsafah yang membentuk budaya sekolah).
Garis Panduan Untuk Membina Pernyataan Visi
  • Libatkan pemikiran strategik yang berkaitan.
  • Membuat anjakan paradigma dan berfikiran futuristik.
  • Melibatkan soalan : Ke mana hala tuju sekolah?
  • Tetapkan posisi kejayaan masa hadapan untuk tiga/lima tahun ke hadapan.
  • Apakah identiti sekolah yang akan dibina untuk masa depan?
  • Nyatakan/jelaskan “what an organisation wants to be” (..akan menjadi…? ) bukannya “what is”.
  • Gambarkan situasi atau keadaan yang lebih baik pada masa hadapan dalam beberapa aspek penting berbanding dengan keadaan sekarang.
Ciri-Ciri Pernyataan Visi Yang Baik
  • Jelas menyatakan tahap perubahan yang diinginkan masa depan atau menggambarkan kejayaan yang hendak dicapai.
  • Mencabar dan bermotivasi (driving force).
  • Ringkas dan mudah difahami untuk dihayati oleh SEMUA warga dalam organisasi.
  • Lebih fleksibel untuk dibentuk agar organisasi sentiasa pantas dan berdaya tahan bagi menghadapi kesulitan.
  • Dikongsi dengan stakeholders, pelanggan, pembekal, komuniti dan sebagainya.
  • Jelas hubungannya dengan pernyataan misi.
Vision To Be Successful
  • Initiated by leader
  • Shared and supported
  • Clarifies direction and purpose
  • Comprehensive
  • Must be positive and inspiring (ambitious)
  • Sets a standard of excellence
  • Fits the school and the times
  • Clear and easy to understand

Wednesday, June 18, 2008

Kepimpinan Instruksional (3)

Perancangan dan pengurusan strategik adalah sebahagian aktiviti yang penting dalam kepemimpinan instruksional.

Strategi--Maksudnya
Merujuk kepada cara organisasi bertindak. Juga dikenali sebagai taktik yang digunakan oleh organisasi untuk mencapai objektif, misi dan visi yang telah ditetapkan. Organisasi yang gagal membentuk strategi yang sesuai dengan programnya mempunyai risiko lebih besar untuk tewas dalam persaingan.

Isu-isu Perancangan Strategik

  • Perancangan yang dibuat secara “ad hoc”.
  • Kecenderungan untuk menyediakan dokumen perancangan strategik tetapi tidak pada perlaksanaan.
  • Mengulangi program yang kurang strategik pada setiap tahun-- “more of the same”.
  • Kurang pemantauan program yang dirancang.
  • Pembinaan perancangan strategik tanpa melibatkan ahli-ahli yang sepatutnya terlibat dan tidak dihayati oleh mereka.
  • Program yang tidak disesuaikan dengan keperluan sekolah.

Kepentingan Perancangan Strategik

  • Membolehkan organisasi mengenali kekuatan dan kelemahan dengan lebih jelas.
  • Membolehkan organisasi merangka bentuk tindakan yang wajar diambil sejajar dengan usahanya mahu mengeksploitkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan.
  • Membolehkan organisasi merangka apakah tindakan yang wajar diambil sejajar dengan usahanya yang mahu mengeksploit peluang dan mengekang ancaman yang wujud.
  • Membolehkan organisasi merancang aktivitinya mengikut kepentingan dengan lebih jelas dan bersistematik.
  • Membolehkan organisasi mengenalpasti tahap pencapaiannya.
  • Memudahkan organisasi mengawal segala program.
  • Meletakkan organisasi sentiasa dalam keadaan proaktif terhadap perubahan yang berlaku di dalam dan luar organisasi.
  • Dapat mengurangkan program yang berulang.
  • Menyediakan satu suasana kerja yang kodusif.

Strategi Mengambil Kira

  • Kehendak dan aspirasi jangka panjang.
  • Persekitaran luaran.
  • Kekuatan dalaman organisasi sekolah.
  • Budaya cemerlang organisasi sekolah.
  • Harapan pihak yang berkepentingan (stakeholder).
  • Menjangkakan sumber-sumber masa depan.
  • Pembinaan Pelan Strategik.
  • Mengenal pasti isu-isu strategik (SWOT).
  • Menentukan matlamat strategik.
  • Menetapkan indikator prestasi.
  • Menentukan objektif.
  • Membina pelan tindakan/pelan taktikal.
  • Membina pelan operasi.
  • Pelaksanaan perancangan strategik.
  • Penilaian terhadap pelaksanaan.
  • Perancangan strategik.
  • Penyemakan semula dan penambahbaikan.

Monday, June 16, 2008

Kepimpinan Instruksional (2)

Definisi Kepimpinan Instruksional

“Tindakan- tindakan yang diambil oleh seseorang pengetua atau yang diturunkuasakan untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar” Debevoise (1984)

Mengikut Richardson (1989), seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan.

Blasé (1998) menyatakan kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.

Hussein (1989) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses P & P dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Pemimpin sekolah yang mengambil peduli (cakna) terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar serta perkembangannya dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah.

Sunday, June 15, 2008

Kepimpinan Instruksional (1)


Kepimpinan Instruksional Model Hallinger mengandungi 11 elemen yang boleh dikategorikan di bawah tiga aspek.

Aspek I : Mendefinisikan Misi Sekolah
  • 1. Merangka matlamat sekolah
  • 2. Menyampaikan maklumat sekolah
Aspek II : Mengurus Program Instruksional
  • 3. Penyeliaan dan penilaian instruksi
  • 4. Menyelaras kurikulum
  • 5. Memantau kemajuan pelajar
Aspek III : Mewujudkan Iklim Pembelajaran Positif
  • 6. Melindungi waktu P&P
  • 7. Membudayakan perkembangan profesional
  • 8. Mengekalkan ketampakan
  • 9. Menyediakan ganjaran kepada guru
  • 10.Penguatkuasaan standard akademik
  • 11.Menyediakan insentif kepada pelajar

Sunday, June 8, 2008

Illustration And Teaching (6)

I am sure most Malaysian can recognise the cartoonist who draws this cartoon. The fact that Lat's cartoon is so popular among Malaysians (in fact Lat is recognised internationally) makes his cartoons more suitable to be used as teaching aid. I think (and certainly hope) Lat doesn't mind his cartoons being used for a good cause--to educate the young Malaysians to be more scientific minded.

As an illustration, let us compare the two drawings on the right. The first one is a description of life in a Malaysian Kampung (village). The second drawing is of course a scientific one that guides students to calculate the net force, F, which is given by the equation,
F
= F1 cos x - F2.

Isn't the second drawing enough to teach the related scientific principle? Why the trouble of having the first drawing? While the above equation is not a difficult one especially to the more mathematically-inclined students. The situation of the question may need some real life context to make the lesson more lively and relevant especially to the less motivated ones. Even the ablest scientific minds derive much insight from dabbling with real life situations, what more the young minds who may not even be scientifically trained yet. Let me quote a very meaningful advice from a very old science text book (teacher's guide) which remains as relevant as ever: "......Too often in the past the 'law' has been taught first, with a demonstration of its 'truth', followed by numerical examples to 'drive it home.' Good examination technique perhaps, but bad science. This is simply putting the mathematical cart before the scientific horse...."

Hence the drawing of a boy using a dry coconut front to pull a younger boy, is to engage the students with some experiential context, along with some fun and creative imaginations before embarking into the more abstract science of resolution of forces. How about using another of Lat's drawings to introduce either the concepts of boiling, heat capacity or even latent heat of vaporisation? There are many more illustrations which we can use. It always take a keen, committed and prepared mind to discover lots of things around us that can be brought into the classroom as teaching aid. Let me quote a popular maxim of Louis Pasteur to strength my point at the end of this article: '.... chance favours only those minds that have been prepared.'

Saturday, June 7, 2008

Illustration And Teaching (5)

It's holiday season. One of the hottest attractions for youngsters is a cartoon movie, Kungfu Panda. Yes, cartoon has always been a faithful companion when a child grows up, entertaining him, making him happy, arousing his curiousity and sparking his imaginations. The school holiday is coming to an end very soon. Let's hope the students will not feel disappointed when they go back to school. How about bringing cartoons into the classroom?
Let me give you an example: When we teach the students the difference in the amplitude of the wave before and after passing through a narrow opening, we can lead them to imagine the difference by comparing the movements of the ant with that of the ladybird as shown in the drawing. You can bring life to the otherwise dull lesson on the properties of the diffracted waves.

Bahasa Malaysia : Kartun dapat menemani seorang kanak-kanak dengan membawa kebahagiaan kepada mereka, membuka minda mereka, mencetuskan imaginasi mereka... Dalam musim cuti sekolah ini, ramai kanak-kanak merebut-rebut ke panggung wayang untuk dihiburkan oleh filem kartun yang terkini, Kungfu Panda. Adalah diharapkan apabila sekolah terbuka, mereka tidak kecewa meninggalkan dunia kartun mereka. Apa kata kalau guru membawa dunia kartun ke dalam bilik darjah?
Sebagai contoh: Katakan seorang guru sains sedang mengajar tentang ciri-ciri gelombang setelah melalui sebuah celah sempit. Rajah di sebelah menunjukkan satu bandingan gerakan seekor semut dengan seekor kumbang. Sudah pasti kartun semut dan kumbang itu dapat memberi nafas baru kepada sesi pembelajaran ciri-ciri gelombang terbelau yang pada asalnya mungkin satu pelajaran yang membosankan.

A Matter Of Time

Gravity must certainly have been among the first natural forces that mankind became aware of at the dawn of history. Throughout the centuries gravity has remained the most constant and omnipresent of all forces men had to grapple with in their everyday world.

Even an early man knew that if he let go an object held in his hand it would fall to the ground. However millenniums would have passed before anyone seriously thought of how an object would fall under the force of gravity. Even the 'common sense' that heavy objects fell to the ground faster than lighter ones, a belief reinforced by the great Aristotle of the ancient Greece would have to wait for another more than a millennium before being disposed by another great man by the name of Galileo Galilea.

Nobody really knows if Galileo actually dropped any object from the famous tower of Pisa (presently The Leaning Tower of Pisa in Italy) in his quest for the understanding of gravity. What is more important is the legacy left behind by this great man hailed as the first serious experimenter of science. Accurate experiments during Galileo's time were of course very difficult with limited and yet crude apparatus. The clocks then were even far less accurate than the ones in our ordinary home. What more, in the absence of vacuum facility, free fall experiments were simply impossible. Despite such handicaps, Galileo predicted correctly that objects, irrespective of size and shape, would fall with constant acceleration in the absence of air resistance -- a prediction proven true experimentally years later by Robert Boyle with the help of a vacuum pump invented by him.

Today, we have the privilege of using modern scientific equipments to actually observe what took Galileo much difficulty to predict. Stroboscopic photographs have clearly shown the constant acceleration of free falling objects irrespective of size and weight. Photography can be considered as one of the greatest inventions of mankind. Photographs have enabled events to be captured for further observations not possible with naked eyes. High speed stroboscopic still photographs and motion pictures have opened a new floodgate of investigations and brought about knowledge previously too fast to be observed.

Multi flash high speed and movie cameras allow activities occur in milli or even micro seconds to be observed and understood by students of introductory level science. Multi flash or strobe flashing at an interval of hundredth of a second has enabled many images of a free falling object be taken. (The time required by an object to fall freely a height of 1 metre is about 0.45 seconds only.) As a further extension of the discussion, we know that a cat usually lands on its feet irrespective of how it falls. Under normal circumstances, we will probably be able to observe only the initial and final stage of a falling cat. However, how does a cat move and turn its body in order to land gracefully and proudly (especially if it is released from your grasp at an upside down position) with such a short time interval, only special high speed photograph will reveal its skill. Similar photographic technique has enabled detailed photograph showing sequences of movement by a tennis player when serving a ball can help tennis coaches as well as manufacturers of tennis racquet to acquire crucial information for specific uses. Now-a-day, high speed motion photography is commonly used to enable more detailed viewing. This is evident from frequent 'slow motion' display or replay of a soccer player sending a high speed ball into the goal and that of a speeding Formula 1 car crashing into a barrier.

With the advent of even more advanced technology, high speed movie cameras can even shoot up to 500,000 frames per second. Such high speed capability has enabled details of the detonation of grenade be seen for the first time. Graceful glide and spin of a bullet emerging from the muzzle of a gun can be seen as clearly as seeing an old steam locomotive crawling out of a tunnel.

Recent advances in high speed laser technology have resulted in high speed photography acquiring a new meaning. Compared with the latest breakthrough, the time intervals discussed in the early part of this article can be considered as snail-paced. Science has taken a new turn in 1987 at Caltech of California. A new word 'femtochemistry' was coined to describe a brand new area of chemical physics, that was, in large measure the work of Professor Dr Ahmed Zewail and his colleagues. Using the most advanced laser techniques, he and his team have been able to obtain greater insights about the precise nature of chemical bonds. For the first time the precise moment of bond-breaking, bond-formation, as well as the transition stage in between, during a chemical reaction, have been successfully recorded using laser of time sensitivity of 'shutter speed' of a millionth of a billionth of a second or a femtosecond. Such high 'shutter speed' is required to capture the bond changing event which lasted for only a trillionth of a second! With this remarkable breakthrough, another new floodgate of science has been opened promising even greater height of scientific advancement, in particular, in molecular dynamics that will certainly find multiple applications in chemistry, biology and physics. One just needs to surf the Internet to get a glimpse of the vast number of related researches. It is beyond my capability to discuss meaningfully the work of Dr. Ahmed Zewail that led to the formation of femtochemistry and his subsequent award of the Nobel Prize in Chemistry in 1999. However, I would strongly recommend those who are interested to start off with his inspiring autobiography 'Voyage Through Time -- Walks of Life to the Nobel Prize'.

Compared with the days of Galileo Galilea where observations have to depend solely on the unaided eyes, mankind have progressed by leaps and bounds in the techniques of observing events that take place in very short duration of time. The quest for high speed photography will not end here as long as there is an insatiable thirst for new knowledge for more events of even shorter duration. Will the quantum limitations impede further progress?

References

Ahmed H. Zewail. Voyage Through Time, Walks of Life to the Nobel Prize. World Scientific Publishing Co. Pte., 2002.

Alan E. Nourse, M.D. Universe, Earth, And Atom. Harper & Row, Publishers, 1969.

Jerry D. Wilson, Anthony J. Buffa. College Physics Forth Edition. Prentice Hall, 2000.

Jim Jardine. Nat Phil 'O' Text. Heinemann Education Books, 1974.

M.V. Detheridge, M. Nelkon. Introductory Physics, Book One. Chatto & Windus Educational, 1974.

Thursday, May 29, 2008

Biasa Tetapi Tidak Biasa

Rajah di sebelah menunjukkan beberapa orang murid bersama guru mereka sedang menguji beberapa keping sel suria. (Yang mana satu ialah guru?) Selepas menguji berjam-jam, mereka masih tidak berjaya menghasilkan kuasa elektrik yang mencukupi. Tidak berjaya--dari segi objektif mereka. Berjaya--dari segi ilmu sains yang diperoleh jika kita ingat kembali kisah Thomas Edison yang begitu bangga dengan 999 kegagalan dalam usaha mencari bahan mentah yang paling sesuai untuk membina filamen mentol elektrik kerana beliau memperoleh ilmu yang begitu bernilai tentang 999 bahan yang tidak sesuai untuk membina filamen mentol. Dalam realiti kajian saintifik bukan mudah. Kegagalan untuk mencapai hasil adalah satu perkara yang biasa.

Di kalangan ahli sains, terdengar bisik-bisik--jika sesuatu hasil dicapai dengan begitu mudah, mestilah berhati-hati. Kadang-kadang kita terlalu ingin sesuatu hasil sehingga kita boleh lepas pandang faktor-faktor yang tidak menyebelahi keputusan yang dihasratkan. (Anda boleh rujuk kepada istilah confirmation bias dan observer-expectancy effect dari Wikipedia.)

Apakah yang dimaksudkan dengan tajuk 'Biasa Tetapi Tak Biasa'? Dalam artikel yang bertajuk Successful Experiments pada 2 Mei 2008, saya telah menerangkan tentang kaedah latihan sains di peringkat sekolah yang tidak mudah menghasilkan murid-murid yang bertabah, sabar dan berintegriti dalam penyiasatan sains. Mereka lebih biasa dengan 'kejayaan' yang cepat tanpa usaha yang gigih dan berulangan. Dengan kata yang lain, walau pun kegagalan adalah perkara yang biasa dalam kajian sains, murid-murid tidak biasa dengan realiti ini.

Dalam konteks ini, projek sains adalah latihan yang sangat baik untuk membina sikap saintifik yang baik, sebenar dan sepatutnya di kalangan murid. Melalui projek sains murid-murid akan sedar tentang kegagalan sebagai perkara yang biasa, belajar mengenalpasti sumber masalah, mengambil langkah praktikal untuk mengatasi masalah, mencari alternatif lain dan banyak lagi perkara yang tidak akan difahami jika tidak dialami secara terus.

Wikipedia:
Observer-expectancy effect — when a researcher expects a given result and therefore unconsciously manipulates an experiment or misinterprets data in order to find it.
Confirmation bias — the tendency to search for or interpret information in a way that confirms one's preconceptions.

Wednesday, May 28, 2008

Kem Pengawas

Kem Pengawas di Ulu Dengar (23-25 Mei, 2008) : Sesi 'Ceramah-Dinamik Kumpulan' pada pagi 25 Mei.
  • Pembinaan 'rantas kertas'--Hampir semua pengawas tidak berjaya membina 'rantai kertas' dari sehelai kertas saiz buku latihan. Sudah pasti ukur keliling (perimeter) kertas itu adalah lebih kecil daripada ukur keliling kepala peserta. Terdapat cara untuk mengoyakkan kertas sehingga 'sempadan' baru kertas itu dapat diwujudkan. Semua peserta berjaya membina 'rantai kertas' masing setelah dilatih. Pelajaran : Pemikiran yang biasa tidak mungkin mendatangkan hasil yang luar biasa.
  • Pemainan 'jambatan straw'--Setiap kumpulan diberi 100 batang straw (penyedut minuman) dan satu gulung pita selofan untuk membina sebuat struktur yang kukuh dan indah. Seterusnya, setiap struktur itu perlu disambung kepada struktur kumpulan berikut sehingga semua struktur disambungkan menjadi sebuah jambatan yang panjang. Semua straw mesti digunakan. Pemainan ini bertujuan untuk peserta menyedari kepentingan merancang, berkomunikasi, bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. Selanjutnya, oleh kerana produk setiap kumpulan mesti disambung kepada kumpulan lain untuk menjadikan satu jambatan yang panjang, peserta juga mempelajari kepentingan berunding dan bekerjasama dengan kumpulan lain, melihat sesuatu dari aspek keseluruhan selain bahagian masing-masing, menyedari kegagalan mana-mana satu kumpulan akan menyebabkan kegagalan keseluruhan.
Bukankah perkara-perkara ini penting untuk menjalankan tugas sebagai pengawas yang berkesan?

Monday, May 26, 2008

Science Around Us (7)

A ceramic plate crashes into pieces when it is dropped onto a concrete floor. Another identical plate does not break when it is dropped onto a piece of thick cloth. Obvious, isn't it? Yes, by experience. However, can a student explain the observation based on scientific principles? Yes or no--depending on how the student is trained by the teacher.
We cannot expect students to be able to answer science questions relating to everyday experiences if we do not consciously train them systematically during the lesson. As in this example, we cannot just teach them the concept of impulsive force by just manipulating the mathematical formula involved and expect students to be able to explain its applications in everyday situations. We may provide some stereotype examples but that may not be enough. We need to train them what to observe, how to observe, how to make comparison and identify the differences and so on.
Just take the example of the falling plates--we need to guide students either by using work sheet or orally to observe and compare the following:-
  • The height which the plates are dropped;
  • The physical differences between the two surfaces where the plates land;
  • The physical factors involved (like velocity, time and force);
  • The effect on the plates upon landing.
The next time when you conduct a science lesson, please try this method and I am sure the students will enjoy your lesson more and understand the related scientific principles better.

Science Work Sheet (2)

In this article, I will demonstrate how to lead the students into the understanding of Archimedes' principle. The work sheet shown here is not a complete one because I am just focusing on the introduction part of the lesson.

Work Sheet

1. Observe the boy lifting a heavy rock from the sea bed. What can you say about the weight of the rock as it is lifted out of the water surface?

2. What happens to a block of steel when it is dropped into the sea?

3. A ship is also made of steel but it floats.

(a) Compare the shape of the block of steel with the ship. What do you think is the factor that makes the ship floats?

(b) What inference can you make from the observation?

Additional Comments

  • Do not introduce Archimedes' principle using mathematical derivation. This is a sure way to kill the interest of the pupils especially those who are not so mathematically inclined.
  • An interesting alternative to the above is to replace the stone with a watermelon--a real watermelon placed in a pail of water! A sure 'hands-on' experience that will make Archimedes principle more memorable when students experience lifting a watermelon that is submerged in water until it is completely out of the water. A sure 'mouth-on' experience that will make the principle 'delicious' when, at the end of the lesson, every student gets to taste a slice of the watermelon.
  • When it comes to the inevitable introduction of the formula, the following diagram may help students to relate the pressure in fluid to that of Archimedes' principle.

Saturday, May 24, 2008

Program Peningkatan Profesionalisme Guru

Antara isu yang hangat di sekolah baru-baru ini ialah keperluan sekolah untuk merancang dan melaksanakan latihan dalam perkhidmatan (LDP). Kalau ditanya mengapa perlu LDP, antara jawapan ialah : kerajaan menetapkan keperluan menghadiri 7 hari kursus setiap tahun; ada peruntukan kewangan untuk menjalankan kursus; arahan untuk buat; perlu buat laporan tentang kursus yang dijalankan ....
Jawapan-jawapan di atas tidak beza sangat dengan jawapan 'supaya tidak ditangkap oleh polis...' apabila ditanya 'mengapa mesti pakai topi keledar semasa menunggang motorsikal'. Bukankah tujuan utama memakai topi keledar ialah untuk menjaga keselamatan, melindungi kepala penunggang motorsikal?
Sebenarnya, dengan begitu banyak pembaharuan, perubahan dan cabaran baru, ilmu yang sedia ada pada seseorang guru itu tidak mencukupi untuk membolehkan beliau menjalankan tugas profesional dengan sempurna. Oleh itu LDP dapat membantu meningkatan pengetahuan dan kemahiran guru. Selain itu, LDP juga memberi ruang dan peluang kepada guru untuk berinteraksi, bertukar idea, saling memotivasi dan menaikkan semangat satu sama lain.
Namun demikian kekangan masa dan pertindihan dengan pelbagai aktiviti peringkat sekolah atau daerah selalu merumitkan penentuan tarikh dan masa pelaksanaan LDP. Perkara ini perlu dihalusi dengan kerjasama pelbagai peringkat dan saya percaya satu kaedah 'menang-menang' dapat dicari.