Semasa menyemak fail lama saya, ternampak satu lukisan yang saya buat pada 11-2-2000. Lukisan yang dibuat dengan pen teknikal hampir sebelas tahun dahulu itu, merupakan sebahagian daripada koleksi idea saya berasaskan pengalaman atau pemikiran yang berkaitan dengan pengajaran saya sekitar masa lukisan itu dibuat. Kebanyakan idea-idea itu belum pernah saya dikongsikan dengan orang-orang lain. Saya lukis semula dengan Microsoft Paint untuk dikongsi sama tanpa memberi penerangan yang selanjutnya dengan harapan pembaca boleh menginterpretasikan mesej yang ingin disampaikan tentang minda murid-murid moden (harap sebelas tahun dahulu masih boleh dianggap sebagai moden).
Friday, January 28, 2011
Saturday, January 15, 2011
Profesionalisme Dalam Rutin Harian
Sedikit perkongsian hujung minggu—Pagi ini semasa sesi kopi, terbangkitnya perbincangan tentang masalah profesionalisme dalam organisasi. Berlarutan dari perbincangan itu, saya ingin kongsi dengan rakan-rakan pembaca blog saya, satu artikel pendek yang ditulis oleh Fred Lew dan bertajuk Professionalism in Daily Routine, diterbitkan dalam P&Q Digest, Januari 2007.
Mengikut beliau, seorang profesional, selain daripada mempunyai pengetahuan tentang kerja perlu juga mempunyai komitmen dan dedikasi. Dalam bentuk persamaan,
Profesionalisme --> Pengetahuan + Sikap dan nilai positif yang dijiwakan
Mengikut beliau, terdapat empat sumber untuk memperoleh ilmu, iaitu, melalui pendidikan formal, latihan vokasional, menjadi perantis dan melalui pengalaman.
Beliau juga menerangkan bahawa tahap seseorang menjadi profesional, tidak kira apa jenis pekerjaan, bergantung kepada setakat mana beliau mematuhi lima petua yang asas.
- Perancangan--Gelagat profesional menuntutkan perancangan yang rapi supaya pertindihan dapat dielakkan dan kerja dapat dilaksanakan dengan lebih licin.
- Membuat keputusan--Cara kita membuat keputusan boleh menunjukkan setakat mana tahap profesional kita. Keputusan yang dibuat seharusnya berasaskan fakta dan angka, bukan setakat angan-angan sahaja.
- Kemahiran komunikasi--Bagaimana kita berkomunikasi dengan orang lain menunjukkan setakat mana kita berprofesional kepada pelanggan, pegawai-pegawai di atas atau di bawah kita.
- Bagaimana kita menyiapkan sesuatu kerja--Sikap kita dicerminkan oleh kerja yang dilakukan oleh kita. Profesionalisme menuntut menelitian setiap detail tidak kira berapa kecil perkara itu.
- Etika profesionalisme-Profesionalisme menuntut kod etika profesional dipatuhi setiap masa.
Profesionalisme menuntut lebih daripada kelayakan kertas atau sijil dan prinsip untuk kerja secara efisien memerlukan aspek lain termasuk kompetensi dalam kerja yang dipertanggungjawabkan, keyakinan, kebolehpercayaan, akauntabiliti, tanggungjawab dan beramanah. Ciri-ciri lain ialah integriti, jujur, cekap, keterbukaan dan pematuhan kepada etika sosial dan budaya. Seorang profesional tidak patut terlalu beremosi, mempunyai kepentingan diri/percanggahan kepentingan dan memecah amanah yang diberi.
Akhir sekali, beliau mengingatkan bahawa pelajaran berkenaan profesionalisme dalam rutin harian harus untuk membentukkan satu mindset yang positif dalam alam pekerjaan. Dari perspektif perkerjaan, perlu ada usaha untuk terus belajar meningkatkan kemahiran dan ilmu. Dari aspek perhubungan interpersonal, kita perlu terus menjiwakan semua sikap dan nilai positif.
Saya percaya kepada ramai orang, perkara yang dibangkitkan di atas bukan sesuatu yang baru. Sememangnya, ciri-ciri positif tidak berbeza tidak kira ditulis oleh siapa atau dalam bahasa yang apa sekali kerana nilai-nilai ini memang universal. Satu perkara yang saya ingin tambah di sini adalah berkenaan amalan mengikut peredaran masa. Dalam zaman yang hanya boleh dicirikan dengan perubahan secara lonjakan kuantum dengan komunikasi secepat laju cahaya, kita sering diingatkan secara langsung atau melalui implikasi, tentang kebenaran hakikat survival of the fittest. Oleh itu, bukan setakat berapa banyak kita tahu sudah mencukupi. Yang lebih penting ialah berapa banyak kita amalkan dan memanfaatkan teknologi dan media sosial dalam tugasan profesion kita. Walaupun amalan profesional yang positif tidak menjaminkan kejayaan setiap ketika disebabkan faktor-faktor di luar kawalan, ia pasti akan menjamin trend pembangunan yang positif. Kita haru mengambil iktibar kehilangan dinosaur dari permukaan Bumi sebagai amaran kepada keperluan untuk terus mematuhi tututan zaman. Tuesday, January 11, 2011
Selamat 11.1.11
Selamat 11.1.11
Sekali sahaja dalam satu abad and bukan semua orang sempat hidup pada tarikh ini. Saya enggan membiarkan tarikh ini berlalu tanpa sebarang penulisan dalam blog saya. Bukan kata saya mempunyai banyak masa lapang, walau pun secara kebetulan hari ini ialah hari pelepasan awam di negeri Johor. Sejak awal-awal pagi ini saya telah mula menulis, bukan blog, tetapi menterjemahkan buku fizik saya ke dalam Bahasa Malaysia. Saya tidak jangka bahawa dalam tempoh sekitar sepuluh tahun, saya bermula menulis buku teks dan buku rujukan fizik dalam Bahasa Malaysia, kemudian terpaksa menulis dalam Bahasa Inggeris apabila PPSMI diperkenalkan dan kini pula balik ke Bahasa Malaysia, semuanya dalam tempoh 10 tahun! Saya perlu mendisiplin diri saya kerana dalam kesibukan pada masa ini, khasnya dengan permulaan penggal yang baru, tidak banyak tenaga yang baki lagi untuk penulisan selepas kerja. Satu pertiga masa yang saya diperuntukkan untuk menyiapkan kerja saya telah berlalu dengan hanya sekitar 10 % kandungan yang disiapkan.Topik ini barangkali tidak menarik minat para pembaca. Oleh itu saya tukar ke topik yang lain.
Pagi ini saya membaca satu artikel bertajuk ’War and peace with my tweets’ oleh Karim Raslan di surat khabar The Star. Saya amat tertarik oleh artikel ini kerana kandungan ini menyentuh realiti kehidupan moden hari ini. Beliau menjelaskan sejak beliau jatuh cinta dengan Blackberry beliau sembilan bulan dahulu, kehidupan beliau telah berubah dengan pelbagai pengalaman media sosial melalui Internet yang telah mengambil terlalu banyak masa beliau. Beliau menghadapi satu cabaran yang besar menconggak masa antara kehidupan rutin dan kegemaran selama ini dengan media baru seperti Facebook, Twitter, MySpace dan LinkedIn.
Mengikut beliau dalam tempoh sembilan itu, beliau aktif dengan penggunaan Twitter yang menghadkan penulisan kepada 140 karakter sahaja, beliau kini perlu memaksakan diri untuk menumpukan perhatian untuk tempoh masa yang lebih panjang. Untuk menghadapi cabaran itu, beliau mula membaca semula buku ’War and Peace’, sebuah buku dengan kandungan sebanyak 1400 muka surat yang ditulis oleh Tolstoy! Apabila beliau kembali ke minat yang lama, iaitu membaca, beliau baru sedar begitu banyak kemampuan untuk menumpu perhatian telah merosot dalam sembilan bulan yang lalu.
Mengikut beliau, media-media sosial itu telah menjadikan beliau berasa gugup dan kehilangan tenaga. Beliau juga berasa kemahiran beliau untuk berkomunikasi dengan orang lain telah berkurangan. Beliau bertanya--Adakah kita sembunyi di belakang pelbagai kemudahan ‘online’ dan menggunakan media sosial sebagai alasan untuk enggan berinteraksi dengan manusia lain pada tahap yang lebih rapat, mesra dan benar? Adakah kaedah komunikasi yang lebih mudah, cepat dan terus itu membawa maksud pertukaran pandangan dan idea yang sebenar? Beliau selanjutnya menyatakan bahawa adalah bahaya jika kita semakin tak sabar untuk bercakap, membaca atau menulis seperti biasa—kerana kita percaya bahawa perbuatan ini adalah lebih berkesan melalui teknologi.
Mengikut beliau, media sosial adalah alatan yang sangat berguna (saya amat setuju), tetapi ia juga boleh menjadi suatu jerat (saya juga amat setuju; pisau pun begitu). Teknologi masih tidak boleh menggantikan kehidupan sebenar yang masih menjadi sumber inspirasi yang terbaik. Memerhati manusia yang lain tetap menjadi sesuatu perkara yang teknologi tidak boleh menggantikan. Walau bagaimana pun, adalah tak wajar untuk mengetepikan media sosial yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Yang utama ialah bagaimana kita menggunakan media sosial ini yang faedahnya yang sebenar.
Cukup sampai di sini saya. Isteri sudah panggil untuk makan tengah hari. Selepas itu saya akan mengambil sedikit masa untuk melihat bunga di taman saya. Saya tidak lupa Blog juga satu media sosial, isteri ialah manusia dan bunga ialah ciptaan semulajadi.
Selamat 11.1.11.
Saturday, January 8, 2011
Kreativiti Dan Inovasi Dalam P&P - 11
Refleksi Hujung Minggu, Minggu Pertama 2011
Seronoknya perasaan saya menulis berkenaan kreativiti dan inovasi dalam p&p yang pertama untuk tahun 2011 yang secara kebetulannya merupakan artikel yang ke-11 dalam siri penulisan bertajuk 'Kreativiti Dan Inovasi Dalam P&P'. Minggu pertama persekolahan, seperti tahun-tahun lepas merupakan minggu yang sangat sibuk. Hampir setiap hari pihak pentadbiran serta guru-guru perlu melayan murid-murid dan ibu bapa berkenaan rayuan menukar kelas, menukar aliran dan macam-macam permintaan dari bantuan kewangan ke bantuan menukar sekolah. Semua ini tidak menjadi bahan perbincangan saya dalam artikel ini.
Saya lebih suka mengkongsi sedikit pemikiran saya yang berkaitan dengan kelas-kelas yang saya mengajar dalam minggu yang pertama. Murid-murid yang saya berinteraksi merupakan antara yang paling cemerlang (akademik) sekolah saya. Antara perkara yang saya bangkitkan ialah hubungan antara kemajuan masyarakat dengan kemajuan sains dan teknologi, kepentingan inovasi dan kreativiti sebagai bahan api jentera pemajuan negara, sikap dan pemikiran yang sepatut ada pada murid-murid abad ke-21. Saya juga membangkitkan tentang pola kecenderungan respons murid-murid terhadap umur, yang lebih merupakan satu graf eksponen negatif (lihat rajah di sebelah) dan menegaskan kepentingan pemikiran kritis dan kreatif di dalam bilik darjah. Saya juga sentuh sedikit tentang hubungan antara subsidi dan harga barangan harian dan mengapa kenaikan harga sesetengah barangan asas merupakan keperluan untuk pembangunan ekonomi negara. Berkenan perbezaan antara pembekal teknologi dan pembekal tenaga manusia, ramai murid mungkin tidak percaya pada awalnya, kepada cadangan saya bahawa Kluang boleh menjadi tapak pembinaan kapal terbang Boeing 747. Tetapi, apabila saya menyatakan bahawa sebarang negara, dari yang paling maju ke yang paling mundur, boleh menghasilkan produk teknologi yang canggih asal pengasas atau pembekal teknologi berkenaan sudi membina kilang dan membawa teknologi itu serta pakar-pakar mereka ke tempat itu dan pihak berkuasa tempatan hanya membekalkan tenaga buruh sahaja, murid-murid menjadi lebih yakin kepada kenyataan saya tentang kilang Boeing itu. Dari sains saya alih ke seni, dengan kisah riwayat Vincent van Gogh, seorang pelukis Belanda yang menjadi pengasas kepada gerakan 'Impressionist' di Eropah pada hujung abad ke-19, untuk menjadikan contoh bagaimana masyarakat yang selesa dengan tradisi dan keadaan 'status quo' menolak pemikiran yang baru........
Sambil saya membincangkan perkara-perkara di atas, secara spontannya, muncul dalam pemikiran saya--Adakah perkara-perkara yang saya bangkitkan itu terlalu dalam untuk kefahaman murid? Adakah skop saya terlalu luas, khasnya apabila saya mengemukakan contoh-contoh dan fakta-fakta yang mereka tidak didedahkan oleh sebarang sukatan yang mereka melalui setakat ini? Adakah isu-isu yang saya bangkitkan itu terlalu matang untuk umur mereka? Patutkah saya membincang, kadang-kadang dengan ayat berlapis-lapis, dengan hujah-hujah yang mungkin boleh mengelirukan minda-minda yang muda dan masih 'simple' lagi, perkara-perkara yang masih tidak sangat berkenaan dengan kehidupan mereka? Tetapi, apabila saya membuat refleksi hujung minggu ketika berkesempatan untuk menenangkan minda diri, saya berasa gembira dan puas hati tentang sesi pengajaran dan pembelajaran saya dalam minggu pertama tahun 2011. Mengapa? Bukankah kita sedang dalam usaha menyemaikan budaya pemikiran seperti dalam 'Thinking School'? Kalau kita sentiasa memudahkan perkara, kita memudahkan sukatan, kita mengurangkan tahap kesukaran kiraan atau matematik, kita menanya soalan-soalan aras rendah (LOTS) kerana bimbang murid-murid tidak faham soalan-soalan beraras tinggi (HOTS), kita lebih bimbang untuk membebankan pemikiran mereka, kita takut mereka tak faham atau diri kita tidak difahami, bilakah dapat mereka dilatih pemikiran yang lebih kompleks? Apa lagi murid-murid yang saya hadapi ini adalah antara yang paling cemerlang di sekolah. Apa kata, pada keesokan hari, murid-murid seperti ini, dengan keputusan peperiksaan awam yang begitu cemerlang, gagal dalam temuduga kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan yang tidak terkandung dalam sukatan pelajaran yang mereka telah lalui? Salah siapa? Apa kata pada suatu hari nanti orang-orang seperti ini menjadi doktor, jurutera, akauntan, peguam, juru teknik tetapi bukan saintis yang mampu membuat inovasi atau mencipta sesuatu? Bukankah pemimpin kita mengingatkan kita bahawa untuk menganjakkan negara kita ke status negara maju, kita tidak boleh menjadi pengguna teknologi orang lain sahaja tetapi harus juga menjadi pencipta teknologi? Cabaran itu adalah terlalu besar? Susah sangat? Balik-balik ke jerat yang sama--Apa maksud itu? Cuba fikir. Saya cuma 'Thinking Allowed' sahaja.
Seronoknya perasaan saya menulis berkenaan kreativiti dan inovasi dalam p&p yang pertama untuk tahun 2011 yang secara kebetulannya merupakan artikel yang ke-11 dalam siri penulisan bertajuk 'Kreativiti Dan Inovasi Dalam P&P'. Minggu pertama persekolahan, seperti tahun-tahun lepas merupakan minggu yang sangat sibuk. Hampir setiap hari pihak pentadbiran serta guru-guru perlu melayan murid-murid dan ibu bapa berkenaan rayuan menukar kelas, menukar aliran dan macam-macam permintaan dari bantuan kewangan ke bantuan menukar sekolah. Semua ini tidak menjadi bahan perbincangan saya dalam artikel ini.
Saya lebih suka mengkongsi sedikit pemikiran saya yang berkaitan dengan kelas-kelas yang saya mengajar dalam minggu yang pertama. Murid-murid yang saya berinteraksi merupakan antara yang paling cemerlang (akademik) sekolah saya. Antara perkara yang saya bangkitkan ialah hubungan antara kemajuan masyarakat dengan kemajuan sains dan teknologi, kepentingan inovasi dan kreativiti sebagai bahan api jentera pemajuan negara, sikap dan pemikiran yang sepatut ada pada murid-murid abad ke-21. Saya juga membangkitkan tentang pola kecenderungan respons murid-murid terhadap umur, yang lebih merupakan satu graf eksponen negatif (lihat rajah di sebelah) dan menegaskan kepentingan pemikiran kritis dan kreatif di dalam bilik darjah. Saya juga sentuh sedikit tentang hubungan antara subsidi dan harga barangan harian dan mengapa kenaikan harga sesetengah barangan asas merupakan keperluan untuk pembangunan ekonomi negara. Berkenan perbezaan antara pembekal teknologi dan pembekal tenaga manusia, ramai murid mungkin tidak percaya pada awalnya, kepada cadangan saya bahawa Kluang boleh menjadi tapak pembinaan kapal terbang Sambil saya membincangkan perkara-perkara di atas, secara spontannya, muncul dalam pemikiran saya--Adakah perkara-perkara yang saya bangkitkan itu terlalu dalam untuk kefahaman murid? Adakah skop saya terlalu luas, khasnya apabila saya mengemukakan contoh-contoh dan fakta-fakta yang mereka tidak didedahkan oleh sebarang sukatan yang mereka melalui setakat ini? Adakah isu-isu yang saya bangkitkan itu terlalu matang untuk umur mereka? Patutkah saya membincang, kadang-kadang dengan ayat berlapis-lapis, dengan hujah-hujah yang mungkin boleh mengelirukan minda-minda yang muda dan masih 'simple' lagi, perkara-perkara yang masih tidak sangat berkenaan dengan kehidupan mereka? Tetapi, apabila saya membuat refleksi hujung minggu ketika berkesempatan untuk menenangkan minda diri, saya berasa gembira dan puas hati tentang sesi pengajaran dan pembelajaran saya dalam minggu pertama tahun 2011. Mengapa? Bukankah kita sedang dalam usaha menyemaikan budaya pemikiran seperti dalam 'Thinking School'? Kalau kita sentiasa memudahkan perkara, kita memudahkan sukatan, kita mengurangkan tahap kesukaran kiraan atau matematik, kita menanya soalan-soalan aras rendah (LOTS) kerana bimbang murid-murid tidak faham soalan-soalan beraras tinggi (HOTS), kita lebih bimbang untuk membebankan pemikiran mereka, kita takut mereka tak faham atau diri kita tidak difahami, bilakah dapat mereka dilatih pemikiran yang lebih kompleks? Apa lagi murid-murid yang saya hadapi ini adalah antara yang paling cemerlang di sekolah. Apa kata, pada keesokan hari, murid-murid seperti ini, dengan keputusan peperiksaan awam yang begitu cemerlang, gagal dalam temuduga kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan yang tidak terkandung dalam sukatan pelajaran yang mereka telah lalui? Salah siapa? Apa kata pada suatu hari nanti orang-orang seperti ini menjadi doktor, jurutera, akauntan, peguam, juru teknik tetapi bukan saintis yang mampu membuat inovasi atau mencipta sesuatu? Bukankah pemimpin kita mengingatkan kita bahawa untuk menganjakkan negara kita ke status negara maju, kita tidak boleh menjadi pengguna teknologi orang lain sahaja tetapi harus juga menjadi pencipta teknologi? Cabaran itu adalah terlalu besar? Susah sangat? Balik-balik ke jerat yang sama--Apa maksud itu? Cuba fikir. Saya cuma 'Thinking Allowed' sahaja.
Sunday, January 2, 2011
Cabaran Pembukaan Sekolah
Ada yang gembira, ada yang bimbang, ada yang keliru, ada yang takut, ada yang kebal, ada yang tanya 'Esok sekolah buka?'.... Macam-macam respons terhadap pembukaan sekolah pada 3-1-2011. Mengapa ada pelbagai respons yang berlainan?
Dengan itu, saya berharap rakan-rakan yang berkhidmat di sekolah menjadi seperti Edison dan mencipta pelbagai jenis lampu di tempat-tempat yang gelap atau kurang terang. Selamat bersedia menghadapi pembukaan sekolah :-)
- Ada yang gembira kerana anak-anak tidak akan kacau-kacau lagi di rumah. Atau, sekurang-kurangnya sekolah adalah lebih baik dari pusat permainan komputer, rayau-rayau di kompleks beli-belah atau lebih teruk lagi.....
- Ada yang bimbang kerana walau dah usaha membuat persediaan yang rapi, tiada jaminan 100% bersedia melalui kaca mata pegawai-pegawai dari daerah, negeri atau langit yang akan menjunam ke dalam sekolah-sekolah esok.
- Ada yang keliru kerana jaga sentiasa hilangkan diri dan barangan di depan pondok jaga pun dicuri.
- Ada yang takut kerana asyik rasa kerja persediaan macam belum sempurna lagi.
- Ada yang sudah kebal. Buka bukalah, apa susah-susah (maaf bahasa pasar).
- Ada yang tanya 'Betulkah sekolah buka esok?' Hari ini ada apa-apa pertandingankah?
Dengan itu, saya berharap rakan-rakan yang berkhidmat di sekolah menjadi seperti Edison dan mencipta pelbagai jenis lampu di tempat-tempat yang gelap atau kurang terang. Selamat bersedia menghadapi pembukaan sekolah :-)
Saturday, January 1, 2011
Mahu, Mahu, Mahu, Mahu
Apa ini? Tajuk yang begitu anih? Sahaja untuk bergurau sempena penulisan yang pertama dalam tahun yang baru. Sebenarnya tajuk ini bukan sebarang yang suka-suka. Ia adalah terjemahan daripada 'Want, Want, Want, Want' yang sama bunyi dengan 'One, One, One, One' atau '1111'. Tarikh hari ini, kita hanya jumpa sekali dalam kehidupan kita-1.1.11 !
Sesuai juga sambil kita renung balik apa yang telah kita buat pada tahun 2010 dan kita berfikir apa yang kita mahu buat pada tahun 2011. Tahun 2011 pasti satu tahun yang mencabar. Tahun inilah menjadi tahun pelaksanaan banyak dasar baru yang memerlukan kerjasama, komitmen dan kompetensi untuk mencapai objektif yang digariskan. Sebagai pelaksana dasar-dasar pendidikan hasrat-hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) harus difahami oleh semua lapisan pelaksana di akar umbi. Berikut merupakan ringkasan yang dipetik dari siaran KPM.
Sesuai juga sambil kita renung balik apa yang telah kita buat pada tahun 2010 dan kita berfikir apa yang kita mahu buat pada tahun 2011. Tahun 2011 pasti satu tahun yang mencabar. Tahun inilah menjadi tahun pelaksanaan banyak dasar baru yang memerlukan kerjasama, komitmen dan kompetensi untuk mencapai objektif yang digariskan. Sebagai pelaksana dasar-dasar pendidikan hasrat-hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) harus difahami oleh semua lapisan pelaksana di akar umbi. Berikut merupakan ringkasan yang dipetik dari siaran KPM.
Usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara holistik melalui• penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan,• modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan,• pembudayaan sikap progresif,• pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan• yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. (Sumber: KPM)
•Di samping itu, kita harus berusaha untuk membudayakan pemikiran inovatif dan kreatif. Kita semua diingatkan oleh tokoh yang tidak kurang daripada pemimpin utama kita. YAB PM kita menegaskan bahawa inovasi dan kreativiti milik semua, bukan untuk cerdik pandai sahaja. YAB juga menerangkan bahawa dalam menghala ke arah model ekonomi baru yang berpaksikan pengetahuan dan inovasi, hanya negara yang mempunyai perisian intelek dan berteknologi canggih serta terkini dapat berada di barisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. Bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa kunci kepada kejayaan negara maju adalah inovasi dan kreativiti.(YAB PM Malaysia)
Kepada yang kata semua itu konsep besar, abstrak dan tak realistik, mereka boleh difahami sebab itu juga respons (agaknya) orang ramai kepada orang yang pertama memikirkan cara menyeberangi sungai dengan bantuan sebatang kayu balak.
•Di samping itu, kita harus berusaha untuk membudayakan pemikiran inovatif dan kreatif. Kita semua diingatkan oleh tokoh yang tidak kurang daripada pemimpin utama kita. YAB PM kita menegaskan bahawa inovasi dan kreativiti milik semua, bukan untuk cerdik pandai sahaja. YAB juga menerangkan bahawa dalam menghala ke arah model ekonomi baru yang berpaksikan pengetahuan dan inovasi, hanya negara yang mempunyai perisian intelek dan berteknologi canggih serta terkini dapat berada di barisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. Bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa kunci kepada kejayaan negara maju adalah inovasi dan kreativiti.(YAB PM Malaysia)Kepada yang kata semua itu konsep besar, abstrak dan tak realistik, mereka boleh difahami sebab itu juga respons (agaknya) orang ramai kepada orang yang pertama memikirkan cara menyeberangi sungai dengan bantuan sebatang kayu balak.
Friday, December 31, 2010
Sedikit Berkenaan Kecemerlangan
Post ini adalah yang terakhir untuk tahun ini. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan rakan-rakan pembaca SELAMAT TAHUN BARU dan semoga tahun 2011, kita semua lebih berfokus, lebih bijak membuat keputusan dan lebih berjaya dalam kehidupan. Hari ini saya ingin menyentuh sedikit tentang kecemerlangan selepas mendengar isu ini hangat dibahaskan dipelbagai peringkat. Kali ini saya hanya menumpukan perbincangan saya kepada guru yang cemerlang.
Seorang guru yang cemerlang tidak semestinya seorang guru cemerlang. Sebaliknya pun mungkin. Satu soalan yang boleh ditanya di sini ialah: Yang mana satu adalah lebih benar: Seorang guru yang cemerlang mencemerlangkan sekolah, atau, sekolah yang mencemerlangkan seorang guru? Kalau mengikut kaedah perbincangan saintifik, adakah kecemerlangan seseorang guru itu satu pembolehubah yang bersandar kepada ekosistem sekolah yang dihasilkan oleh gabungan faktor-faktor seperti kepimpinan ketua, suasana fizikal sekolah, persekitaran, sosio-ekonomi ibu bapa, elemen pemuafakatan, budaya dan etika kerja. Atau, faktor kecemerlangan seorang guru adalah satu pembolehubah yang tak bersandar (independent variable) yang tetap tidak berubah tidak kira apa keadaan sekitar atau ekosistem beliau berada?
Perkara ini harus difikir sedalam-dalamnya dan dikaitkan dengan isu-isu yang saya senaraikan di bawah. Isu-isu ini masih tidak eksklusif lagi.
Seorang guru yang cemerlang tidak semestinya seorang guru cemerlang. Sebaliknya pun mungkin. Satu soalan yang boleh ditanya di sini ialah: Yang mana satu adalah lebih benar: Seorang guru yang cemerlang mencemerlangkan sekolah, atau, sekolah yang mencemerlangkan seorang guru? Kalau mengikut kaedah perbincangan saintifik, adakah kecemerlangan seseorang guru itu satu pembolehubah yang bersandar kepada ekosistem sekolah yang dihasilkan oleh gabungan faktor-faktor seperti kepimpinan ketua, suasana fizikal sekolah, persekitaran, sosio-ekonomi ibu bapa, elemen pemuafakatan, budaya dan etika kerja. Atau, faktor kecemerlangan seorang guru adalah satu pembolehubah yang tak bersandar (independent variable) yang tetap tidak berubah tidak kira apa keadaan sekitar atau ekosistem beliau berada?
Perkara ini harus difikir sedalam-dalamnya dan dikaitkan dengan isu-isu yang saya senaraikan di bawah. Isu-isu ini masih tidak eksklusif lagi.
- Adakah benar sesetengah sekolah amat kurang guru yang cemerlang kerana memang sekolah itu dibekalkan dengan guru-guru yang kurang bermutu berbanding dengan sekolah yang mempunyai ramai guru yang cemerlang? Setakat saya tahu, penempatan seseorang guru itu tidak merujuk kepada kecemerlangan beliau, hanya mengikut opsyen dan keperluan sekolah.
- Adakah patutnya sekolah yang mempunyai ramai guru yang cemerlang mengkongsi dengan sekolah lain sama ada dipinjam atau dipindahkan? Kalau mengikut (1), semua sekolah ada guru yang berpotensi untuk cemerlang.
- Kalau sekolah masing-masing tidak mewujudkan ekosistem yang membolehkan guru-guru mengembangkan potensi mereka untuk menjadi cemerlang, adakah adilnya, sekolah lain yang ada usaha melatih, membimbing dan menggalakkan guru-guru menjadi cemerlang itu didenda dengan kehilangan guru-guru seperti ini kepada sekolah yang kurang usaha ke arah itu?
- Jika kecemerlangan seseorang guru adalah bersandar kepada ekosistem asal, apakah yang menjamin beliau terus usaha dalam ekosistem yang kurang subur? Mungkinkah ini mengakibatkan situasi kalah-kalah atau rugi-rugi?
- Bukankah baiknya, sekolah yang ingin memperoleh ramai guru yang cemerlang berusaha untuk menyemai guru-guru sendiri supaya menjadi cemerlang? Bukankah baiknya, kita suburkan tanah di kebun sendiri supaya pokok-pokok di taman kita menghasilkan buah yang manis daripada membazir terlalu banyak masa cuba memetik buah-buahan yang manis ditanam oleh jiran?
Sedikit Berkenaan Hari Ini
Telefon bunyi tak berhenti-henti
Tanya esok cuti atau tak cuti
Anak-anak nak daftarkan diri
Asal yakin s'krang tak pasti
Dengan hati yang berkobar-kobar
Dari rendah hijrah ke menengah
Menunggu hari tak sabar-sabar
Pengumuman cuti agak mencabar
Jawapan telefon tak berhenti-henti
Sila datang esok pagi
Tak peduli cuti atau tak cuti
Tetap mesra kami layani
Sambil pandu sambil berfikir
Anak-anak tak akan tercicir
Ibu bapa tak perlu kuatir
Esok pagi kami akan hadir
Zoooooom................
Mat Rempit tak kenal mati
Menakutkan apek yang berjalan kaki
Apek tak berhenti memaki-maki
'Ingat handalkah motor Suzuki!'
(Penulisan ini dimulakan pada 30-12-2010 tetapi tamat pada 31-12-2010. Oleh itu 'Hari Ini' bermaksud hari Khamis, 30-12-2010. Sahaja 'Thinking Allowed'. Tiada siapa pun patut naik marah.)
Tanya esok cuti atau tak cuti
Anak-anak nak daftarkan diri
Asal yakin s'krang tak pasti
Dengan hati yang berkobar-kobar
Dari rendah hijrah ke menengah
Menunggu hari tak sabar-sabar
Pengumuman cuti agak mencabar
Jawapan telefon tak berhenti-henti
Sila datang esok pagi
Tak peduli cuti atau tak cuti
Tetap mesra kami layani
Sambil pandu sambil berfikir
Anak-anak tak akan tercicir
Ibu bapa tak perlu kuatir
Esok pagi kami akan hadir
Zoooooom................
Mat Rempit tak kenal mati
Menakutkan apek yang berjalan kaki
Apek tak berhenti memaki-maki
'Ingat handalkah motor Suzuki!'
(Penulisan ini dimulakan pada 30-12-2010 tetapi tamat pada 31-12-2010. Oleh itu 'Hari Ini' bermaksud hari Khamis, 30-12-2010. Sahaja 'Thinking Allowed'. Tiada siapa pun patut naik marah.)
Monday, December 27, 2010
Masalah Sikap
Saya tak faham mengapa pekerja yang membuang sampah dari tong sampah ini tidak boleh meletakkan tong itu balik ke tempat yang asal. Adakah tenaga atau masa dijimatkan dengan melemparkan tong ini di atas jalan raya sebegini? Mengapa tidak berfikir tentang keselamatan orang lain? Apa kata jika ada penunggang motorsikal atau basikal yang terlanggar halangan yang tidak sepatutnya diletakkan di situ? Ini semua berasas daripada masalah SIKAP. SIKAP seperti ini yang boleh mengkongkongkan rakyat Malaysia ke dalam mentaliti dunia ketiga.
Jangan tanya ini hasil kerja siapa atau kontraktor yang mana satu. Saya cuma boleh maklumkan peristiwa ini berlaku di Jalan 24, Taman Delima, Kluang. Mungkin peristiwa seperti juga berlaku di Jalan....., Jalan....., Jalan..... dan Jalan........
Jangan tanya ini hasil kerja siapa atau kontraktor yang mana satu. Saya cuma boleh maklumkan peristiwa ini berlaku di Jalan 24, Taman Delima, Kluang. Mungkin peristiwa seperti juga berlaku di Jalan....., Jalan....., Jalan..... dan Jalan........
Saturday, December 25, 2010
'Chalk-n-talk'
Banyak telah dibahaskan tentang 'chalk-n-talk' dalam bilik darjah. Kadang-kadang perbahasan (atau perbincangan) adalah sedemikian seolah-olahnya 'chalk-n-talk' adalah sesuatu yang salah atau sekurang-kurangnya sesuatu yang tak betul. (Secara kritikalnya, istilah 'salah' dan 'tak betul' adalah berlainan. Setujukah anda?)
Kalau 'chalk-n-talk' adalah salah, mengapa setiap kelas masih dibekalkan dengan papan hitam dan guru-guru dibekalkan dengan kapur (chalk)? Jangan kata sesetengah kelas tiada papan hitam dan kapur tidak digunakan-papan putih dan 'whiteboard marker' juga sama. Cuma, elakkan 'chalk-n-talk only'. Elakkan juga 'chalk-n-chalk' (tulis sahaja, tak cakap pun); 'talk-n-talk' (cakap sahaja, tak tulis pun); 'no chalk no talk' (masuk, duduk sahaja, apa pun tak buat).
'Chalk-n-talk' masih penting dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi harus diintegrasikan dengan kaedah lain yang mungkin melibatkan multimedia juga untuk menarik perhatian dan minat murid-murid. Suka tak suka, tidak dapat dinafikan bahawa dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran (melainkan di makmal atau bengkel), sebahagian besar masa diperuntukkan untuk 'chalk-n-talk'.
Saya dapati bahawa kemahiran menggunakan papan hitam dan kapur jarang dibincangkan. Sebenarnya jika kapur boleh digunakan dengan efektif, terdapat banyak faedahnya. Hari ini ialah hari cuti perayaan Kristmas dan saya mengambil kesempatan ini untuk pergi ke sebuah 'hypermarket' untuk membeli-belah. Perhatian saya tertarik kepada beberapa paparan lukisan dan penulisan yang dihasilkan dengan penggunaan kapor pelbagai warna di atas papan-papan hitam. Walaupun setakat menggunakan kapor berwarna dan papan hitam yang biasa, hasil karya sungguh menarik. Barangkali guru-guru boleh meneliti hasil-hasil karya tersebut, membandingkan dengan hasil-hasil diri di atas papan hitam kelas dan membuat satu keputusan sama ada terdapat sesuatu yang boleh dipelajari dari paparan-paparan 'hypermarket' itu.
Berkenaan penggunaan kapur kalau stok kapur putih cepat habis tetapi stok kapur warna tak habis-habis, kemungkinan besar guru-guru jarang menggunakan kapur selain daripada kapur putih. Kalau begitu, jangan salahkan murid-murid jika mereka cepat bosan. Dunia mereka berwarna-warni dan mereka sangat benci (harap tidak dituduh membuat generalisasi tanpa sokongan data) alam hitam (papan hitam) dan putih (kapur putih). Apa lagi, dengan dos pekat-pekat ubat tidur dalam bentuk tulisan yang susah dibaca, berwarna putih, macam cakar ayam dan tanpa ilustrasi.
Apa kata jika terdapat bengkel tentang kemahiran menggunakan kapur berwarna dengan berkesan? Jangan ketawa, bengkel seperti ini kalau dapat dijalankan dengan betul-betul boleh mendatangkan jauh lebih manfaat daripada kursus-kursus yang 'berglamour' tetapi dengan amat sedikit nilai tambah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Perhatikan gambar-gambar di sebelah kanan. Tujuan paparan-paparan itu adalah untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli item-item yang diiklankan. Sudah pasti lukisan dan tulisan yang berwarna-warni lebih mudah menarik perhatian pelanggan. Begitu juga, tulisan dan lukisan di atas papan hitam di dalam bilik darjah harus berkreatif dan inovatif untuk menarik perhatian murid-murid (pelanggan). Jangan anggap murid-murid di dalam kelas adalah berlainan dengan pelanggan-pelanggan di sebuah 'hypermarket' dengan memberi sebab murid-murid adalah 'captive audience' yang tidak ada pilihan manakala pelanggan-pelanggan di dalam 'hypermarket' mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan. Murid-murid hanya di'tawan' secara fizikal tetapi minda mereka tetap bebas seperti pelanggan-pelanggan di 'hypermarket'. Oleh itu konsep iklan untuk menarik pelanggan tetap sama tidak kira di bilik darjah atau di 'hypermarket'. Saya tahu bahawa ada guru yang akan kata kalau hendak melukis seperti gambar-gambar itu, sukatan pelajaran tidak akan habis diajar. Betulkah? Bukankah itu jawapan standard untuk cadangan-cadangan seperti berikut?- Menggunakan alat bantu mengajar.
- Menggunakan ICT dan multimedia.
- Menggalakkan 'hands-on' waktu pengajaran dan pembelajaran.
- Menggunakan simulasi, main peranan, perbincangan berkumpulan,.....
Sahaja 'Thinking Allowed' sempena cuti Kristmas ini. Jangan marah dan 'MERRY CHRISTMAS'.
Subscribe to:
Posts (Atom)




