- Jutaan terima kasih kepada pihak yang membekalkan murid-murid yang cemerlang sahaja ke sekolah kami.
- Ratusan ribu terima kasih kepada pihak berkenaan yang menghadkan enrolmen sekolah kepada hanya sekitar 25% jumlah enrolmen sesetengah sekolah harian yang besar.
- Bersyukur kerana faktor 1 dan 2 telah membolehkan aktiviti sekolah dijalankan dengan gangguan yang minimum (seperti masalah disiplin, tidak boleh membaca atau mengira, kelas yang terlalu besar......).
- Berpuluh-puluh juta terima kasih kerana semua sekolah tanpa mengira jenis, latar belakang dan jenis pengambilan dilonggokkan di bawah satu dan hanya satu kategori sahaja untuk perbandingan yang memberi pemberatan 70% kepada pencapaian dalam peperiksaan awam.
.............................................................................................................................................
Akhir sekali, saya berharap perkara 1, 2 dan 4 di atas akan diteruskan. Mari bersama-sama menjerit : Bersyukur!..... Bersyukur!.... Bersyukur!
3 comments:
Kami juga bersyukur kerana ada pemimpin pendidikan yang sentiasa memikirkan dan berusaha dan bersungguh untuk membina kecemerlangan sekolah dan anak didik di SJM. Terima kasih cikgu
Saya rasakan macam ada unsur sinis dalam penulisan cikgu. Saya suka cara cikgu menulis.
Ya ke? Hanya 'Thinking Allowed' saja. Terima kasih.
Post a Comment