Sunday, February 26, 2012

Kelebihan Seorang Guru

Mungkin tiada profesion lain selain guru yang dapat menikmati kemewahan menerima kunjungan daripada orang-orang muda yang bukan saudara-mara semasa perayaan besar seperti Tahun Baru Cina. Anak-anak muda ini dapat memberi kita rangsangan pada ketika kita amat memerlukannya. Orang-orang muda ini yang nampak 'simple' sebenarnya bijak melihat keadaan. Mereka pandai mengambil hati, mereka prihatin, mereka sensitif, mereka mempunyai simpati dan empati. Mereka tahu ada masa mereka perlu ambil alih peranan untuk memotivasikan guru. Senyuman mereka tulin. Ada kala kita, orang dewasa, boleh belajar daripada mereka.
Bagi anak-anak murid yang tidak begitu muda (dalam 30+ dan awal 40), walau pun telah lama meninggalkan bangku sekolah dan sudah berjaya dalam profesion masing-masing, mereka tetap tidak lupa bersama-sama dengan 'Ah Sir' mereka, mendengar cerita guru lama mereka dengan penuh perhatian. Itulah antara kelebihan menjadi seorang guru. 
(Setelah beberapa bulan tidak menulis, saya cuba tulis artikel-artikel yang pendek sebagai 'warming-up'.)

1 comment:

Blog SMK. Jalan Mengkibol,86000 Kluang, Johor. said...

kunjung anak-anak muda amat bermakna dalam kehidupan seorang guru bukan sahaja rasa diri dihargai tapi yang lebih penting ingatan mereka sentiasa bersama kita walau dimana mereka berada. Itulah kemanisan seorang individu yang bergelar GURU.

Ismail Yon
SJM