Cuma, kalau nama sekolah yang terlibat, iaitu termasuk SM Sains Rembau, Sekolah Seri Puteri, Kolej Tunku Kursiah, Sekolah Tun Fatimah......Saya rasa artikel itu tidak lengkap tanpa menjelaskan tentang jenis pelajar yang dipilih untuk belajar di sekolah-sekolah tersebut supaya sekolah-sekolah dengan 400 calon SPM yang datang daripada seluruh lapisan masyarakat tetap boleh rasa bangga walau pun tidak mencapai GPS kurang daripada 1.5 dan tidak menerima anugerah daripada VVIP. Yang penting tetap cuba sebaik yang mungkin untuk meningkatkan prestasi pelajar dan mengembangkan potensi mereka dengan sepenuhnya. Anugerahkan diri di kedai kopi dengan kopi kurang-kurang manis, roti gandum (lebih sihat untuk jantung) dengan kurang kaya (baik untuk kencing manis) jika mencapai GPS (Gred Pujuk Sendiri) kurang daripada 1.5 mengikut kiraan berikut:
GPS dalam SPM bahagi dengan GPS dalam UPSR, dengan mengambil skala kedua-dua GPS SPM dan UPSR 1 hingga 5 (boleh diformulakan dengan mudah jika perlu).
Sambil-sambil menulis artikel ini, minda terayau ke khayalan tentang kelas pada tahun 2020. Cepat-cepat menterjemahkan khayalan itu kepada lukisan untuk dikongsi sama. Lagipun, melukis 'Kelas 2020' lebih menyeronokkan daripada menulis perkara-perkara sebelum perenggan ini. Oleh kerana minda telah diganggu, bahagian berkenaan dengan bacaan siaran akhbar itu berhenti di situ sahaja. Lebih seronok saya membayangkan kelas pada tahun 2020 yang tidak perlu ada papan hitam atau putih; tidak perlu ada meja (banyak menjimat cas telefon, kertas, toner komputer dan petrol untuk membuat rayuan berulangan untuk mendapat bekalan meja); tak perlu beg atau buku. Tetapi, semua wajib ada iPad, Samsung Galaxy Tab,.....dan banyak jenama yang akan muncul, yang peka kepada wifi, diisi dengan e-book, mudah untuk 'cloud-computing' dan tidak lupa, rantai untuk dikunci pada waktu rehat atau waktu PJK.

No comments:
Post a Comment