Saturday, July 25, 2009
'Idea Market' -- Mr Khoo's Hand
Tahukah apa yang dipegang oleh En Khoo Boo Khoon dalam tangan beliau? Tangan beliau! Atau, maksud saya model tangan beliau yang dibuat oleh lilin. Beliau menggunakan model ini untuk mengajar petua tangan Fleming. Berapa orang guru Fizik yang mengajar bertahun-tahun, memikirkan idea menggunakan model lilin tangan, yang sebenarnya dibuat dengan mencelupkan tangan yang sebenar ke dalam lilin yang melebur? Idea yang simple tetapi impak adalah besar. En Khoo sebenarnya menyimpan model ini di dalam sebuah kotak yang tertutup. Untuk men'dramatise'kan kesan, beliau memikat perhatian dan minat dengan menjanji sesuatu yang unik dan mengkagumkan akan dikeluarkan dari kotak itu. Peserta (murid-murid jika di sekolah) diminta mmbuat akujanji supaya tidak mengambil sebarang tindakan peguam setelah melihat bahan yang dikeluarkan dari kotak itu. Bayangkan macam-macam pemikiran yang terbentuk dalam minda peserta (atau murid-murid). Saya pun hampir tertipu. Tetapi En Khoo berjaya menarik perhatian semua kepada beliau. Satu strategi yang begitu kreatif. (Akan ceritakan contoh-contoh lain lagi......)
Tuesday, July 21, 2009
Seminar 'Idea Market'
Sememangnya aktiviti seperti ini adalah lebih susah untuk dijalankan berbanding dengan yang rutin seperti membawa dan menggabung bahan menjadi modul yang tidak pasti kesesuaian penggunaannya (kalau kita ambil kira faktor manusia--penyumbang yang sukarela dan 'paksarela'), atau, setakat gabung dan banding keputusan peperiksaan.
Amalan 'Headcount' adalah penting. TOV (take-off value) dan ETR (expected targeted result) adalah penting dan perlu sentiasa ditegaskan. Namun demikian proses p&p untuk menganjakkan markah dari TOV ke ETR perlu diberi ketegasan yang sama baru keputusan yang dihasratkan dapat dicapai. Mudah kata soal 'What' TOV ---> ETR perlu juga diikuti dengan 'How' TOV--->ETR. Sememangnya, yang kedua adalah lebih mencabar. (Oleh itu bahagian ini sentiasa disenyapkan?)
Saya tidak ada jawapan yang memuaskan untuk 'How'. Saya hanya ingin menarik perhatian supaya lebih ramai memikirkan 'How'. Bukankah menjadi fokus sekarang 'Outcome' daripada 'Output'? Biar kita berhadapan dengan masalah yang sebenar---bagaimana menarik minat pelajar untuk belajar. Ya, saya akui, ini bukan perkara yang senang. Tetapi saya hanya berharap, walau pun susah, jangan abaikan 'core-business' ini. Lain kali sebelum sesiapa menjalankan apa-apa kursus untuk guru, selain daripada perkara-perkara stereotaip, saya menyeru, masukkan sedikit komponen 'amalan p&p terbaik', walau pun sedikit---sebagai permulaan. 'Idea Market' merupakan konsep yang boleh diterokai.
Saya harap dapat meneruskan perbahasan isu ini. Saya selalu kata bahawa masalah p&p sains dan matematik bukan setakat bahasa perantaraan sahaja. Ada isu-isu lain yang sama penting, malangnya......
Foto berikut menunjukkan Pn Sia Peng Yee (Guru Cemerlang Fizik dan Pemenang Anugerah Toray) membuat demonstrasi tekanan cecair. Percaya saya, jika semua guru fizik mengajar seperti beliau, kerajaan perlu membina lebih banyak lagi makmal fizik. (Saya akan memberi contoh-contoh lain pada masa akan datang.)
Thursday, July 9, 2009
I Am Not Sure
My son asked me : "Papa, you wrote the Physics text book in BM. When they changed to the English medium, you wrote the Physics text book in English. Are you going to write again the Physics text book in BM?" This time..... I am not sure..............
My friends asked me why the sudden decision despite the earlier facts and statistics that supposed to show success in PPSMI? I am not sure......
I am looking for more reasoning and justifications to be able explain to friends, parents and relatives who usually seek my opinion and guidance concerning PPSMI. Until I have enough convincing justification, I probably will just say "I am not sure....". Very soon, I hope, I will be confident and sure enough to give a very convincing explanation to lessen their worry and fear.
Correction And Clarification 5
Issue #9
Are we doing enough to inspire and motivate our students to learn Science and Mathematics? Besides their pop idols, are they exposed to great scientists and mathematicians whose inventions and discoveries have improved the whole world?
Issue #10
Why are there few serious and professional discussions on PPSMI problems at the grass root level? Is it because
people are very careful not to create any controversy? Is it because of fear of offending others? Is it because it is safer to mind one's own business? Are we aware that this is not others' but our business?
By the way, the government has just abolished PPSMI (Wednesday, 8-7-2009) and revert to the teaching of science and mathematics back to the using mother-tongue at primary level and Bahasa Melayu for secondary level. However, the debate will not end with this decision.
Correction And Clarification 4
Issue #7
Are PPSMI teachers ready? Do they have enough training or do they need more training? Do they understand why they are paid BISP?
Is the buddy support system effective?
Issue #8
Should the leadership be well-versed in the English language? Or, it is sufficient to tell others to 'do what I say' and not necessary to 'do what I do'? Is there enough help and enc
ouragement from the management to PPSMI teachers besides the usual scrutiny and fact (or even fault) finding? Is it the case that PPSMI teachers are simply not doing enough or, it is more likely that their cries are not heard?
Correction And Clarification 3
Issue #4
Does a teacher need to prepare his own multimedia presentations for some of the PPSMI lessons or the courseware provided by the ministry is sufficient? Multimedia presentations are supposed to make learning easier and more interesting. However, why is it that many Science and Mathematics lessons fail to arouse enthusiasm among students? On top of that, the Science and Mathematics test and examination results have not been indicating sufficient understanding of the subject matter.
Issue #5
Have we been overly emphasizing form rather than substance; ceremony rather than Science?
Issue #6
Do you think it is important for PPSMI teachers to access the Internet? Are there useful materials from the Internet that can help to enhance the quality
of teaching and learning of Science and Mathematics? Should the students be given the opportunity to use the Internet? Should students be given Internet-based projects to do?
Correction And Clarification 2
Issue # 2
Don't you think that multimedia time would be better reserved for items or situations not available or possible in the laboratory like the simulation of heart beats, nuclear chain reactions and the occurrence of earthquakes rather than showing items like beakers, hammers, electric bulbs and copper wire?
Issue #3
Sometimes, during the implementation of PPSMI programmes, do we inadvertently set wrong priorities? Are we careful and critical enough to differentiate between 'cosmetic' programmes and those that have high educational values that will benefit the students more? Or, we actually
know the difference, except that, we opt for programmes that are easier for us to fill our yearly calendar?
Correction And Clarification 1
The Article:
SOME INTERESTING PPSMI ISSUES FOR PRINCIPALS
TO REFLECT ON
Article and Illustration
By
YEW KOK LEH
Principal,
SMK Jalan Mengkibol, Kluang
Introduction
|
|
|
|
The problems related to the teaching and learning of Science and Mathematics in English, or more commonly known as PPSMI, are much talked about. Many controversies have surfaced ever since its introduction a few years ago. More often than not, we hear of superficial suggestions or advice whenever a related problem is being highlighted. Few of these so-called quick fixes have addressed the real issue or provided new insights. Usually the only difference is the rank of the person who speaks. In this article, I merely pick ten issues for discussion. Or rather, it is more of asking probing questions than providing solutions. Neither are these issues exactly new, but then again many of the old issues have not been dealt with satisfactorily in a real sense. Though written in a humorous (hopefully) manner, it is hoped that this article will provoke some serious thinking or rethinking among school principals and super principals with regards to issues concerning PPSMI.
Issue # 1
With all the PPSMI courseware available, is PPSMI as simple as ".... the clicking of the mouse..." as somebody once said? Is the role of a science teacher reduced to that of operating the computer and LCD projector only? Are we sending a wrong signal to teachers when we overemphasise the use of courseware at the expense of 'hands-on' activities?
Saturday, July 4, 2009
Teori Dan Amali
Kadang-kadang kita hadiri kursus demi kursus, bengkel demi bengkel berkenaan dengan macam-macam tajuk: kepimpinan, pengurusan, kewangan, urusan murid, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, perancangan strategik .....Kita dibekalkan dengan macam-macam ilmu dan kemahiran untuk membantu kerja kita. Kita macam diberi macam-macam senjata. Kita ditunjuk cara menggunakan senjata-senjata yang canggih. Kadang-kadang kita berpeluang untuk mencuba senjata-senjata tersebut dalam keadaan terkawal.
Akan tetapi, sampai ke tempat kerja kita, kita sering menghadapi cabaran-cabaran yang tidak ternyata dalam buku atau nota 'standard'.
Yang penting ialah bagaimana kita dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperoleh; barangkali dengan ubahsuaian, tambahan dengan kreativiti dan inovasi, 'localised', mencantum pelbagai kemahiran, melihat 'whole picture', keluar dari stereotaip, tidak terlalu 'dogmatic', tidak terlampau birokratik, ......
Kalau tidak, ilmu tetap menjadi ilmu sahaja dan kita menjadi pakar hadir kursus. Setuju atau tidak? Jangan marah. Hanya sedikit pandangan sahaja. Ilmu seperti senjata, adalah penting. Tetapi yang lebih penting bagaimana menggunakan senjata dengan cara yang betul dan optimum untuk mendatangkan kesan yang dihasratkan. Perlu berhati-hati apabila menggunakan senjata-senjata -- Kadang-kadang salahguna boleh mencederakan diri.
Sebelum saya lupa....jangan salah faham. Saya bukan promosi penggunaan senjata api. Hanya satu analogi. Satu latihan minda untuk diri di samping menghiburkan dan mencetuskan pemikiran rakan-rakan yang membaca. Apa komen anda?
Saturday, June 20, 2009
Mengumpul Dan Memberi Masalah
Mereka tidak menguasai asas membaca dan menulis semasa di sekolah rendah. Mereka tidak dapat mengikut pengajaran guru di sekolah menengah kerana asas mereka yang terlampau rendah. Mereka mungkin tidak mempunyai kecerdasan matematik-logik dan linguistik yang menjadi asas sistem pendidikan. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan 'interpersonal', 'rhythmic', dan lain-lain tetapi tidak berpeluang untuk menonjolkan bakat mereka.Setiap hari mereka pergi ke sekolah untuk mengumpul masalah dan memberi masalah. Mereka tidak dapat menyesuaikan diri mereka dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Mereka mungkin boleh dilatih dalam kemahiran fisikal dan manipulatif yang menjadikan mereka lebih berguna dalam dunia pekerjaan kemudian tetapi kemampuan sekolah atau institusi yang membekalkan latihan vokasional adalah amat terhad. Mereka keluar dari sekolah atas pelbagai sebab dan masuk ke masyarakat tanpa kemahiran yang spesifik. Mereka masuk ke masyarakat untuk mengumpul masalah dan memberi masalah.
Mereka terabai kerana masyarakat terlalu sibuk membahaskan isu 10 A atau 11 A atau 20A.
Mereka Berbakat
Mereka berbakat! Mereka boleh merancang, melaksana dan menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan ramai.Mereka sudi! Mereka sudi kerana mereka dihargai. Mereka sudi kerana kesilapan mereka dibetulkan secara konstruktif dan positif.
Mereka rela! Mereka rela kerana masa instruksional mereka tidak diganggu. Mereka rela kerana mereka dapat memberi sumbangan yang sungguh bermakna kepada sekolah.
Tetapi, sebelum semua itu, yang paling penting, yang selalu dilupakan : Mereka mesti diberi peluang. Setuju tidak?
Persepsi Positif
Sekali lagi Sabtu yang rehat-hari yang saya sangat suka kerana pada hari ini saya biasanya berpeluang untuk membuat refleksi; macam-macam refleksi sama ada berkenaan kerja sendiri atau isu-isu yang hangat di dalam dan luar negara.Baru-baru ini, saya dijemput sebagai salah seorang ahli panel forum berkenaan pendidikan di sekolah menengah. Daripada soalan-soalan yang ditanya oleh ibubapa saya dapati mereka amat dipengaruhi oleh laporan media massa tentang masalah disiplin di sekolah menengah. Antara soalan yang ditujukan termasuk satu yang menanya mengapa masalah disiplin di sekolah menjadi semakin serius baru-baru ini. Saya memberi penjelasan bahawa masalah disiplin tetap ada di sekolah mengikut norma masyarakat. Di mana-mana setting sosial (melainkan setting yang tidak mencermin keadaan masyarakat secara sebenar-seperti sekolah yang hanya memilih murid yang baik), ketidakseragaman tingkahlaku dan perangai tetap wujud. Sama ada masalah disiplin menjadi semakin serius atau tidak, perkara ini adalah lebih merupakan satu persepsi sahaja.
Persepsi boleh berlainan daripada keadaan sebenar kerana orang ramai sentiasa didedahkan kepada laporan yang berfokuskan peristiwa yang lebih berunsur sensasi seperti pergaduhan, perjudian, gangguan seksual yang biasanya terhad kepada segelintir murid di sekolah sahaja, satu peratusan yang amat kecil berbanding dengan murid-murid yang mencapai pelbagai jenis kejayaan dan kecemerlangan di sekolah.
Masalah disiplin di sekolah tetap perlu diberi perhatian yang serius dan langkah-langkah pencegahan perlu sentiasa diambil melalui pemupukan dan penyemaian nilai-nilai positif tentang diri dan komuniti sekolah. Pihak sekolah, orang ramai, pemimpin-pemimpin dan media-media massa seharusnya menyimbangkan antara aspek-aspek negatif dengan aspek-aspek positif yang berlaku di sekolah. Walaupun adalah lebih mudah menjual berita berkenaan murid-murid yang berjudi di sekolah daripada berita yang berkenaan dengan jauh lebih ramai murid yang menjalankan gotong-royong di persekitaran sekolah, akan tetapi, kita semua seharusnya mempunyai tanggungjawab sosial untuk memupuk nilai-nilai positif yang boleh ditelandi. Ini tidak bermakna menutup berita kejadian yang tidak baik--Harap tidak salah faham. Ini adalah lebih berkenaan dengan membina masyarakat yang lebih positif, lebih yakin dan lebih optimis. Semua ini sememangnya bermula dengan persepsi yang positif.
Friday, June 19, 2009
Belajar Untuk Skor
Sering kita dengar bahawa ada calon yang begitu bijak meneka soalan. Ada yang hafal 'skema' dan tahu cara untuk mendapat markah seperti yang dikehendaki oleh skema. Ada tahu menyempitkan skop belajar yang mencukupi untuk skor sahaja. Ringkas kata, ada calon yang menjadi pakar belajar untuk skor. Beliau tidak semestinya menguasai kandungan secara mendalam dan menyeluruh. Bagi saya semua ciri ini juga merupakan ciri orang yang bijak, orang yang boleh menyesuaikan diri mengikut kehendak dan keperluan sistem. Kemungkinan besar orang yang sama ini juga akan muncul sebagai calon yang cemerlang dalam jika berada di dalam sistem yang berlainan. Kita mesti menghargai calon yang cemerlang dalam lingkungan yang ditetapkan oleh kita sama ada dari segi mutu soalan atau dari segi gred.
Balik kepada fenomena 'belajar untuk skor', kita tidak boleh salahkan murid-murid 'belajar untuk skor' jika itulah persepsi orang ramai. Bacalah surat khabar untuk melihat bagaimana publisiti yang begitu banyak diberi kepada mereka yang skor. Lihatlah anugera
h yang diberi kepada individu atau institusi untuk melihat begitu banyak fokus diberi kepada mereka yang skor.Masuk ke dalam kedai buku yang menjual buku ulangkaji dan lihat tajuk-tajuk yang menarik seperti Skor A Dalam...., Studi Untuk Skor,....macam-macam skor lagi. Saya boleh mencadangkan beberapa tajuk jika belum lagi dipakai: Pasti Skor Dalam...., Tak Beli Tak Skor..., Skor Sampai Jemu...., Tak Skor Boleh Koyakkan (lagi suka kerana sudah bayar dan mungkin perlu beli lagi),...... Cuba anda berikan tajuk buku seperti : Tak Semestinya Skor Tetapi Boleh Meningkatkan Pemikiran Kritis dan Kreatif, Belajar Tak Semestinya Untuk Skor, Boleh Tambah Banyak Ilmu Lain Di Luar Sukatan,.... saya hanya memberi nasihat anda telah memilih jalan untuk bankrap. Jangan salahkan murid yang tidak membeli buku anda kerana beliau mematuhi norm yang ditetapkan oleh sistem.
Perlu ingatkan diri supaya tidak menggunakan masa yang lama sangat untuk blog kerana ini tidak merupakan sebahagian sukatan untuk skor. Oleh itu cukup sampai sini sahaja. Apa pandangan anda?
Sunday, June 7, 2009
Protokol, Salutation dan Sambutan
• Kurangkan protokol
• Ketepatan masa
• Salutation yang ringkas
• Hentikan budaya sambutan yang keterlaluan
• Majlis hendaklah mudah, ringkas dan tidak membazir
Berkenaan beberapa protokol, salutation dan sambutan yang berterlaluan, rakan-rakan boleh rujuk kepada artikel saya, Untuk Renungan 2 pada September 22, 2008 sebagai satu contoh. Sedikit ulasan tambahan:
• VVVIP – Very, very, very important person.
• VVIP – Very, very important person
• VIP – Very important person
• IP – Important person
• NIP – Not important person. (Biasanya paling ramai dan datang atas arahan dan peringatan bahawa kedatangan akan dicatatkan. Makan di bawah khemah biasa.)
*Demostrasi silat oleh pelajar Tingkatan 4. Latih 3 minggu. Raptai biasa 2 kali. Raptai penuh 2 kali. Tak masuk kelas 2 hari.
*Pasukan kompang – Johan Negeri.
*Kereta kuda untuk membawa VVVIP ke tempat memotong riben.
*Murid pengsan kerana tak sempat makan sarapan.
Sunday, March 8, 2009
Burning One's Bridges

On this Sunday morning, I have the luxury of taking my own sweet time doing some long postponed work. My editor has been chasing me for my manuscript and my books need a bit of arranging. However, my relax mood is turned around after reading some local news that can be quite disturbing for any concerned citizen in general and teacher in particular. Some how or rather the expression ‘burning one’s bridges’ cropped up from my mind when I remember once a teacher motivated me when I was young. He told me that in order to pursue a dream, one must do it whole-heartedly, with perseverance and never look back despite facing whatever setbacks or challenges. He reminded me that at any thought of turning back will disrupt my effort to move forward.
With that in mind, I searched the Wikipedia and found some interesting expressions related to ‘burning one’s bridges’ (http://en.wikipedia.org/wiki/Burning_the_bridge), which I will list below.
Burn one's bridges. The expression is derived from the idea of burning down a bridge after crossing it during a military campaign, leaving no option but to win, and motivating those who otherwise might want to retreat.
Burn one's boats, a variation of burning one's bridges. The Muslim commander Tariq bin Ziyad, upon setting foot on the
"Break the woks and sink the boats (破釜沉舟)", an ancient Chinese saying referring to Xiang Yu's order at the Battle of Julu; by fording a river and destroying all means of re-crossing it, he committed his army to a struggle to the end with the Qin and eventually achieved victory.
Of course, history tells us that burning one’s bridges need not necessary be a good option when moving forward means doom. But, if we take these expressions to mean that we must be really serious in our effort to achieve a goal then the goal will more likely be achieved. If we are too wishy-washy, always stealing a look behind for a return path, and when the goal is not achieved, is it because the goal is, from the start unachievable, or, is it due to our half-hearted effort? To reiterate, when a goal is not achieved, is it because from the start it is not realistic and certainly unachievable, or, because the people entrusted to achieve the goal are not focused enough to do it? We must really take a hard look at this moment of time, at many urgent issues as the whole world is bracing for various challenges brought about by various economic, social and political problems hastened by globalization.
Sunday, March 1, 2009
Jangan Lupa; Semua Suka
Dalam sesi profesionalisme dari 25 hingga 27 Februari (sila rujuk artikel Kepimpinan : Pengetahuan Dan Amalan), slot input profesionalisme yang bertajuk 'Perancangan Latihan dan Rekabentuk Aktiviti Pembelajaran' oleh En Hassan Bin Topit (Pengetua Cemerlang SM Sains Kota Tinggi) berjaya menggerakkan minda dan badan para peserta. Pendekatan yang dinamik di mana aktiviti berkumpulan mengambil lebih banyak masa daripada kuliah, berjaya mewujudkan suasana yang begitu seronok di mana peluang perbincangan yang jarang ada dalam kebanyakan kursus yang lain diberi sepenuhnya. Kami berpeluang menjalankan 'brain-storming' (yang diberi istilah cerek-berek minda oleh tuan penceramah); melakukan 'buzzing' dan macam-macam lagi aktiviti yang menjadikan pembelajaran itu sungguh aktif.Selepas setiap aktiviti berkumpulan di mana satu atau dua isu berkenaan dengan pendidikan dibincangkan, hasil perbincangan itu ditulis (kadang-kadang dilukis) dalam kertas mahjong, dipaparkan untuk dikomen dan dinilai oleh ahli-ahli kumpulan-kumpulan lain. Sesi ini yang dibimbing oleh En Hassan Topit dengan bantuan En Adam Adas dan rakan-rakan di Urusetia, walau pun panjang (8 pagi hingga 1 petang), bukan sahaja tidak membosankan, sebaliknya berjaya menyebabkan suasana interaktif yang berproduktif. Jika suara keseronokan dan ketawa yang berjangkit-jangkit boleh menjadi kayu ukur sesi ini, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada tuan penceramah dan pembantu-pembantu beliau.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengemukakan dua perkara yang timbul di dalam minda saya ketika mengikuti sesi tersebut. Yang pertama, saya ingin mengaitkan dengan satu aktiviti yang bernama 'Continue-Stop-Start' semasa sesi input itu. Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan diminta menulis perkara-perkara berkenaan pendidikan di sekolah yang harus diteruskan, ditamatkan dan dimulakan. Walaupun macam-macam respons diberi oleh kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada orang-orang yang mempunyai pengalaman dan latar belakang yang berlainan, terdapat beberapa respons yang popular dikemukakan oleh hampir semua kumpulan, antaranya berkenaan dengan audit akademik, yuran murid, BISP, tandas terbuka, PPSMI .... Adakah hasil aktiviti itu memberi sesuatu mesej penting berkenaan isu-isu yang genting di sekolah?
Yang kedua, jika sesi yang aktif itu berjaya memikat hati peserta-peserta yang 'tua-tua', apa lagi kalau kaedah yang serupa dapat dijalankan di dalam bilik darjah di mana orang-orang muda pasti lebih bertenaga dan aktif. Mesej yang ingin saya membawa di sini ialah pembelajaran yang aktif disukai ramai. Berkenaan pengajaran yang aktif dan kreatif, saya mengakhiri dengan peringatan : Jangan lupa; semua suka.

