Monday, September 22, 2008

Untuk Renungan 2

Suasana sunyi....
Yang diidam-idami;
Inspirasi demi inspirasi;
Lahirnya, sistem amaran pencemaran bunyi.

Namun begitu,
Kepekaan mu mengagumi ku;
Bunyi sekarang dah meletupkan mu!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sungguh canggih mesin ku;
Ais kacang bersirap dan susu;
Khidmat komputer menanti mu.

Tetapi, sebelum itu...
Minta tolong cikgu dahulu;
Ais dah lebur waktu menunggu,
Cepat hantar lagi...dua ketul.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bateri...
Oh bateri,
Sila tahan sekejap lagi;
Sejak pagi kau diuji-uji,
Sampai masa,
Tolong berfungsi;
Segala harapan bergantung pada mu, bateri!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sejak pagi,
Ku menanti;
Bermotivasi dan berinovasi.

Tetapi kini,
Dah hancur hati;
Ikan yang mati,
Tak perlu makanan lagi!


Untuk Renungan 1



Peluang Dan Pengiktirafan

Dalam kejar-mengejar kecemerlangan akademik, jangan kita lupa bukan semua murid mempunyai kebolehan yang sama. Sistem penilaian yang menitikberatkan kepada kecerdesan linguistik dan matematik-logik hanya menguji sebahagian kecil daripada spektrum kecerdasan yang pelbagai. Kisah-kisah kejayaan (success stories) menunjukkan kecerdasan-kecerdasan murid yang tidak dinilaikan di sekolah boleh juga menjadi asas kejayaan.

Sepatutnya, apabila kita melabelkan seorang murid itu berprestasi rendah, kita perlu menyatakan kriteria yang kita gunakan untuk membuat kesimpulan itu. Kita mungkin mengategorikan seperti berikut:
  • Berprestasi rendah dari aspek linguistik dan matematik-logik.
  • Berprestasi rendah dari aspek ruang (spacial).
  • Berprestasi rendah dari segi rthymic.
  • Berprestasi rendah dari segi interpersonal.
Cuba kita benarkan murid-murid yang berprestasi rendah dari aspek linguistik dan matematik-logik tetapi berprestasi tinggi dari segi rhythmic, menari atau menyanyi--kehidupan mereka di sekolah akan menjadi lebih bermakna. Peluang dan pengiktirafan yang diberi kepada mereka mungkin boleh memanifestasi kepada masalah disiplin yang berkurangan, cinta kepada sekolah yang lebih 'pekat' dan kenangan yang lebih manis satu masa kemudian. Itulah pendidikan. Itulah PIPP. Itulah realiti. Tetapi.....

Sunday, September 21, 2008

Perbandingan Yang Lebih Realistik

Pendidikan holistik perlu mengambil kira JERIS-Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial(tambahan). Tidak perlu dibincang dengan panjang lebar di sini kerana semua yang terlibat dalam bidang pendidikan di Malaysia tahu (atau patut tahu). Amalan? Cerita lain.

Hujung tahun ialah musim perbandingan prestasi Peperiksaan Percubaan PMR dan kemudian Peperiksaan Percubaan SPM antara satu sekolah dengan sekolah lain di dalam daerah atau pun negeri. Masih ingat satu masa dahulu, kami dari sekolah 'biasa' tidak berani duduk di depan dalam majlis perjumpaan pengarah dengan pengetua-pengetua satu negeri. Lagipun, dalam sistem perbandingan yang sedia ada, adalah lebih wajar pengetua-pengetua dari sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah kawalan duduk di depan--lebih menjimat masa semasa menerima anugerah di atas pentas.

Kami amat peka apabila ranking mengikut gred purata di paparkan dalam PowerPoint dan dicetak untuk edaran semua. Kami, dari sekolah 'biasa', bermula dari muka surat belakang buku ranking untuk mencari kedudukan sekolah sendiri. Bukan kata perbandingan tidak baik. Perbandingan akan mencetuskan persaingan dan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan akademik (kalau sementara ini, mengetepikan pendidikan holistik dalam perbincangan ini). Ranking adalah baik untuk perbandingan antara sekolah yang sama jenis.

Tetapi, jika ranking dibuat secara menyeluruh, merangkumi semua jenis sekolah, perlu difikirkan formula yang lebih wajar dan jitu supaya memberi gambaran yang lebih benar. Sebagai contoh, sebuah sekolah menengah tertentu hanya menerima murid-murid straight A dalam UPSR. Jika sekolah itu menghasilkan 50% murid straight A dalam peperiksaan PMR, adakah sekolah itu lebih cemerlang jika dibandingkan dengan sebuah sekolah menengah yang menerima murid-murid yang 'baki' tetapi berjaya menghasilkan 1% murid straight A dalam PMR? Kadang-kadang perbandingan seperti ini menyebabkan guru/pentadbir sesetengah sekolah berusaha berlipat ganda untuk mencemerlangkan murid-murid. Usaha ini harus disanjungi walaupun hasil masih belum pasti lagi. Tetapi, di sesetengah sekolah, sistem perbandingan ini membolehkan murid-murid cemerlang mencemerlangkan guru/pentadbir. (Thinking allowed-boleh tidak bersetuju.)

Persaingan sihat akan menghasilkan kecemerlangan. Namun demikian mekanisme atau formula perbandingan boleh dimurnikan untuk mencerminkan keadaan yang lebih jitu dan menggerakkan sesetengah orang dari zon keselesaan. Saya ingin mencadangkan formula yang berikut sebagai permulaan. Formula ini mungkin masih boleh diperbaiki lagi, tetapi setakat ini peranan saya hanya untuk mencetuskan pemikiran yang lebih kritikal untuk kebaikan semua.

Formula:
Saya ingin mencadangkan penggunaan indeks perbandingan, I, di mana

I =
(Gred purata keseluruhan peperiksaan / Gred purata UPSR) x 100

untuk Tingkatan 1, 2 dan 3.

Semakin kecil nilai I, semakin cemerlang sekolah itu dalam aspek peperiksaan berkenaan.

Contoh:

Sekolah A (Kawalan)
Pengambilan murid ke Tingkatan 1, semua straight A. Gred purata keseluruhan yang menjadi TOV ialah 1.0.
Gred purata keseluruhan peperiksaan akhir tahun = 1.96.
Indeks perbandingan,
I = 1.96/1.0 x 100 = 196

Sekolah B (Biasa)
Pengambilan murid ke Tingkatan 1 - Gred purata keseluruhan UPSR yang menjadi TOV ialah 3.25.
Gred purata keseluruhan peperiksaan akhir tahun = 3.87.
Indeks perbandingan,
I = 3.87/3.25 x 100 = 119

Jika ranking dibuat, sekolah B adalah lebih tinggi daripada sekolah A. Ada perluang untuk duduk di depan. Setuju atau tidak?

Cadangan, pandangan atau kritikan dialu-alukan.

Saturday, September 20, 2008

Lantern Festival In SJM

Another memorable night in SJM-- Saturday (13-8-2008). Another effort towards achieving 'SJM Sekolah Pilihan Saya'. It was also a day for the Malay and Indian students and teachers to understand the Mid-Autumn Festival (Lantern Festival) and enjoy halal mooncakes.

Talented students performed to entertain the other students, teachers and parents. The night ended (around midnight) with teachers, parents and students participating the lantern procession around the school. By the way, this is one aspect of holistic education that we are always talking about besides shouting about 'straight A's '.

Monday, September 1, 2008