Dalam kejar-mengejar kecemerlangan akademik, jangan kita lupa bukan semua murid mempunyai kebolehan yang sama. Sistem penilaian yang menitikberatkan kepada kecerdesan linguistik dan matematik-logik hanya menguji sebahagian kecil daripada spektrum kecerdasan yang pelbagai. Kisah-kisah kejayaan (success stories) menunjukkan kecerdasan-kecerdasan murid yang tidak dinilaikan di sekolah boleh juga menjadi asas kejayaan.Sepatutnya, apabila kita melabelkan seorang murid itu berprestasi rendah, kita perlu menyatakan kriteria yang kita gunakan untuk membuat kesimpulan itu. Kita mungkin mengategorikan seperti berikut:
- Berprestasi rendah dari aspek linguistik dan matematik-logik.
- Berprestasi rendah dari aspek ruang (spacial).
- Berprestasi rendah dari segi rthymic.
- Berprestasi rendah dari segi interpersonal.
No comments:
Post a Comment