Sunday, October 12, 2008

Kambing Di Dalam Perigi

Saya sungguh tertarik oleh sebuah artikel bertajuk "Donkey in the well" yang ditulis oleh Bridget Menezes dan saya ingin mengubahsuaikan cerita itu dalam artikel ini.

Pada suatu hari, seekor kambing terjatuh ke dalam sebuah perigi yang sangat dalam. Kambing itu tercedera and meronta-ronta sambil menanggis-nanggis untuk melepaskan diri dari tempat itu. Tuan punya kambing itu, setelah berusaha berjam-jam, tidak berjaya menyelamatkan kambing itu. Akhirnya, orang itu telah berputus asa lalu membuat satu keputusan yang drastik.

Oleh sebab kambing itu pun sudah tua dan perigi itu pun tidak digunakan lagi, beliau memutuskan untuk menutup perigi itu dengan tanah untuk memendekkan kesengsaraan kambing itu. Dengan bantuan rakan-rakan sekampung, tuan punya kambing itu menolak tanah ke dalam perigi itu. Kambing itu, setelah sedar apa yang sedang berlaku, menanggis dengan lebih kuat lagi. Tetapi, sekejap kemudian, tiada bunyi didengar lagi dari dalam perigi itu.

Semua orang yang berada di situ melihat ke dalam perigi itu untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Apa yang mereka nampak ialah, kambing itu aktif bergerak-gerak untuk melepaskan tanah yang terjatuh ke atas badannya lalu mengambil langkah untuk berdiri di atas tanah yang baru jatuh ke dasar perigi itu. Dengan usaha itu, semakin banyak tanah dimasukkan, semakin tinggi kambing itu naik dari dasar perigi itu. Tidak lama kemudian, setelah perigi itu diisi penuh dengan tanah, kambing yang letih tetapi gembira itu, berjaya melepaskan diri.

Dalam kehidupan sehari-hari, kita sering kali terperangkap di dalam keadaan yang rumit dan dilempar dengan pelbagai jenis cabaran secara serentak. Seperti kambing yang menggunakan tanah yang jatuh ke atasnya, kita boleh menjadikan setiap cabaran itu sebagai satu anak tangga ke kejayaan. Satu lagi yang boleh dipelajari oleh cerita ini ialah : Kita boleh melepaskan diri kita dari perigi yang paling dalam dengan semangat tidak berputus asa.

2 comments:

syazwan said...

sangat motivated. nicely done.

oh btw, im your exstudent from sc johore. kelas 5s1.

Unknown said...

Cerita ini baik sekali, belum pernah saya dengar. Kita patut tukarkan ancaman menjadi peluang, kelemahan kita atasi supaya menjadi kekuatan. Macam dalam Analisis SWOT itu... cubalah Jawatankuasa Panitia fikirkan. Thanks Mr. Yew. Your article is very inspiring.