Sejak dihalau dari istana, calon B tidak berputus asa dan terus berusaha menanam dengan lebih banyak bijih benih yang dibekalkan kepada beliau. Maka, tumbuhnya pokok-pokok dalam pelbagai keadaan kesihatan di dalam kebun di belakang rumah calon B.
Suatu hari, raja ternampak pokok-pokok yang di tanam oleh calon B dan rasa bimbang mengapa banyak pokok itu tidak mencapai kesihatan dan ketinggian yang seperti pokok-pokok yang ditanam di istana. Menteri-menteri raja diminta meneliti perkara itu. Berlanjutan dari itu,
- Seorang menteri mencipta satu perisian (sedikit serupa dengan perisian komputer zaman sekarang) untuk merekod bilangan hari sebulan calon B terpaksa keluar dari rumah tanpa menyiram pokok-pokok itu, atas sebab-sebab yang dikategorikan. Seorang ahli keluarga calon B ditugaskan untuk mengira, merekod dan mengirimkan disket ke istana untuk dilaporkan kepada raja. Dengan itu, paparan data dapat dibuat dan atas inovasi itu, menteri itu menerima satu anugerah daripada raja itu.
- Seorang menteri yang lain mencipta satu perisian untuk merekod, mengira purata ketinggian dan peratus pokok yang mencapai sesuatu ketinggian yang ditetapkan. Rekod demi rekod diambil, diproses dan dihantar. Kitaran itu berulang-ulang. Banyak laporan diterima oleh istana dan menteri itu juga menerima anugerah.
- Satu lagi perisian dicipta oleh seorang menteri yang bijak. Beliau merekod faktor-faktor yang menyebabkan sesetengah itu kurang sihat. Beliau mengenalpastikan 20 jenis ulat, 30 jenis serangga dan 40 jenis faktor yang lain seperti suhu, tanah, angin dan lain-lain yang boleh menjejaskan kesihatan pokok-pokok. Seorang ahli keluarga calon B ditugaskan untuk merekod setiap kes pokok yang kurang sihat.
Seorang pegawai istana mendapati usaha-usaha di atas adalah baik tetapi hanya merupakan proses mengesan dan memungut maklumat sahaja. Mengikut beliau, adalah lebih mudah mencipta macam-macam jenis perisian dengan asas pengetahuan 'komputer' yang mudah diperoleh tetapi tidak mudah menyelesaikan masalah yang sebenar. Beliau berharap semua yang terlibat perlu lebih kritikal dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang sebenar. Usaha-usaha menteri-menteri dalam mencari dan memaparkan maklumat adalah penting dalam usaha ke arah penyelesaian masalah yang lebih saintifik tetapi data dan maklumat hanya adalah peringkat permulaan sahaja dalam satu proses penyelesaian masalah. Juga, dalam situasi 'zero sum game', semua perlu berhati-hati tentang peruntukan masa dan tenaga supaya dapat membajetkan masa dan tenaga untuk menyelamatkan pokok-pokok yang sedang diserangi oleh ulat atau serangga.
No comments:
Post a Comment