Pada zaman dahulu (minta maaf stereotaip ini), seorang raja yang sangat berminat dengan pokok dan bunga ingin melantik seorang pekebun yang boleh menjaga kebun di istana dengan baik. Antara ramai pemohon, dua calon A dan B, berjaya melepasi proses tapisan dan seorang sahaja akan dilantik di peringkat yang akhir. Pada peringkat terakhir itu, raja sen
diri yang akan memilih calon yang berjaya. Kedua-dua calon itu, setiap orang diberi 9 biji benih dan diberi masa sebulan untuk menyemaikan benih-benih itu. Selepas tempoh sebulah, mereka dikehendaki memamerkan hasil semaian mereka di depan raja. Pada hari yang berkenaan, raja itu begitu gembira melihat hasil calon A. Setelah dipuji dan dianugerahkan dengan sijil dan hadiah, calon A dilantik ke jawatan pekebun itu. Calon B ditegur dan dihalau keluar dari istana. Seorang menteri yang banyak pengalaman tentang hal tanaman berpendapat bahawa pokok-pokok yang disemai oleh calon A sepatutnya lebih tinggi lagi. Apakah pandangan anda?
4 comments:
sebab benih itu telah dimasak, maka ia tidak akan menjadi besar. Calon kedua telah menipu dengan menukar benihnya.
Tak, benih yang masak itu cerita lain. Kalau dimasak, tak akan tumbuh langsung. Diperiksa, diuji, disemak dan dibukti, semua benih tak 'mati' tetapi calon A hanya terima benih 'cemerlang' tetapi calon B terima benih 'sebarang'. Cuba fikir lagi. Terima kasih.
saya setuju calon A terima benih cemerlang dan calon B terimabenih sembarang, tetapi apa yang lebih menarik calon A hanya bergantung pada nasib sebab itu anak pokoknya tumbuh setakat tu sahaja kalau dia berusaha lebih lagi tentu pokoknya lebih tinggi. Raja sepatutnya memberi anugerah bukan hanya berdasarkan result tetapi juga proses atau usaha yang dibuat. Keputusan di luar kawalan kita.
Terima kasih atas komen 'anonymous'. Nampaknya tuan/puan lebih setuju untuk memilih calon B.
Post a Comment