Saturday, May 10, 2008

Guru Mengajar, Murid Belajar

Minggu lepas, papan tanda 'Guru Mengajar, Murid Belajar' dinaikkan di sekolah saya. Ketika memerhatikan pekerja memasangkan besi yang menyokong papan tanda itu, saya berfikir tentang soalan yang mungkin ditanya oleh sesiapa yang membaca papan tanda ini--Bukankah itu perkara yang jelas? Atau, kalau nak gunakan perkataan Bahasa Inggeris--Bukankah itu perkara yang 'understood'? Bukankah itu satu kepastian bahawa apabila guru mengajar, murid mesti belajar?

Dengan pengalaman mengajar selama suku abad, saya boleh menyatakan, dengan 100% keyakinan, bahawa 'Guru Mengajar, Murid Belajar' bukan sesuatu pasti berlaku. Bagi saya, cogan kata 'Guru Mengajar, Murid Belajar' merupakan satu ideal yang dihasratkan; sesuatu yang menyeru kita semua kembali ke asas (back to basics), dengan menitikberatkan amalan terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran (best practices) untuk mencapai keberkesanan pembelajaran yang tinggi; sesuatu peringatan yang tepat masa (timely reminder) untuk menjadikan 'murid belajar' sebagai perkara yang terpenting dalam profesion kita, sebagai kayu ukur kejayaan kita dalam profesion perguruan.

Ada orang kata bahawa dalam zaman moden ini, murid-murid mempunyai jauh lebih banyak gangguan berbanding dengan masa dahulu. Gangguan-gangguan yang dimaksudkan di sini ialah lebih banyak tempat hiburan, komplek perniagaan moden, permainan komputer, telefon bimbit yang canggih, pelbagai hiburan multimedia dan sebagainya yang bersaingan serta menarik perhatian murid-murid dari pembelajaran mereka. Oleh itu, kesan itu mungkin menjadi 'Guru Mengajar, Pelbagai Gangguan, Murid Kurang Belajar' Apa kata sekira seorang guru dapat memikir keluar dari kotak (think out of the box) dan menukarkan gangguan-gangguan itu kepada alat-alat sokongan/bantu mengajar? Kalau unsur-unsur yang mengganggu itu dapat menarik perhatian murid dari pengajaran guru, bolehkah unsur-unsur yang sama itu dimanfaatkan oleh guru untuk menarik perhatian murid-murid kepada pengajaran guru itu?

Kita berada pada satu zaman yang amat menarik dan seronok (a very interesting period of time) yang dimungkinkan oleh revolusi teknologi maklumat dan komunikasi. Kalau dahulu kita langsung tidak boleh membanyangkan pelbagai kemungkinan, kini banyak perkara dapat kita peroleh melalui saluran Internet tanpa kita mengambil satu langkah keluar dari rumah kita pun. Gambar foto sel, bakteria, simulasi letupan bom, 'movie clip' dari YouTube, nota-nota, PowerPoint dan pelbagai maklumat yang diperoleh melalui Internet dapat digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Oleh yang demikian, setiap kali kita rasa kita menghadapi lebih banyak masalah mengajar berbanding dengan masa dahulu di mana murid-murid kurang bermasalah (itu sebanarnya juga satu persepsi yang masih boleh dipertikaikan), kita perlu juga mengakui bahawa kita mempunyai lebih banyak 'senjata' pada zaman sekarang untuk menghadapi masalah-masalah yang ada sekarang. Kecuali, kita tidak mengguna atau tidak tahu mengguna 'senjata-senjata' yang moden ini.

Akhir sekali, 'Guru Mengajar, Murid Belajar' perlu dilihat sebagai satu proses di mana prosedur-prosedur perlu dirangka dan dilaksanakan dengan baik seperti prosedur dan cara kerja eksperimen sains yang menjaminkan hasil eksperimen diperoleh. Guru-guru mesti sentiasa menjadikan seruan ini satu cabaran; satu yang mana kita sentiasa menanya diri kita dengan pelbagai soalan 'bagaimana' supaya kemahiran mengajar kita pada hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan esok akan jadi lebih baik daripada hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

Saya sangat setuju dengan Mr. Yew. Satu dapatan dari pengkaji profesional luar,not long ago, if I'm not mistaken from Australia.. mendapati bahawa malaysian teachers teach seriously, but the students not really learn a lot. So I wanna make sure everytime I teach, there must be learning taking place. one more thing Mr. Yew.. I found out that a nice teacher is not necessarily a good teacher, eventhough a good teacher should be nice too. This teacher's day may proof that.. If you are dedicated to teaching, sometime some of your student especially yang nakal, never think of showing appreciation to you. Just because when you teach, you mean business!! But I believe your statement.. GREAT TEACHER INSPIRES.. thanks.

Thinking Allowed said...

Thanks Rujhan. Good comment. Sort of continuing what we used to do--discussing about teaching.