Wednesday, May 28, 2008

Kem Pengawas

Kem Pengawas di Ulu Dengar (23-25 Mei, 2008) : Sesi 'Ceramah-Dinamik Kumpulan' pada pagi 25 Mei.
  • Pembinaan 'rantas kertas'--Hampir semua pengawas tidak berjaya membina 'rantai kertas' dari sehelai kertas saiz buku latihan. Sudah pasti ukur keliling (perimeter) kertas itu adalah lebih kecil daripada ukur keliling kepala peserta. Terdapat cara untuk mengoyakkan kertas sehingga 'sempadan' baru kertas itu dapat diwujudkan. Semua peserta berjaya membina 'rantai kertas' masing setelah dilatih. Pelajaran : Pemikiran yang biasa tidak mungkin mendatangkan hasil yang luar biasa.
  • Pemainan 'jambatan straw'--Setiap kumpulan diberi 100 batang straw (penyedut minuman) dan satu gulung pita selofan untuk membina sebuat struktur yang kukuh dan indah. Seterusnya, setiap struktur itu perlu disambung kepada struktur kumpulan berikut sehingga semua struktur disambungkan menjadi sebuah jambatan yang panjang. Semua straw mesti digunakan. Pemainan ini bertujuan untuk peserta menyedari kepentingan merancang, berkomunikasi, bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. Selanjutnya, oleh kerana produk setiap kumpulan mesti disambung kepada kumpulan lain untuk menjadikan satu jambatan yang panjang, peserta juga mempelajari kepentingan berunding dan bekerjasama dengan kumpulan lain, melihat sesuatu dari aspek keseluruhan selain bahagian masing-masing, menyedari kegagalan mana-mana satu kumpulan akan menyebabkan kegagalan keseluruhan.
Bukankah perkara-perkara ini penting untuk menjalankan tugas sebagai pengawas yang berkesan?

No comments: