The mind is not a vessel to be filled, but a fire to be ignited. (Plutarch)
Kita perlu akui bahawa hanya sebahagian sahaja ilmu yang ada pada seorang murid datang dari ajaran guru. Seorang murid memperoleh pelbagai jenis ilmu melalui pelbagai sumber, antaranya, media massa, multimedia, buku, rakan-rakan dan alam semula jadi. Kita tidak mempertikaikan patut atau tidak, baik atau tidak sesuatu tertentu ilmu diperoleh oleh seorang murid. Ilmu sebenarnya tidak boleh diberi nilai baik atau tidak--seperti kita tidak boleh kata sama sebilah pisau itu baik atau tidak tanpa merujuk kepada bagaimana pisau itu digunakan. Hakikat yang lebih penting ialah seorang murid membawa bersama ke dalam kelas satu minda yang penuh dengan pelbagai 'inti' yang boleh menjadi bahanapi yang berpotensi menjana pelbagai tenaga positif atau meletup seperti bom. Cabaran pada seorang guru ialah bagaimana menambahkan elemen-elemen ke dalam 'inti' itu, memproseskan 'inti' itu, membuat 'alignment', memasukkan pemangkin, .....Ada kala guru perlu juga mengenalpasti 'dawai' yang perlu ditanggalkan supaya 'bom' itu tidak meletup.
2 comments:
Masalahnya sekarang guru tidak tahu untuk memilih dawai yang perlu dibuang atau dipasang kerana dalam diri guru juga ada elemen yang akan menjadi bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa.Elemen yang ada dalam diri guru juga sama dengan elemen yang ada dalam diri murid.
Setuju Bulan....Oh!....Sorry, Moon.... Mungkin itu salah satu sebab perlu 7 hari setahun kursus tanggal dawai. Komen yang menarik.
Post a Comment