Saturday, May 24, 2008

Program Peningkatan Profesionalisme Guru

Antara isu yang hangat di sekolah baru-baru ini ialah keperluan sekolah untuk merancang dan melaksanakan latihan dalam perkhidmatan (LDP). Kalau ditanya mengapa perlu LDP, antara jawapan ialah : kerajaan menetapkan keperluan menghadiri 7 hari kursus setiap tahun; ada peruntukan kewangan untuk menjalankan kursus; arahan untuk buat; perlu buat laporan tentang kursus yang dijalankan ....
Jawapan-jawapan di atas tidak beza sangat dengan jawapan 'supaya tidak ditangkap oleh polis...' apabila ditanya 'mengapa mesti pakai topi keledar semasa menunggang motorsikal'. Bukankah tujuan utama memakai topi keledar ialah untuk menjaga keselamatan, melindungi kepala penunggang motorsikal?
Sebenarnya, dengan begitu banyak pembaharuan, perubahan dan cabaran baru, ilmu yang sedia ada pada seseorang guru itu tidak mencukupi untuk membolehkan beliau menjalankan tugas profesional dengan sempurna. Oleh itu LDP dapat membantu meningkatan pengetahuan dan kemahiran guru. Selain itu, LDP juga memberi ruang dan peluang kepada guru untuk berinteraksi, bertukar idea, saling memotivasi dan menaikkan semangat satu sama lain.
Namun demikian kekangan masa dan pertindihan dengan pelbagai aktiviti peringkat sekolah atau daerah selalu merumitkan penentuan tarikh dan masa pelaksanaan LDP. Perkara ini perlu dihalusi dengan kerjasama pelbagai peringkat dan saya percaya satu kaedah 'menang-menang' dapat dicari.

2 comments:

hkyew said...

Yeah, we gotta look at the big picture sometimes, not just doing it for the sack of doing it or doing it because it was required to do so.

In my opinion, teachers are the most direct education medium to the student(at least during elementary to high school period) and therefore, it's equally important to educate teacher as to educate the students.

plus, it's always good to be exposed to the knowledge other than what was learned in the college 10 years ago...right? well the answer to that will help us distinguish those who are successful and those who are not(quite)..

With those extra 'painful' trainings, the knowledge could not only be transferred to the student but also to help the teacher to maybe... get a promotion or..get to know more friends. win win, right?

Thinking Allowed said...

You are absolutely right. That's why life long learning(LLL) is so important. In fact one should not wait for a formal course to start learning. He/she should start now!