Monday, May 12, 2008

Kursus BOS


Kursus BOS, bukan kursus Boss, walau pun diberi oleh 'boss'. Dengan penjelasan awalan itu, Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-guru SJM dimulakan pada pukul 8 pagi, 10 Mei 2008 (Sabtu). Pada permulaan kursus itu, satu permainan cabaran minda dijalankan. Setiap peserta secara bergiliran dikehendaki memberi satu perkataan sahaja untuk menerangkan setiap gambar yang dipamerkan dalam PowerPoint. Percaya saya, peserta-peserta itu ketawa seperti kanak-kanak --sedikit relaksasi sebelum kandungan yang lebih berat. Lepas itu, ceramah bertajuk 'Lessons From The Canadian Geese' yang menegaskan kerja berpasukan diberi dan kemudian diikuti dengan ceramah 'An Introduction To The Blue Ocean Strategy (BOS)'.
Peserta-peserta kemudian dibahagikan kepada 8 kumpulan (4 kumpulan setiap bilik--sesi selari) untuk pembengkelan. Mereka dikehendaki memilih satu idea, membina 'Four Actions Framework', diikuti dengan lukisan 'Value Curve' dan membentangkan idea mereka sebagai aktiviti pengukuhan kefahaman BOS. Peserta-peserta sangat aktif dan sesi pembentangan cukup menarik dengan setiap kumpulan mempertahankan idea dan 'inovasi' masing-masing. Bukan semua pembentangan adalah betul dari segi BOS, khasnya aspek pengurangan kos secara serentak dengan peningkatan nilai pelanggan ('value innovation'). Keadaan ini boleh difahami kerana mereka hanya didedahkan kepada lebih kurang 90 minit input sahaja. Namun demikian, selepas diulas oleh penceramah, mereka patut dapat kefahaman yang lebih dalam lagi. Mereka digalakkan membaca buku BOS. Kursus itu tamat pada sekitar 1:00 petang dan bagi saya, satu lagi kenangan manis yang susah dilupakan.

2 comments:

Anonymous said...

yo...ofcouse ur staff "ketawa like kid" 'coz the 'boss' who deliver the course, who else kalau not Mr. Yew Kok Leh. Hee he. Anyway, deep down from my heart, l really salute u la, honest. I salute ur passion for ev'rything u do. Sorry, l don't have a blogg for ma self or even an internet acc. l did my comment at my son's house. (Hj. Kamarudin)

Anonymous said...

Bagaimana "Blue Ocean Strategy" dapat dipratikkan dalam P&P?