Saturday, May 3, 2008

Saya Boleh Tunggu

Pagi ini dapat peluang untuk berehat. Bersama isteri ke stesen keretapi untuk menikmati kopi yang terkenal se Malaysia sambil mencatat cukup banyak kali ke situ sebelum diketawa oleh rakan-rakan dari jauh (begitu dekat pun tak pergi?). Walau pun sebelum pukul 9 pagi, kedai kopi itu dah sesak dengan pelanggan dan tempat letak kereta pun sudah penuh.

Nasib baik sebuah kereta di hadapan saya yang baru nak keluar dari tempat letaknya. Saya memandu kereta saya ke depan kereta itu untuk menunggu giliran saya untuk mengisi tempat yang akan dikosongkan oleh kereta itu. Walau pun enjin kereta itu telah dihidupkan dan steering pun telah diputar, namun demikian, apabila pemandu itu nampak saya sedang menunggu beliau pun tangguh usaha mengosongkan tempat itu. Sekurang-kurangnya itu persepsi saya dari pemerhatian saya melalui cermin belakang kereta saya.

Biasanya, saya mengejar masa, tetapi pagi ini, saya ingin nak relaks sedikit. Oleh itu, saya boleh tunggu. Saya perlu tunggu kerana dalam pemikiran saya, saya boleh bayangkan (saya harap saya salah!) bahawa pemandu itu suka melihat saya tunggu dan lebih suka lagi jika saya tak sabar lalu alihkan kereta saya untuk mencari tempat letak kereta yang lain. Pemandu itu, walaupun dalam keadaan yang tidak selesa, dengan isteri dan anak-anak yang kecil di dalam kereta, sudi mengabaikan ketidakselesaan diri dan ahli-ahli keluarga untuk mencabar kesabaran saya.

Malangnya bagi dia, saya cukup sabar; duduk di dalam kereta yang selesa, dengan air-cond yang sejuk, muzik yang merdu dan ditemani oleh isteri yang memberi sokongan moral sepenuhnya. Lebih-lebih lagi setelah seminggu berkerja dalam suasana yang begitu padat dengan pelbagai cabaran dan tekanan, minda saya tidak seharusnya diganggu oleh peristiwa yang remek seperti ini. Sebaliknya, setelah pemandu itu mengakui kalah dan alihkan kereta untuk diisi oleh kereta saya, satu perasaan yang cukup memuaskan dicapai oleh saya. Cukup puas (setakat menulis sampai ke sini) sehingga saya berkongsi dengan rakan-rakan pembaca blog saya.

Berasaskan peristiwa itu, ada beberapa soalan yang boleh direnung bersama.
  • Bukankah baiknya jika pemandu itu cepat-cepat mengalihkan kereta yang dipandu itu supaya orang lain boleh mengambil tempat itu tanpa menunggu lama-lama? Bukankah tindakan ini menjimatkan masa kedua-dua pihak dan juga memberi gambaran yang baik kepada orang lain tentang diri?
  • Apakah jenis kepuasan yang boleh dicapai oleh seseorang jika dia sengaja berusaha menyusahkan orang lain walau pun dalam proses itu sering kali juga menyusahkan diri?
  • Mengapakah empati, satu sifat manusia yang dimuliakan, amat susah diamalkan di dalam kehidupan sehari-hari?
Setakat ini, saya juga ada beberapa soalan yang perlu saya menanya diri saya.
  • Adakah perasaan kepuasan diri saya melihat pemandu kereta mengosongkan tempat letak kereta itu untuk kereta saya satu perasaan yang betul? Bukankah ini juga sejenis kepuasan yang dicapai atas melihat kegagalan orang lain?
  • Haruskah saya terus menunggu jika pemandu itu terus tidak menggerakkan kereta dan memanjangkan keadaan tegangan mental itu?
  • Dan, akhir sekali, bagi saya, yang paling penting : Dengan sedikit perasaan kesal ketika menulis sampai ke sini---Adakah persepsi saya tentang pemandu itu betul? Adakah pemandu itu sengaja lambat mengalihkan kereta setelah nampak saya sedang menunggu? Ini hanyalah persepsi diri saya. Persepsi yang mungkin salah ini telah mencetuskan pemikiran negatif saya tentang pemandu itu. Persepsi ini telah menyebabkan saya berfikir segala tindakan pemandu itu adalah untuk menyusahkan saya. Barangkali, itu bukan niat pemandu itu. Barangkali, secara kebetulannya, pada ketika itu, pemandu itu sedang mengalami sakit perut, otot 'cramp', pening kepala atau tiba-tiba mendapat satu idea inovatif yang memerlukan pemikiran sedalam-dalamnya tanpa melakukan sebarang kerja yang lain. Ada banyak kemungkinan. Siapa tahu bahawa, pada ketika itu, pemandu itu berasa serba salah kerana kereta di depan itu terpaksa menunggu. Beliau juga mungkin bimbang bahawa pemandu kereta yang menunggu di depan itu mungkin mula menjana bermacam-macam pemikiran yang negatif, antaranya, tentang sengaja lambat mengalihkan kereta untuk menyusahkan orang lain. Kalau itulah keadaan sebenar, saya memohon beribu-ribu ampun dan maaf.

2 comments:

50 and living it said...

Allow me to pen my thoughts on this 'experience' which is shared by I am sure many of us. It is what is termed "territorial instinct". I was here first, I will take my time to come out of the parking space as and when I like, you can wait, if you dont want to, feel free to move on and find another space, this is mine!
Yes this is the selfish attitude of many drivers in Malaysia in parking lots all over the country. Numerous such encounters have not deterred other drivers from doing the same. I for one am disgusted with such behaviour and this is part of the "ugly Malaysian' I intend to blog about soon. Good luck with your next parking experience.

Thinking Allowed said...

So, you think it is more likely that it is the "territorial instinct" rather than my wrong perception. Thanks for your support. I am feeling less guilty now.