Friday, May 9, 2008

Kecekapan

Dalam sains atau dalam sesi motivasi, kita sering membangkitkan isu tentang kecekapan. Bukan semua tenaga input dipindahkan kepada tenaga yang berguna. Sekiranya seluruh tenaga input ditukar kepada tenaga yang berguna, kita dapat kecekapan 100%. Dalam realiti, kecekapan 100% tidak mungkin dicapai. Rajah yang pertama memberi gambaran simbolik tentang tenaga input dan tenaga yang digunakan serta tenaga yang dibazirkan.

Untuk memudahkan kefahaman tentang konsep kecekapan, anda boleh memberi gambaran satu situasi di mana seorang perlu memindahkan air dari satu sumber bekalan ke satu tempat yang lain. Secara 100% cekapnya, semua air yang diisi dalam baldi pertama dipindahkan ke baldi kedua sepenuhnya. Tiada sebarang air yang tertumpah ke tanah. Dalam keadaan sebenar, perkara ini tidak mungkin berlaku. Ketika budak itu berlari dari sumber air ke baldi yang kedua, terdapat air yang terjatuh ke atas tanah. Air ini mewakili tenaga yang dibazirkan.

No comments: