Thursday, May 1, 2008

Ahli Sains Atau Detektif?

Murid-murid lebih minat tentang kisah detektif daripada kisah saintis? Mereka lebih memahami kerja detektif daripada saintis? Kemungkinan besar jawapan kepada kedua-dua soalan itu ialah 'ya' jika kita perhatikan pengaruh kuat filem dan multimedia yang bertema jenayah dan siasatan. Mengapa tidak menarik minat murid-murid dalam bidang sains dengan menunjukkan keserupaan antara kerja seorang detektif dengan seorang saintis? Seperti detektif, seorang saintis menghadapi suatu fakta / kes yang memerlukan keterangan. Dia perlu menyiasat, mencari maklumat dan mengumpul data. Dia perlu mengenal pasti sebarang corak atau pola dan membentuk hipotesis yang berkenaan. Dia perlu mencari bukti-bukti untuk menyokong hipotesis yang dibuat. Dia perlu mengkaji maklumat yang dikumpul, membuat analisis dan menyemak sama ada kesimpulan yang diperoleh menyokong hipotesis atau tidak. Kalau pada akhirnya, seorang detektif itu berjaya menyelesaikan sesuatu kes jenayah, kesetaraannya ialah, seorang saintis itu berjaya membuktikan sesuatu hipotesis. Prosedur yang diambil oleh kedua-dua profesion itu hampir sama. Oleh yang demikian, jika seorang murid minat tentang kisah detektif, dia mesti akan minat dalam sains.

1 comment:

Fiz_Guy said...

Hi Yew .....
Your blog is great ... and those drawings puts so much life into your postings. Ya, I remember the times we worked and struggled together to complete the books. I feel in many ways we complimented each other. That's why it was satisfying even though it was tough going at times. I will inform others of your blog ... so much to benefit from. As for me, I have just started ... can't really decide on the title yet, so just changed it :-)