Rajah di sebelah menunjukkan beberapa orang murid bersama guru mereka sedang menguji beberapa keping sel suria. (Yang mana satu ialah guru?) Selepas menguji berjam-jam, mereka masih tidak berjaya menghasilkan kuasa elektrik yang mencukupi. Tidak berjaya--dari segi objektif mereka. Berjaya--dari segi ilmu sains yang diperoleh jika kita ingat kembali kisah Thomas Edison yang begitu bangga dengan 999 kegagalan dalam usaha mencari bahan mentah yang paling sesuai untuk membina filamen mentol elektrik kerana beliau memperoleh ilmu yang begitu bernilai tentang 999 bahan yang tidak sesuai untuk membina filamen mentol. Dalam realiti kajian saintifik bukan mudah. Kegagalan untuk mencapai hasil adalah satu perkara yang biasa.
Di kalangan ahli sains, terdengar bisik-bisik--jika sesuatu hasil dicapai dengan begitu mudah, mestilah berhati-hati. Kadang-kadang kita terlalu ingin sesuatu hasil sehingga kita boleh lepas pandang faktor-faktor yang tidak menyebelahi keputusan yang dihasratkan. (Anda boleh rujuk kepada istilah confirmation bias dan observer-expectancy effect dari Wikipedia.)
Apakah yang dimaksudkan dengan tajuk 'Biasa Tetapi Tak Biasa'? Dalam artikel yang bertajuk Successful Experiments pada 2 Mei 2008, saya telah menerangkan tentang kaedah latihan sains di peringkat sekolah yang tidak mudah menghasilkan murid-murid yang bertabah, sabar dan berintegriti dalam penyiasatan sains. Mereka lebih biasa dengan 'kejayaan' yang cepat tanpa usaha yang gigih dan berulangan. Dengan kata yang lain, walau pun kegagalan adalah perkara yang biasa dalam kajian sains, murid-murid tidak biasa dengan realiti ini.
Dalam konteks ini, projek sains adalah latihan yang sangat baik untuk membina sikap saintifik yang baik, sebenar dan sepatutnya di kalangan murid. Melalui projek sains murid-murid akan sedar tentang kegagalan sebagai perkara yang biasa, belajar mengenalpasti sumber masalah, mengambil langkah praktikal untuk mengatasi masalah, mencari alternatif lain dan banyak lagi perkara yang tidak akan difahami jika tidak dialami secara terus.
Wikipedia:
Observer-expectancy effect — when a researcher expects a given result and therefore unconsciously manipulates an experiment or misinterprets data in order to find it.
Confirmation bias — the tendency to search for or interpret information in a way that confirms one's preconceptions.
1 comment:
Wow! looks like sjm is being revolutionized!!! What you say is very true... Failure is sometimes equated as a horrible outcome! Yeah I can recognize who is the teacher!!! Great Work Sir, keep it up!!!
Post a Comment