
Saya percaya kita mesti sentiasa membaca dan membincang supaya minda kita menjadi lebih tajam dan kemampuan kita melaksanakan urusan harian meningkat. Perbincangan adalah sangat penting kerana melalui perbincangan sesuatu yang kita faham dapat diperkukuhkan dan sesuatu yang kita 'faham' mungkin sebenarnya salah faham.
Kita sering dengan komen 'more of the same' kerana realiti ialah jika kita tidak menambah ilmu bagaimana kita dapat melepasi diri daripada kongkongan 'more of the same'? Bagaimana dengan 'think out of the box'? Bagaimana dapat 'think out of the box' kalau kita tidak sentiasa mencabar pemikiran diri sendiri? Tak mungkin kita mengalami transformasi segera untuk 'think out of the box' selepas mengikut Powerpoint yang diberi oleh pengarah atau ketua pengarah. Apa kata jika kita menyedut Powerpoint itu dan balik ke sekolah untuk memberitahu staf kita : Sila baca dan mulai pada hari ini, semua mesti 'think out of the box'..... Sejak hari itu semua pun 'think out of the box'. Cerita itu pun tamat dan semua pun gembira. Ya?
No comments:
Post a Comment