Sunday, March 8, 2009

Burning One's Bridges

On this Sunday morning, I have the luxury of taking my own sweet time doing some long postponed work. My editor has been chasing me for my manuscript and my books need a bit of arranging. However, my relax mood is turned around after reading some local news that can be quite disturbing for any concerned citizen in general and teacher in particular. Some how or rather the expression ‘burning one’s bridges’ cropped up from my mind when I remember once a teacher motivated me when I was young. He told me that in order to pursue a dream, one must do it whole-heartedly, with perseverance and never look back despite facing whatever setbacks or challenges. He reminded me that at any thought of turning back will disrupt my effort to move forward.

With that in mind, I searched the Wikipedia and found some interesting expressions related to ‘burning one’s bridges’ (http://en.wikipedia.org/wiki/Burning_the_bridge), which I will list below.


Burn one's bridges. The expression is derived from the idea of burning down a bridge after crossing it during a military campaign, leaving no option but to win, and motivating those who otherwise might want to retreat.


Burn one's boats, a variation of burning one's bridges. The Muslim commander Tariq bin Ziyad, upon setting foot on the Iberian Peninsula in 711, ordered his ships to be burnt, so that his men had no choice but to thrust forward and fight against their enemy.


"Break the woks and sink the boats (破釜沉舟)", an ancient Chinese saying referring to Xiang Yu's order at the Battle of Julu; by fording a river and destroying all means of re-crossing it, he committed his army to a struggle to the end with the Qin and eventually achieved victory.


Of course, history tells us that burning one’s bridges need not necessary be a good option when moving forward means doom. But, if we take these expressions to mean that we must be really serious in our effort to achieve a goal then the goal will more likely be achieved. If we are too wishy-washy, always stealing a look behind for a return path, and when the goal is not achieved, is it because the goal is, from the start unachievable, or, is it due to our half-hearted effort? To reiterate, when a goal is not achieved, is it because from the start it is not realistic and certainly unachievable, or, because the people entrusted to achieve the goal are not focused enough to do it? We must really take a hard look at this moment of time, at many urgent issues as the whole world is bracing for various challenges brought about by various economic, social and political problems hastened by globalization.

Sunday, March 1, 2009

Jangan Lupa; Semua Suka

Dalam sesi profesionalisme dari 25 hingga 27 Februari (sila rujuk artikel Kepimpinan : Pengetahuan Dan Amalan), slot input profesionalisme yang bertajuk 'Perancangan Latihan dan Rekabentuk Aktiviti Pembelajaran' oleh En Hassan Bin Topit (Pengetua Cemerlang SM Sains Kota Tinggi) berjaya menggerakkan minda dan badan para peserta. Pendekatan yang dinamik di mana aktiviti berkumpulan mengambil lebih banyak masa daripada kuliah, berjaya mewujudkan suasana yang begitu seronok di mana peluang perbincangan yang jarang ada dalam kebanyakan kursus yang lain diberi sepenuhnya. Kami berpeluang menjalankan 'brain-storming' (yang diberi istilah cerek-berek minda oleh tuan penceramah); melakukan 'buzzing' dan macam-macam lagi aktiviti yang menjadikan pembelajaran itu sungguh aktif.

Selepas setiap aktiviti berkumpulan di mana satu atau dua isu berkenaan dengan pendidikan dibincangkan, hasil perbincangan itu ditulis (kadang-kadang dilukis) dalam kertas mahjong, dipaparkan untuk dikomen dan dinilai oleh ahli-ahli kumpulan-kumpulan lain. Sesi ini yang dibimbing oleh En Hassan Topit dengan bantuan En Adam Adas dan rakan-rakan di Urusetia, walau pun panjang (8 pagi hingga 1 petang), bukan sahaja tidak membosankan, sebaliknya berjaya menyebabkan suasana interaktif yang berproduktif. Jika suara keseronokan dan ketawa yang berjangkit-jangkit boleh menjadi kayu ukur sesi ini, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada tuan penceramah dan pembantu-pembantu beliau.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengemukakan dua perkara yang timbul di dalam minda saya ketika mengikuti sesi tersebut. Yang pertama, saya ingin mengaitkan dengan satu aktiviti yang bernama 'Continue-Stop-Start' semasa sesi input itu. Dalam aktiviti ini, setiap kumpulan diminta menulis perkara-perkara berkenaan pendidikan di sekolah yang harus diteruskan, ditamatkan dan dimulakan. Walaupun macam-macam respons diberi oleh kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada orang-orang yang mempunyai pengalaman dan latar belakang yang berlainan, terdapat beberapa respons yang popular dikemukakan oleh hampir semua kumpulan, antaranya berkenaan dengan audit akademik, yuran murid, BISP, tandas terbuka, PPSMI .... Adakah hasil aktiviti itu memberi sesuatu mesej penting berkenaan isu-isu yang genting di sekolah?

Yang kedua, jika sesi yang aktif itu berjaya memikat hati peserta-peserta yang 'tua-tua', apa lagi kalau kaedah yang serupa dapat dijalankan di dalam bilik darjah di mana orang-orang muda pasti lebih bertenaga dan aktif. Mesej yang ingin saya membawa di sini ialah pembelajaran yang aktif disukai ramai. Berkenaan pengajaran yang aktif dan kreatif, saya mengakhiri dengan peringatan : Jangan lupa; semua suka.

Pendidikan Abad Ke-21

Aristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita. Selanjutnya, apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan ‘Education is that which remains, when one has forgotten all that he learned in school’? (Pendidikan adalah apa yang tertinggal, setelah seseorang lupa apa yang dipelajari di sekolah.) Bukankah kenyataan itu bersifat ironik? Barangkali kenyataan itu mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan setakat mengisi ilmu ke dalam kepala murid seperti kita mengisikan air ke dalam baldi. Sebaliknya, lebih-lebih lagi dalam zaman sekarang, pendidikan seharusnya mengupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu (ASK-Attitude, Skill and Knowledge) untuk melakukan sesuatu perkara-perkara yang perlu dan patut dilakukan dalam konteks persekitaran yang sentiasa berubah dan semakin menjadi ‘rata’ (The World is Flat, Thomas L. Friedman).


Mengikut panduan UNESCO (Report Of The International Commission On Education For The Twenty First Century), pendidikan yang berterusan sepanjang hidup harus berasaskan empat tunggak, iaitu: ‘Learning to know’ (belajar untuk tahu); ‘Learning to do’ (belajar untuk buat); ‘Learning to live together’ (belajar untuk hidup bersama) dan ‘Learning to be’ (belajar untuk menjadi). Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang tertentu. ‘Belajar untuk tahu’ membantu seseorang membina satu spektrum ilmu yang membolehkan dia memilih bidang yang sesuai dengan lebih jitu. Ilmu di sini juga merangkumi cara belajar—sesuatu kemahiran yang begitu diperlukan untuk memudahkan seseorang menikmati peluang-peluang belajar yang begitu banyak dari pelbgai sumber.

Ilmu yang diperoleh harus seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu. ‘Belajar untuk buat’ bukan dihadkan kepada kemahiran operasi atau mekanikal sahaja tetapi merangkumi kompetensi-kompetensi seperti kebolehan untuk menangani situasi-situasi yang tidak dijangka, kerja berpasukan, menyesuaikan diri dalam pelbagai konteks sosial dan kerja.


Kita semua perlu kerap mengingatkan diri kita sendiri bahawa, tidak kira betapa beza kita dari segi bangsa, agama, status sosial, ekonomi, politik atau aspek-aspek yang lain, kita hidup di atas planet yang sama. Lambat –laun, suka atau tak suka, secara langsung atau tidak langsung, masalah orang lain akan menjadi masalah kita juga. Berjaya atau tidak sistem pendidikan untuk melatih ‘belajar untuk hidup bersama’ jelas dilihat dari hal-ehwal semasa yang berlaku di sekitar kita. Satu sistem pendidikan, dari penggubalan dasar, pembentukan struktur pentadbiran, perjawatanan, sehingga ke pelaksanaan di peringkat sekolah, dengan sendirinya menjadi satu model (sama ada baik atau tidak) kepada pendidikan yang berunsurkan ‘belajar untuk hidup bersama’ di mana usaha membawa pendidikan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi dapat diperhatikan dari aspek pemupukan saling kesefahaman antara satu sama lain, apresiasi kepada keperluan saling bergantung (interdependence), pengurusan konfik dengan semangat saling hormat-menghormati nilai-nilai pluralistik dan saling kesefahaman yang mementingkan keharmonian. Di peringkat sekolah, pemupukan nilai dan kemahiran tersebut perlu digiatkan melalui pendekatan yang lebih holistik. Dalam konteks ini, guru-guru, ibubapa dan masyarakat secara umumya, ada peranan untuk membimbing mereka yang terperangkap di dalam konflik kefahaman antara apa yang dipelajari dengan realiti. Mereka perlu diberi keyakinan bahawa konflik itu lebih merupakan persepsi yang diakibatkan oleh prejudis dan akan menjadi berkurangan apabila mereka membesar dan memperoleh lebih banyak ilmu. Keyakinan positif ini harus diberi, tidak kira tahap keyakinan diri kita, demi untuk mencipta satu masa depan yang lebih cerah di mana kita semua benar-benar dapat hidup bersama.


Selanjutnya, ‘belajar untuk menjadi’ menuntut satu usaha pendidikan yang gigih ke arah membangunkan modal insan yang mempunyai keperibadian yang halus, boleh bertindak dengan lebih autonomi, berkebolehan membuat penilaian atau pertimbangan yang lebih adil, rasional dan jitu, mempunyai tanggungjawab kendiri yang lebih tinggi dan membolehkan potensi individu seseorang itu berkembang dengan optimum. Sekali lagi, perkara ini merupakan satu usaha padu yang mencabar, yang memerlukan koordinasi semua pihak dan semua peringkat yang koheren dan realistik. Kualiti pemimpin dan guru menjadi penentu kejayaan yang penting. Juga, semua sekolah mempunyai unsur-unsur yang berlainan yang kadang-kadang menyebabkan kaedah acuan ala kilang tidak terlaksana. Tahap ‘autonomi’ yang berpatutan diberi kepada sekolah akan mempengaruhi usaha untuk menyemaikan budaya pemikiran kreatif, kritis dan inovatif di kalangan murid melalui program mengikut acuan tersendiri.Saling kesefahaman tentang hakikat ini dan pengupayaan yang dibenarkan di sekolah akan memudahkan poses ‘belajar untuk menjadi’. Perkara ini perlu ditegaskan kerana kejayaan ‘belajar untuk menjadi’ amat dipengaruhi oleh suasana yang kondusif yang memberi ruang dan peluang untuk pekembangan individulistik dan tanpa melalui ‘centralised mass command’ yang terlalu kerap.


Akhir sekali, yang paling mencabar ialah bagaimana merealisasikan segala yang dinyatakan di atas supaya ilmu pengetahuan diterjemahkan kepada amalan, amalan dijadikan budaya, budaya membawa kejayaan, seruan menjadi realiti. Apa yang kurang daripada itu ialah retorik sahaja.