Tuesday, July 6, 2010

Lagi Sakit

Kesian budak ini. Tapak kaki kiri budak ini bermasalah. Selama ini, semua orang tahu kaki kiri budak ini memang sakit. Semua orang akui sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan kesakitan itu. Tetapi janganlah terus potong kaki macam itu. Artikel ini sangat pendek. Ayat pun pendek. Sesuai untuk orang yang tiada masa membaca dan berfikir lama-lama. Mereka nak 'penyelesaian' segera. Minta maaf......tiada kaki lagi sakit.

2 comments:

Anonymous said...

Penulisan cikgu mungkin pendek, tapi dalam maksudnya. Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah yang mempunyai impak yang hebat kepada seseorang (dalam penulisan cikgu, hal ini merujuk kepada kaki kiri budak tersebut)banyak perkara yang perlu diambil kira. Perkara-perkara ini mungkin perlu dikaji secara ilmiah malah pendapat orang biasa (laymen opinion)juga wajar diberikan perhatian yang serius. Kadangkala, pendapat mereka lebih difahami daripada pendapat yang terlalu akademik. Jangan kerana terlalu ghairah untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita terlepas pandang masalah yang lebih besar yang mungkin dihadapi pada masa akan datang.

Terima kasih.

Thinking Allowed said...

Komen yang baik! Saya sangat setuju. Nampaknya ada orang faham saya.