Sunday, October 24, 2010

1_Sahaja

Setiap kali saya menyemak folder-folder saya dalam laptop saya, pemikiran yang tidak dapat dielakkan pasti muncul. Sejak dahulu lagi saya telah menggunakan nama 1_XXXXX untuk beberapa folder saya. Sebagai contoh, 1_JPNJ, 1_PPD Klg dan  1_SJM. Saya suka bayangkan ada orang akan menanya soalan-soalan seperti:
  • Apa maksud konsep-konsep itu?
  • Mengapa begitu berani mencipta begitu banyak konsep? Pada halnya satu konsep pun sudah mencukupi untuk menerangkan banyak perkara dan bukan mudah difahami pun.
  • Kalau 1_SJM (nama sekolah saya), boleh difahami. Tetapi siapakah saya untuk menciptakan konsep 1_PPD dan 1_JPNJ?
  • ........................
Walau bagaimana pun, saya tidak bimbang. Saya bila-bila bersedia untuk menjawab. Sistem penamaan yang saya gunakan senang difahami, senang diamalkan, senang dibudayakan, jelas dinampak kebaikannya, mempunyai korelasi yang tinggi dengan realiti yang membawa kepada kemajuan, sekurang-kurangnya dalam konteks mencari fail-fail yang penting yang disimpan dalam komputer saya.

Setakat ini, saya percaya pembaca pun sudah tahu penerangan yang akan saya berikan sekejap lagi (kecuali yang buta komputer-harap ada istilah ini. Akan tetapi yang buta komputer tidak akan melayari blog saya. Mungkin boleh juga dengan bantuan anak yang mencari dan mencetak untuk dibaca. Kalau begitu, nasihat saya, jangan bazir kertas kerana artikel ini tidak cukup kualiti untuk membazirkan kertas yang semakin mahal. Kalau terlayar, terjumpa, terbaca,...ok.)

Jawapan saya tentang 1_XXXXX untuk beberapa folder saya seperti 1_JPNJ, 1_PPD Klg dan  1_SJM ialah semua ini bukanlah konsep besar-besar. Hanya nama folder sahaja. Saya namakan sebegini supaya apabila saya sort folder saya mengikut nama, folder-folder ini akan disusun di atas, mudah untuk saya mencari fail-fail penting yang berkaitan dengan profesion sahaja. Bukankah saya sudah menyatakan bahawa sistem penamaan ini senang difahami, senang diamalkan, senang dibudayakan, jelas dinampak kebaikannya, mempunyai korelasi yang tinggi dengan realiti yang membawa kepada kemajuan?

Saya tahu ramai kaki komputer pun menggunakan sistem yang serupa. Oleh itu, jangan marah kalau rasa macam saya mengajar ikan untuk berenang. Saja mencetuskan pemikiran untuk perkara yang 'simple' pada hunjung minggu. Lagi pun sudah agak lama tidak upload artikel dalam blog ini.

Selamat membaca dan salam 1Malaysia.

3 comments:

Rujhan said...

Tindakan yang baik untuk pengurusan kerja dalam zaman serba pantas ini. Terima kasih dari saya personally, dan bagi pihak public yg banyak mendapat manfaat dari pemikiran tuan. Saya sedang memikirkan apa formula terbaik untuk jadi manusia cemerlang dari segi profesion perguruan. harap dapat bantu. tq.

Thinking Allowed said...

Terima kasih atas komen. Bagi saya untuk cemerlang dalam mana-mana profesion termasuk perguruan, seseorang perlu benar-benar buat apa yang sepatutnya dibuat mengikut tuntutan profesion dan bukan nampaknya ada buat tetapi sebenarnya tidak buat secara bersungguh-sungguh. Perlu sentiasa mencari ilmu yang baru. Sepatutnya, semakin senior, semakin tinggi jawatan, semakin tambah ilmu dan kemahiran bukan sebaliknya. Perlu sentiasa membuat refleksi tentang apa yang telah buat dengan pegangan kepada prinsip hari ini mesti lebih daripada semalam dan hari esok mesti lebih baik daripada hari ini.

Rujhan said...

Komen Mr. Yew sangat baik, sangat membantu. Let us make today a little bit better than yesterday. Will be more meaningful. We will put forth a little more effort into our work. Today we will accomplish just a little more. thank you.