Sunday, September 13, 2009
Faktor-faktor 'Lain' Untuk Menjayakan Perubahan 2
Kita membuat anggapan tiada pemimpin sekolah yang mengamalkan kaedah 'asal ada buat' sahaja (lebih baik daripada langsung tidak buat), yang pasti tidak akan menghasilkan 'outcome' yang dihasratkan. Kita menganggapkan semua pihak di sekolah ingin mencapai 'outcome' yang dihasratkan. Dengan ini, kita lebih bersedia untuk kembali ke soalan mengapa terdapat banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan dengan cara yang sepatutnya, untuk menghasilkan 'outcome' yang sepatutnya.
Cuba kita rujuk kepada 'The Law of the Few' yang dikemukakan oleh Malcom Gladwell dalam usaha memperkenalkan sesuatu perkara yang baru di sekolah. Kita sendiri atau salah seorang ahli sekolah kita telah menghadiri kursus atau taklimat tentang sesuatu perkara baru yang perlu dilaksanakan di sekolah. Adalah amat penting kita memikir dan merangkakan strategi untuk memperkenalkan perkara itu dengan cara yang paling berkesan. Sebelum sesuatu perkara, khasnya yang baru, dapat diterima, dipopularkan, dibudayakan oleh majoriti anggota di sekolah, proses komunikasi yang efektif amat diperlukan. Setakat mengumpulkan semua anggota dalam satu majlis taklimat, walaupun dengan bekalan bahan-bahan yang mencukupi (tidak lupa dengan makan-minum yang mencukupi), tidak menjamin perkara itu berjaya dilaksanakan dengan licin. Kita sering mengambil 'short-cut' dengan menerangkan instrumen pemantauan dan penyemakan dengan harapan tekanan itu dapat menggerakkan semua untuk melaksanakan perkara itu. Kita jarang membincangkan 'the missing link' di antara pengenalan dan penyemakan hasil, yang sebenarnya menjadikan faktor yang utama kejayaan. (Di sini juga, kita tepikan orang-orang yang tetap tidak akan buat pun walau pun pistol ditujukan pada kepala mereka. Manusia jenis ini sudah hampir tak wujud lagi. Seorang dua jika ada, mungkin telah dihantar ke zoo kalau bukan ke 'pool'.)
Jangan lupa, dalam prinsip 80/20, 80 peratus usaha akan terjatuh pada bahu 20% orang. (Perlu ditegaskan di sini, 20% ini hanya merupakan satu anggaran yang mewakili minoriti.) Dan, 20% inilah yang menjadi connectors, mavens dan salesmen kita di sekolah. Inilah 20% orang yang akan membantu menjayakan sesuatu pembaharuan di sekolah. Inilah orang yang diperlu diberi pendedahan awalan, dilatih dan dibimbing untuk 'menjangkit' orang-orang yang lain sehingga menjadi sesuatu 'wabak'. Di kalangan 20% itu bukan setiap orang itu boleh menjadi connectors, mavens dan salesmen secara serentak walaupun terdapat individu-individu yang mempunyai bakat yang merangkumi kesemuanya. Walau bagaimana pun dalam kumpulan ini, terdapat perwakilan daripada ketiga-tiga jenis orang itu. Di sini, kumpulan connectors, dengan ciri peribadi yang dapat membina jaringan sosial yang luas, dapat merebak isu-isu dengan cepat melalui jaringan sosial yang melibatkan ramai anggota di sekolah. Sifat kemesraan dan bertenaga serta keinginan mengetahui sesuatu dan mengongsi maklumat membolehkan connectors menyebarkan berita dengan cepat dan luas. Mereka mungkin secara sendirinya tahu secara luas tetapi tidak mendalami perkara yang berkaitan itu. Kumpulan mavens yang menjadi pakar rujuk yang dapat berkomunikasi dengan lebih detail dengan penjelasan yang lebih mendalam. Mavens suka membantu orang seolah-olahnya masalah orang lain ialah masalah diri mereka. Merekalah orang yang boleh dipercayai untuk memberi penerangan lanjutan, aspek-aspek teknik, strategi yang berkaitan, cara pelaksanaan, bantu mencari jalan, bersama menyelesaikan masalah yang dibawa oleh pembaharuan yang diperkenalkan. Salesmen pula merupakan mereka yang mempunyai kuasa mempengaruhi orang untuk menerima sesuatu idea. Mereka mempunyai karisma untuk menyakinkan orang lain bahawa sesuatu pembaharuan itu dapat mendatangkan banyak faedah walaupun terdapat sedikit cabaran dan kerumitan yang dihadapi pada permulaannya. Mereka dapat membantu memenangi lebih ramai penyokong melalui kuasa pengaruh dan bukan kuasa paksaan.
Sekali lagi, ini bermaksud, seperti dicadangkan oleh 'The Law of the Few', kejayaan sesuatu epidemik sosial (sekolah boleh dianggapkan sebagai satu setting sosial) amat bergantung kepada individu-individu yang mempunyai bakat sosial khas yang boleh dikategorikan sebagai connectors, mavens dan salesmen. Soalan di sini ialah adakah connectors, mavens dan salesmen sedia wujud di sekolah? Atau, barangkali sekolah tidak berjaya melaksanakan sesuatu pembaharuan kerana tidak mempunyai connectors, mavens dan salesmen. Bagi saya, ini tidak mungkin berlaku. Yang lebih mungkin ialah, kita tidak mengenalpastikan mereka. Lagipun, pada sesuatu tahap kejayaan yang terhad (senang kata tidak 100% berjaya), connectors, mavens dan salesmen boleh dihasilkan melalui latihan. Oleh yang demikian, pada masa-masa akan datang, sebelum sesuatu pembaharuan dibuat, pastikan kita mengenalpastikan connectors, mavens dan salesmen kita, dan, kita akan memilih hala tuju yang betul ke arah kejayaan. Adakah ini bermaksud : pasti berjaya? Belum lagi. Jagan lupa faktor lekat (The Stickiness Factor). Setakat ini sahaja. Terima kasih dan komen-komen digalakkan.
That's nice
Before readers get angry with me for posting this 'of no value to others' article, I would like to take this opportunity to say that quality family time is very precious and everyone of us, no matter how busy we are, must find time to be with our family members, in a not too serious or business-like setting. And, such get together need not necessary be at home, in fact it will be much more refreshing else where. You may wonder why I am not writing on something more solid like those earlier postings, I can only say that my head is empty as it is 12:50 am now. Good night zzzzzzzzz.
Thursday, September 10, 2009
Faktor-faktor 'Lain' Untuk Menjayakan Perubahan
Katakan kita ingin melakukan sesuatu perubahan, sama ada kepada sesuatu dasar atau amalan, di mana pengikut kita perlu belajar ilmu dan cara yang baru dan membuat pengubahsuaian dalam kaedah yang lama. Pengikut kita perlu mengubah 'mindset' mereka untuk menghijrah dari amalan lama ke amalan baru. Soalnya ialah setakat mana kita berjaya menggerakkan mereka untuk menerima dan menggunakan kaedah baru dengan berkesan? Adakah setakat memberi kursus pendedahan dan menganggapkan bahawa segala-gala yang lain akan berikut secara automatik? Bolehkah kita yakin bahawa perubahan akan pasti berjaya jika semua pengikut kita telah dilatih?
Di sini saya ingin mencadangkan buku 'The Tipping Point - How Little Things Can Make a Big Difference' oleh Malcom Gladwell sebagai rujukan yang baik untuk melihat bagaimana sesuatu perkara atau perubahan boleh berjaya. Di sini kita menganggap sesuatu perkara atau perubahan sebagai sesuatu idea. Mengikut Gladwell, sesuatu idea itu sekiranya dapat melepasi sesuatu titik kritikal (threshold) di mana 'critical mass' dicapai, satu lonjakan yang besar akan dihasilkan. Sebatang mancis dalam keadaan normal mengandungi sebatang kayu dengan sedikit bahan kimia pada satu hujungnya (kepala mancis). Tetapi, jika mancis itu digosok dengan daya yang mencukupi, di atas sesuatu permukaan yang disalut dengan sejenis bahan kimia yang khas (di sisi kotak mancis), satu perubahan yang drastik akan berlaku dan kepala mancis itu 'meletup' dan berapi. Kepala mancis itu mengalami sesuatu perubahan yang drastik apabila syarat-syarat (bahan kimia dan geseran yang mencukupi) dicapai--mancis itu melepasi titik kritikal. Begitu juga, sesuatu idea akan diterima ramai dan berjaya diterjemahkan kepada realiti jika 'critical mass' dapat dicapai. Gladwell juga menegaskan bahawa sesuatu idea boleh merebak seperti virus dalam epidemik, sekiranya masa, suasana dan konteks yang sesuai dikenakan.
Faktor manusia amat penting dalam penyebaran dan penerimaan sesuatu idea. Mengikut 'The law of the few', Malcom Gladwell menerangkan bahawa sesuatu trend dijanakan, biasanya, oleh sekumpulan kecil orang sahaja. Orang-orang inilah yang 'merebak' dan 'menjangkit' ramai orang lain dengan sesuatu idea hingga menjana suatu trend. Berkenaan dengan kebolehan sesuatu idea, mesej atau produk untuk melekat pada minda orang ramai, faktor-faktor 'stickiness' perlu diterlitikan. Ini merangkumi faktor seperti idea itu senang diingati dan dikenangi, pratikal, ada unsur personal dan inovatif. Satu lagi aspek yang digelari sebagai 'The power of context', sesuatu idea itu lebih mudah dilekat atau diterima jika penyebarannya adalah pada masa dan tempat yang betul.
Berfokus kepada faktor manusia, tiga jenis orang menjadi penyumbang utama kepada penghasilan tipping point. Connectors merupakan orang-orang yang mempunyai jaringan sosial yang besar. Mereka dapat merebak sesuatu idea dengan luas melalui hubungan mereka dengan orang lain. Mavens merupakan orang-orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran yang tinggi dan sudi mengongsi ilmu mereka dengan orang lain. Jenis ketiga ialah salesmen. Salesmen merupakan orang-orang yang mempunyai kemahiran tinggi mempengaruhi orang lain. Mereka mempunyai karisma untuk menarik pengikut.
Saya harap dapat membincang lebih lanjut lagi dan jika minda saya mengizinkan, dalam konteks kepimpinan di peringkat sekolah, pada masa akan datang.
Saturday, September 5, 2009
Kursus Kepemimpinan Transformasional 3
Buku 'Humor Dalam Pengajaran' oleh Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz dan Abdul Rashid Mohamed, menerangkan bahawa di Britain, humor digunakan di kalangan anggota polis bagi menghilangkan ketegangan ketika menjalankan tugas. Juga, di Amerika Syarikat dan Eropah, korporat-korporat dapat meningkatkan produktiviti pekerja jika mereka dibenarkan berjenaka dan ketawa semasa kerja. Buku itu menyarankan penggunaan humor dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah untuk meningkatkan minat murid-murid dalam pelajaran mereka. Dan, ini dapat diterjemahkan kepada peningkatan prestasi akademik murid-murid. Kembali ke pemimpin sekolah, adakah anda bersetuju bahawa humor dapat membantu seorang memimpin sekolah? Soalan ini amat menarik dan patut dibahaskan dalam pletfom yang sesuai. Secara peribadi, saya amat percaya humor berkait rapat dengan kreativiti dan tenaga positif (minda).
Walau bagaimana pun, semasa kursus Kepemimpinan Transformasional, unsur humor memang wujud, tidak secara terancang, tetapi secara sambilan dan spontan, khasnya semasa peserta-peserta menjalankan bengkel dan 'gallery walk'. Banyak suara ketawa didengar. Bukankah kaedah ini lebih seronok dan berkesan? Bolehkah perkara seperti ini berlaku di sekolah?
Ketidakpastian
Kursus Kepemimpinan Transformasional 2
Idealised influence (mengunggulkan pengaruh) : Seorang pemimpin transformasional mempunyai standard etika dan moral yang tinggi, sudi berkongsi risiko secara bersama, mengutamakan kepentingan umum daripada diri sendiri dan menggunakan kuasa untuk menggerakkan individu atau kumpulan ke arah mencapai misi visi, bukan untuk keuntungan diri. Kursus Kepemimpinan Transformasional

Jabatan Pelajaran Johor telah mula menjalankan kursus Kepemimpinan Transformasional sejak bulan Jun tahun ini. Tn Hj Sufa'at Bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor, mencetus idea kursus ini dengan hasrat untuk meningkatkan kepimpinan pemimpin pendidikan di sekolah melalui pendekatan latihan yang dirancang dengan rapi. Setakat ini, dua kohort pengetua negeri Johor telah menghadiri kursus selama 5 hari ini. Melalui latihan ini, Jabatan Pelajaran Johor berhasrat untuk melatih para pemimpin sekolah sebagai keseinambungan kepada Kepemimpinan Instruksional yang telah dilaksanakan sejak tahun 2005. Modul latihan Kepemimpinan Transformasional dibahagi kepada lima elemen, iaitu: Mengurus Perubahan; Menyelesai Masalah; Membuat Keputusan; Kreativiti dan Inovasi; Mengurus Penambahbaikan Sekolah.Kaedah pelaksanaan kursus ini adalah berlainan daripada kursus Kepemimpinan Instruksional dari aspek penglibatan peserta. Dalam kursus Kepemimpinan Transformasional peserta-peserta berpeluang mengongsi pengalaman diri melalui perbengkelan dan pembentangan, 'gallery walk' dan sumbangsaran. Melalui sesi ilmu dan penglibatan aktif, diharapkan para peserta yang merupakan pemimpin sekolah dapat mencapai matlamat utama Kepemimpinan Transformasional iaitu untuk membuat transformasi pendidikan yang signifikan di sekolah yang akan memberi impak yang besar dan positif terhadap kecemerlangan pendidikan di Negeri Johor sejajar dengan tagline JPNJ- One Step Ahead.
Monday, August 31, 2009
Merdeka, 'I Am A Global Citizen'
Pertandingan itu dibuka kepada murid-murid semua tingkatan dan selain daripada tajuk, tiada panduan yang lain diberi. Tujuannya ialah untuk mengetahui apa interpretasi murid-murid terhadap tajuk itu. Walau pun hasil karya murid-murid bukan terlalu luar dari jangkaan, namun ada aspek-aspek yang dihasilkan oleh pemuda-pemudi yang terlibat dapat memberi perspektif baru kepada pemikiran orang-orang dewasa. Mereka ada pemikiran tersendiri, mereka mempunyai gaya pemikiran yang pasti berlainan dengan orang-orang dewasa semasa mereka muda. Mereka sebagai pemuda-pemudi zaman moden sudah pasti lebih 'multi-task' berbanding dengan pemuda-pemudi zaman dahulu (bukan 100 tahun tetapi 20 tahun dahulu). Begitu juga, ekspektasi mereka adalah berlainan. Begitu juga, sedihnya, mereka lebih keliru dengan berita-berita yang mereka baca atau dengan sama ada dari media biasa atau media alternatif melalui Internet atau sumber-sumber elektronik yang lain.Sering kali, kita sebagai orang dewasa, pemimpin atau yang lebih 'matang' atau 'pengalaman' menganggap bahawa keputusan yang kita buat adalah yang lebih-baik daripada mereka yang masih muda. Jika kita suka nasihatkan bahawa kita makan garam lebih daripada kanak-kanak yang makan nasi, zaman 'Global Citizenship' ini harus mendesak kita mengubah diri kita dengan realiti dan pemikiran yang baru.
Pada tahun1968, seorang remaja, anak kepada seorang peguam yang terkenal, kurang minat dengan pelajaran di sekolah. Oleh kerana sering berasa bosan di sekolah biasa, ibubapa remaja itu memindahkan dia ke sebuah sekolah swasta. Keadaan budak itu tidak berubah. Tambahan lagi, terdapat 'gangguan' yang baru--Remaja itu mula tertaggih kepada komputer (pada ketika itu, komputer peribadi adalah satu ciptaan yang baru dan kemampuannya jauh kurang dari komputer sekarang). Bilik komputer telah menjadi segala-segalanya kepada remaja itu. Bersama dengan beberapa orang rakan-rakan sebaya, mereka meneroka potensi komputer dan menulis pelbgai kod arahan untuk komputer. Nasib baik, ibubapa tidak menghalang hobi yang baru. Bapanya tidak memaksa anak untuk belajar seperti diri semasa belajar untuk menjadi peguam. Ibunya tidak menyatakan bahawa perbuatan remaja itu adalah salah kerana kebanyakan remaja yang lain tidak buat demikian. Remaja itu, dan rakan-rakan sebaya mencapai 'kemerdekaan' untuk mencari ilmu dan kemahiran yang baru.
Kita seharusnya berterima kasih dan berhutang budi kepada pasangan ibubapa yang tidak menganggap diri mereka lebih 'matang' atau 'pengalaman', atau memakan garam lebih daripada remaja itu memakan nasi, kerana kemerdekaan kumpulan budak-budak inilah antara faktor utama kita semua sebagai 'Global Citizen. Remaja itu bernama Bill Gates. Salah seorang rakannya ialah Paul Allen.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Sunday, August 23, 2009
Ijazah Untuk Semua
Pagi ini, semasa membaca berita tersebut, tiba-tiba saya memperoleh inspirasi untuk menulis sedikit berkenaan mempelbagaikan aspek pendidikan di universiti yang amat perlu untuk tujuan-tujuan spesifik dalam pembangunan negara. Harap pembaca terhibur di samping merenung tentang mesej yang ingin saya sampaikan. Harap juga tiada pembaca yang naik marah - pemikiran yang terlampau tersekat, terkongkong atau terbatas (sama erti sahaja?) tidak dapat menyemaikan biji benih kreativiti. Bukankah Kreativiti, Inovasi dan Daya Saingan menjadi fokus sekarang?
Dalam zaman yang moden ini, jenis kursus yang ditawarkan oleh universiti tidak patut dihadkan kepada kurikulum yang tradisi dan terhad. Barangkali keadaan sekarang di mana jenis opsyen yang ditawarkan oleh universiti tidak mencukupi, ramai graduan baru atau dipanggil NMG(newly minted graduates) oleh Tan Sri Dr Lin See-Yan tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar. (Untuk maklumat lanjutan, sila baca The Star, 22 Ogos : 'Najib's New Way Forward' oleh Tan Sri Dr Lin See-Yan.)
Apakah NMG perlu untuk meningkatkan kebolehpasaran (marketability) mereka? Atau, apakah jenis latihan tambahan yang ORG (old rusty graduates) perlu untuk meningkatkan keberkesanan kerja mereka? Bukankah kepentingan 'outcome' lebih daripada 'output' satu seruan yang membangunkan ramai untuk berubah? Berikut merupakan beberapa cadangan yang ditulis berasaskan prinsip 'Thinking Allowed'. Sekali lagi, jangan marah.
Kita boleh andaikan beberapa universiti baru diwujudkan untuk menampungi keperluan ramai yang kini tiada pilihan lain selain daripada membeli ijazah melalui Internet. Semoga institusi-institusi pengajian tinggi ini boleh memberi latihan yang sebenar berbanding dengan ijazah-ijazah palsu. Berikut ialah universiti-universiti yang dicadangkan:
- Konsortium Universiti Teknologi Unggu (KUTU) - Merupakan gabungan banyak cawangan, dihampir setiap bandar, besar atau kecil, yang menawarkan ijazah kepada mereka yang bekerja sebagai pensolek atau penggunting rambut. Antara opsyen wajib ialah latihan amali amalan kesihatan rambut dan pencegahkan tumbuhan organisma-organisma halus di rambut.
- Perbadanan Universiti Teknologi Untuk Semua (PUTUS) - Satu peluang yang baik bagi mereka yang sangat minat untuk meneruskan pendidikan lanjutan tetapi atas sesuatu sebab tertentu tidak dapat menyambung pelajaran mereka selepas peringkat sekolah menengah.
- Universiti Rakyat Urus Tegang (URUT) - Satu universiti moden yang menawarkan pelbagai jenis latihan fisikal bertradisional untuk mengurangkan ketegangan kehidupan zaman moden dan meningkatkan kemahiran pekerja sejenis perniagaan ya
ng semakin popular di bandar-bandar besar. - Tahan Institut Keberanian Untuk Semua (TIKUS) - Satu institut bertaraf universiti yang melatih ketahanan, keberanian dan ketabahan fisikal yang terletak di puncak Gunung Tahan. Institut ini menawarkan kursus jangka pendek untuk ORG yang berpangkat pengurus dan ke atas.
- Universiti Sahsiah Insan Keunggulan (USIK) - Satu institut pengajian tinggi yang berkonsepkan 'Back to Basics' dan 'Back to Nature' di mana kurikulum memusatkan kepada peningkatan nilai-nilai moral dan keagamaan berasaskan ajaran-ajaran asal tokoh-tokoh agama dan moral zaman dahulu untuk menjamin masyarakat yang lebih bersih.
Akhir sekali, satu usaha dengan kolaborasi antarabangsa untuk mewujudkan satu saluran teknikal yang cepat di mana seorang murid berumur 15 tahun boleh melalui institut teknik, politeknik dan kemudian memperoleh ijazah universiti dalam lima tahun. Saluran ini dikenali sebagai Technical Institut, Polytechnic, Unversiti. Cuba teka : Apakah nama singkatan untuk saluran ini? Sekali lagi, jangan marah tetapi beri komen. Terima kasih.
Tuesday, August 4, 2009
'Idea Market' -- Penggunaan Barangan Buangan

Alat bantu mengajar (ABM) sains tidak semestinya mahal dan susah untuk diperoleh. Dengan sedikit kreativiti, anda boleh membina bermacam-macam alat bantu mengajar dengan barang-barang buangan. Rajah di atas menunjukkan sebuah model berfungsi penyembur racun yang dibuat dengan menggunakan sebuah botol syampu. Percaya saya, apabila Pn Sia Peng Yee (yang membuat model itu) melakukan demonstrasi, ramai peserta kursus sudi disembur kerana ingin mendekati alatan tersebut. Bayangkanlah, peserta-peserta seminar yang kesemuanya terdiri daripada guru fizik, yang memang telah biasa dengan teori dan prinsip yang ditunjukkan (prinsip Bernoulli), masih begitu berminat dan tertarik oleh sesi demonstrasi itu bagaimanakah tentang murid-murid yang baru didedahkan kepada prinsip tersebut?Beberapa soalan untuk refleksi :
1. Sudikah guru-guru menambahkan sedikit usaha untuk menghasilkan ABM? (Mengapa susah-susah? Gaji tetap sama.)
2. Adakah usaha dari unit-unit profesional seperti Jawatankuasa Kurikulum, Majlis Guru Cemerlang, Panitia dan lain-lain mencukupi untuk membudayakan amalan pengajaran dan pembelajaran secara kreatif? (Mengapa susah sangat? Bukankah senang kalau buat 'bawa-cantum-cetak' modul sahaja?)
3. Adakah insentif untuk mengajar secara kreatif jelas dan mencukup? (Pernah diingatkan : Tak perlu eksperimen, latih tubi, hafal jawapan, ... asal sukatan habis pada bulan Julai...itulah cara yang baik.)
4. Adakah usaha ke arah ini sentiasa ditemui dengan daya-daya tentangan yang boleh melemahkan semangat? (Saya masih ingat setelah memenangi Anugerah Toray kerana mencipta sejenis catur untuk belajar tajuk keradioaktifan, dicalonkan untuk menerima Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri---Tidak berjaya kerana terlalu jujur menjawab soalan : Berapakah peratus peningkatan dalam SPM setelah menggunakan catur ini? Jawapan jujur : Keradioaktifan hanya sebahagian kecil dalam peperiksaan SPM, perbezaan keputusan tidak cukup signifikan untuk dikesan--tak dapat anugerah. Jawapan tak jujur : Selepas menggunakan catur ini, keputusan meningkat begitu banyak, ... dengan sokongan carta bar yang berwarna-warni, brosur yang cantik dan kulit yang tebal (bukan kulit brosur tetapi muka)---peluang yang baik menerima anugerah.)
Jawapan kepada soalan-soalan di atas mungkin ya, mungkin tidak--bergantung kepada individu. Mesejnya jelas dan penting. Jenis kaedah yang kita gunakan untuk mengajar anak-anak pada hari ini akan menentukan jenis rakyat yang kita mempunyai pada masa depan. Saya secara peribadinya, kurang selesa melihat murid-murid menyalin kerja-kerja kursus dari 'senior' atau kawan atau secara terbimbing 100% kerana kalau amalan ini menjadi sesuatu yang lazim, bukankah murid-murid kita diberi mesej yang salah bahawa menyalin itu sesuatu perkara yang biasa sehingga mereka ditegur oleh pensyarah pada peringkat pengajian tinggi (kalau ditegur)? Namun demikian mampukah mereka melakukan semua tugasan sendiri dalam realiti kekangan masa, fisikal (kerja lapangan, temuduga,....), asas bahasa, kematangan dan kemahiran kaedah penyelidikan. Nampaknya saya telah lari dari tajuk utama saya---'Idea Market'. Saya akan bincangkan isu ini pada masa lain.
Balik ke 'Idea Market', saya berharap lebih ramai pendidik dapat kembali ke asas (back to basics) untuk melihat apa itu sebenarnya pendidikan, amalan teori-teori Piaget, Pavlov, Skinner, pelbagai kecerdasan, taksonomi Bloom, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme dalam konteks amalan yang memanfaatkan murid-murid dan menjadikan pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan. Akhir sekali, tak kira apa teori atau pinsip, yang menceriakan murid-murid, yang memudahkan pembelajaran, yang mewujudkan suasana harmoni dan kondusif untuk pembelajaran adalah kaedah yang baik. 'Idea Market' tidak semestinya dalam bentuk ABM. Perkataan 'Market' memberi gambaran tempat di mana macam-macam jenis barangan untuk dijual. 'Idea Market' tidak beza sangat dengan pasar awam yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran, daging, .... Pelanggan akan memilih barangan yang sesuai untuk mereka. Begitu juga sekira terdapat banyak 'Idea Market' untuk pelbagai mata pelajaran, macam-macam idea yang baik dan sesuai dapat diperoleh. Baik saya berhenti di sini sebelum dimarah kerana mengemukakan macam-macam idea atau cadangan yang 'menyusahkan' orang. Bukankah aktiviti menyediakan 'bawa-cantum-cetak' modul mencukupi untuk mengisikan takwim dan ruang laporan tahunan? Jangan marah. Hanya 'Thinking Allowed' sahaja.
Saturday, August 1, 2009
'Pit Stop' SJM
Perasmian 'Pit Stop' SJM pada 27 Jun 2009 merupakan satu peristiwa yang penting di SJM. Idea pembinaan 'Pit Stop' adalah hasil daripada hasrat sekolah untuk menyediakan satu kompleks di mana murid-murid dapat bergerak dari bilik darjah sehingga ke tempat menunggu kenderaan untuk membawa mereka balik ke rumah atau, sebaliknya, dari rumah ke bilik darjah, tanpa terkena air hujan. Oleh kerana kos pembinaan adalah besar, pihak sekolah berusaha membentukkan pemuafakatan yang erat dengan PIBG, Ahli Parlimen, Kelab Rotary Kluang dan orang-orang awam untuk menyiapkan kompleks secara berperingkat mulai dari hujung tahun 2008 sehingga ke bulan Mei 2009. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu untuk merealisasikan projek ini dan selangkah lagi menggerakkan sekolah untuk mencapai visi 'SJM Menjadi Sekolah Idaman Masyarakat Kluang Pada 2010'.
Saturday, July 25, 2009
'Idea Market' -- Mr Khoo's Hand
Tahukah apa yang dipegang oleh En Khoo Boo Khoon dalam tangan beliau? Tangan beliau! Atau, maksud saya model tangan beliau yang dibuat oleh lilin. Beliau menggunakan model ini untuk mengajar petua tangan Fleming. Berapa orang guru Fizik yang mengajar bertahun-tahun, memikirkan idea menggunakan model lilin tangan, yang sebenarnya dibuat dengan mencelupkan tangan yang sebenar ke dalam lilin yang melebur? Idea yang simple tetapi impak adalah besar. En Khoo sebenarnya menyimpan model ini di dalam sebuah kotak yang tertutup. Untuk men'dramatise'kan kesan, beliau memikat perhatian dan minat dengan menjanji sesuatu yang unik dan mengkagumkan akan dikeluarkan dari kotak itu. Peserta (murid-murid jika di sekolah) diminta mmbuat akujanji supaya tidak mengambil sebarang tindakan peguam setelah melihat bahan yang dikeluarkan dari kotak itu. Bayangkan macam-macam pemikiran yang terbentuk dalam minda peserta (atau murid-murid). Saya pun hampir tertipu. Tetapi En Khoo berjaya menarik perhatian semua kepada beliau. Satu strategi yang begitu kreatif. (Akan ceritakan contoh-contoh lain lagi......)
Tuesday, July 21, 2009
Seminar 'Idea Market'
Sememangnya aktiviti seperti ini adalah lebih susah untuk dijalankan berbanding dengan yang rutin seperti membawa dan menggabung bahan menjadi modul yang tidak pasti kesesuaian penggunaannya (kalau kita ambil kira faktor manusia--penyumbang yang sukarela dan 'paksarela'), atau, setakat gabung dan banding keputusan peperiksaan.
Amalan 'Headcount' adalah penting. TOV (take-off value) dan ETR (expected targeted result) adalah penting dan perlu sentiasa ditegaskan. Namun demikian proses p&p untuk menganjakkan markah dari TOV ke ETR perlu diberi ketegasan yang sama baru keputusan yang dihasratkan dapat dicapai. Mudah kata soal 'What' TOV ---> ETR perlu juga diikuti dengan 'How' TOV--->ETR. Sememangnya, yang kedua adalah lebih mencabar. (Oleh itu bahagian ini sentiasa disenyapkan?)
Saya tidak ada jawapan yang memuaskan untuk 'How'. Saya hanya ingin menarik perhatian supaya lebih ramai memikirkan 'How'. Bukankah menjadi fokus sekarang 'Outcome' daripada 'Output'? Biar kita berhadapan dengan masalah yang sebenar---bagaimana menarik minat pelajar untuk belajar. Ya, saya akui, ini bukan perkara yang senang. Tetapi saya hanya berharap, walau pun susah, jangan abaikan 'core-business' ini. Lain kali sebelum sesiapa menjalankan apa-apa kursus untuk guru, selain daripada perkara-perkara stereotaip, saya menyeru, masukkan sedikit komponen 'amalan p&p terbaik', walau pun sedikit---sebagai permulaan. 'Idea Market' merupakan konsep yang boleh diterokai.
Saya harap dapat meneruskan perbahasan isu ini. Saya selalu kata bahawa masalah p&p sains dan matematik bukan setakat bahasa perantaraan sahaja. Ada isu-isu lain yang sama penting, malangnya......
Foto berikut menunjukkan Pn Sia Peng Yee (Guru Cemerlang Fizik dan Pemenang Anugerah Toray) membuat demonstrasi tekanan cecair. Percaya saya, jika semua guru fizik mengajar seperti beliau, kerajaan perlu membina lebih banyak lagi makmal fizik. (Saya akan memberi contoh-contoh lain pada masa akan datang.)
Thursday, July 9, 2009
I Am Not Sure
My son asked me : "Papa, you wrote the Physics text book in BM. When they changed to the English medium, you wrote the Physics text book in English. Are you going to write again the Physics text book in BM?" This time..... I am not sure..............
My friends asked me why the sudden decision despite the earlier facts and statistics that supposed to show success in PPSMI? I am not sure......
I am looking for more reasoning and justifications to be able explain to friends, parents and relatives who usually seek my opinion and guidance concerning PPSMI. Until I have enough convincing justification, I probably will just say "I am not sure....". Very soon, I hope, I will be confident and sure enough to give a very convincing explanation to lessen their worry and fear.
Correction And Clarification 5
Issue #9
Are we doing enough to inspire and motivate our students to learn Science and Mathematics? Besides their pop idols, are they exposed to great scientists and mathematicians whose inventions and discoveries have improved the whole world?
Issue #10
Why are there few serious and professional discussions on PPSMI problems at the grass root level? Is it because
people are very careful not to create any controversy? Is it because of fear of offending others? Is it because it is safer to mind one's own business? Are we aware that this is not others' but our business?
By the way, the government has just abolished PPSMI (Wednesday, 8-7-2009) and revert to the teaching of science and mathematics back to the using mother-tongue at primary level and Bahasa Melayu for secondary level. However, the debate will not end with this decision.
Correction And Clarification 4
Issue #7
Are PPSMI teachers ready? Do they have enough training or do they need more training? Do they understand why they are paid BISP?
Is the buddy support system effective?
Issue #8
Should the leadership be well-versed in the English language? Or, it is sufficient to tell others to 'do what I say' and not necessary to 'do what I do'? Is there enough help and enc
ouragement from the management to PPSMI teachers besides the usual scrutiny and fact (or even fault) finding? Is it the case that PPSMI teachers are simply not doing enough or, it is more likely that their cries are not heard?
Correction And Clarification 3
Issue #4
Does a teacher need to prepare his own multimedia presentations for some of the PPSMI lessons or the courseware provided by the ministry is sufficient? Multimedia presentations are supposed to make learning easier and more interesting. However, why is it that many Science and Mathematics lessons fail to arouse enthusiasm among students? On top of that, the Science and Mathematics test and examination results have not been indicating sufficient understanding of the subject matter.
Issue #5
Have we been overly emphasizing form rather than substance; ceremony rather than Science?
Issue #6
Do you think it is important for PPSMI teachers to access the Internet? Are there useful materials from the Internet that can help to enhance the quality
of teaching and learning of Science and Mathematics? Should the students be given the opportunity to use the Internet? Should students be given Internet-based projects to do?
Correction And Clarification 2
Issue # 2
Don't you think that multimedia time would be better reserved for items or situations not available or possible in the laboratory like the simulation of heart beats, nuclear chain reactions and the occurrence of earthquakes rather than showing items like beakers, hammers, electric bulbs and copper wire?
Issue #3
Sometimes, during the implementation of PPSMI programmes, do we inadvertently set wrong priorities? Are we careful and critical enough to differentiate between 'cosmetic' programmes and those that have high educational values that will benefit the students more? Or, we actually
know the difference, except that, we opt for programmes that are easier for us to fill our yearly calendar?

