Saya tidak pasti berapa kerap saya dapat membincang isu yang ingin saya mulakan di sini. Walau bagaimana pun, saya akan bermula dengan penulisan ini.
Cerita tentang TOV atau 'take-off value' murid-murid di sekolah, iaitu titik tolak atau asas yang sedia ada, kita perlu juga melihat pola taburan murid-murid. Sekolah-sekolah yang berlainan akan mempunyai pola taburan murid yang berlainan. Cabaran sesebuah sekolah dalam usaha mendidik murid-murid bergantung TOV yang secara realistiknya bergantung kepada min dan varians taburan pencapaian murid-murid. Tak kurang penting juga ialah saiz enrolmen.
Untuk memudahkan perbincangan, saya mencadangkan satu kaedah secara hipotetikal. Katakanlah setiap murid yang memasuki sekolah menengah (Tingkatan 1) mempunya satu rekod pencapaian akademik (katakanlah UPSR) dalam bentuk min markah. Sebagai contoh, untuk seorang murid yang mengambil lima mata pelajaran, min markah ialah jumlah markah lima mata pelajaran itu dibahagikan dengan lima. Jika setiap murid yang mendaftarkan diri di sekolah menengah direkod markahnya dalam sebuah grid markah, satu pola yang menunjukkan taburan markah semua murid Tingkatan 1 akan dihasilkan. Rajah di sebelah menunjukkan satu contoh grid markah tersebut.
Selanjutnya, jika kita perhatikan tiga jenis sekolah dari segi pola taburan (mungkin ada lebih banyak jenis lagi tetapi saya hadkan kepada tiga yang lebih biasa). Juga, untuk memudahkan perbincangan, kita buat satu anggapan bahawa graf-graf itu bertaburan normal.
- Sekolah jenis A mempunyai murid yang bertaburan dari yang berprestasi akademik yang sangat rendah ke yang sangat tinggi. Graf taburan itu juga menunjukkan min markah yang rendah dan varians yang sangat besar. Ini bermaksud bukan sahaja TOV markah keseluruhan adalah rendah, malahan kebolehan murid-murid juga amat berbeza (tidak seragam). Luas di bawah graf yang besar juga menunjukkan enrolmen yang besar.
- Sekolah jenis B mempunyai min markah yang lebih tinggi daripada sekolah jenis A. Variansnya adalah lebih kecil daripada varians sekolah jenis A. Ini bermaksud TOV sekolah jenis B adalah lebih tinggi berbanding dengan sekolah jenis A. Varians yang lebih kecil juga bermaksud ketidakseragaman murid adalah lebih kecil.
- Sekolah jenis C sudah pasti tidak mencerminkan situasi sebenar masyarakat. Sememangnya pengambilan sekolah jenis C telah melalui proses 'social engineering' di mana pintunya hanya dibuka kepada murid-murid yang cemerlang sahaja. Keadaan ini jelas dilihat dari pola taburan dengan min yang begitu tinggi dan varians yang begitu kecil. Sekolah jenis C mempunyai murid-murid yang berprestasi akademik yang tinggi dan mempunyai keseragaman kebolehan yang tinggi. Juga, luas yang kecil menunjukkan enrolmen yang kecil.
1 comment:
Yeah, type A, B, C shouldn't be evaluated equally under the same evaluation system. They are essentially biased. Only type A has a standard normal distribution. The rest are rather power law under equal 0-100 scale.
Post a Comment