Pagi ini terbaca tentang satu penemuan baru di surat khabar The Star bertajuk 'Durian peel can help clear oil spills'. Perenggan pertama artikel itu : An oil spill at sea? No problem, just bring along some durians.
Nampaknya ada di kalangan kita yang cerdik pandai berjaya menemui satu cara yang berkesan untuk menyerap minyak yang tertumpah barangkali oleh kapal minyak di laut dengan menggunakan kulit durian. Pernah juga saya terbaca pada satu masa dahulu tentang ahli-ahli sains kita yang berjaya memperoleh bahan api daripada kelapa sawit untuk menggerakkan enjin kereta. Macam pernah dengar juga kejayaan berkenaan dengan ekstrak daripada gamat untuk pelbagai kegunaan perubatan yang canggih. Mungkin tak lama lagi akan dengar lesung yang dibuat daripada intan yang sangat berkesan untuk menghaluskan sambal belacan kerana ciri kekerasan intan itu. Saya memang sangat berminat dengan segala kejayaan ini dan mungkin akan membeli hasil rekacipta tersebut. Dengan satu syarat: Saya tidak akan mampu mengisi tangki minyak kereta saya dengan minyak hasilan kelapa sawit kalau harganya ialah RM100 se liter.
Saya pasti lesung intan kalau betul-betul ada di pasaran dan mampu dibeli, pun perlu disimpan dengan selamat dan juga dibeli insuran nuntuk melindunginya dari kecurian dan sebarang malapetaka (kalau diterima oleh syarikat insurans). Walau apa pun sebarang usaha ke arah kemajuan sains dan teknologi adalah baik dan harus digalakkan. Cuma jangan berhenti di situ saha dan menjadi terlampau sibuk atau terperangkap dengan kemasyuran awalan sehingga terganggu usaha lanjutan untuk memikirkan tentang 'economy of scale', satu aspek yang penting juga dalam pemasaran sesuatu produk. Jangan marah. Saya tak kata tak bagus. Saya hanya kata jangan berhenti di situ sahaja. Jangan berhenti sebaik sahaja tesis diterima dan ijazah dianugerahkan.
No comments:
Post a Comment