Sunday, May 15, 2011
Akademi(k) Fantasia
Pagi ini saya terbaca dalam surat khabar Sunday Star (F28, 15 Mei 2011) tentang anugerah pendidikan untuk memberi motivasi kepada para guru dan meningkatkan keputusan murid-murid di sekolah. Saya bukan nak ulas tentang artikel ini atau membincang tentang detail skema ini. Saya cuma tertarik oleh kenyataan seorang guru besar yang menerima anugerah bersama sekolah dan guru-guru beliau. Beliau menyatakan bahawa kita sangat gemar memberi anugerah kepada pemenang-pemenang program realiti seperti Akademi Fantasia di mana juara-juara membawa balik beribu-ribu ringgit tetapi kurang sudi menghadiahkan guru-guru. Saya serah kepada pembaca untuk menilai sendiri sama ada setuju atau tidak tentang kenyataan tersebut. Saya berharap perbandingan antara seorang guru dan seorang peserta Akademi Fantasia berhenti di situ sahaja sebab saya pasti semua peserta Akademi Fantasia dibekalkan dengan band muzik dan mikrofon yang sama. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana hakim dapat membuat keputusan dengan adil dan jitu jika peserta-peserta Akademi Fantasia masing-masing dibekalkan dengan mikrofon dan band muzik yang berlainan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment