Inilah musim semua sibuk kejar-mengejar membuat macam-macam program untuk meningkatkan prestasi akademik menjelang PMR dan SPM. Pelbagai program kecemerlangan akademik dirancang dan dilaksanakan. Usaha seperti ini adalah baik kerana murid-murid sentiasa perlu diingatkan dan digiatkan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Namun demikian untuk jangka yang lebih panjang, usaha tidak boleh ditumpukan hanya kepada tingkatan 3 dan 5 sahaja kerana status atau prestasi mereka amat bergantung kepada asas yang dibina pada tahun-tahun yang sebelumnya.
Sebagai contoh, kita tidak boleh mengharapkan murid-murid Tingkatan 5 untuk berminat atau menguasai mata pelajaran Fizik dengan tiba-tiba, walau apa pun jenis program atau motivasi diaturkan untuk mereka, jika selama setahun setengah mereka tidak mahir dalam mata pelajaran tersebut. Tetapi jangan salah faham, usaha 'saat-saat akhir' ini masih membantu walau pun tidak sebanyak seperti diharapkan--dan sememangnya usaha seperti adalah jauh lebih baik daripada tiada usaha langsung.
Saya ingin mengongsi satu cadangan untuk meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran Fizik berasaskan bahan saya bernama 'CASKAN' yang saya gunakan untuk melatih guru-guru Fizik beberapa tahun dahulu. Walaupun penerangan di sini adalah ringkas, saya berharap rakan-rakan guru dapat dicaskan sama ada untuk membahas, membincang atau lebih lagi menggunakan cadangan ini semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran Fizik (dan mana-mana sains secara amnya). Sila layari laman yang berikut untuk bahan berkenaan 'CASKAN'.
http://johorephysics.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment