Sunday, July 13, 2008

Cabaran Julai

Ini blog pertama saya dalam bulan Julai. Terlampau sibuk dengan tugasan PTK. Lapan hari di Kuala Lumpur International Hotel, penuh dengan cabaran tetapi juga penuh kenangi manis. Pada hari kemuncak (12/7/08) kami semua menjadi calon yang baik yang mematuhi arahan ketua pengawas dengan sepenuhnya. Tetapi, kami fobia apabila ketua pengawas mengucap terima kasih dan kata "harap jumpa lagi". Beliau pun cepat menyambung dengan "di PTK pada tahap yang lebih tinggi lagi."
Dalam tempoh lapan hari, kami dapat selain ilmu, rakan-rakan baru. Kami meraikan hari jadi dua orang rakan-rakan dan saling bantu menbantu dalam pelbagai tugasan seperti 'public speaking', pembentangan tugasan individu dan berkumpulan.
Sekarang kami tunggu keputusan....I, II....harap jangan.....III boleh tahan....IV tahniah tetapi...cubit diri, pasti bukan mimpi!

2 comments:

Anonymous said...

Yew,
Sungguh gembiranya melihat gambar "yours truly" dalam blog anda. Sepertimana yang ramai peserta kata ... PTK ini memang ertinya Penyeksaan Tidak Kehabisan. Walaubagaimanapun, sangat berbaloi apabila hasil kursus ini terjalinlah persahabatan yang mesra dan ikhlas semasa bersama-sama mengharungi "Penyeksaan" ini. Sudah lebih satu minggu selepas kursus tersebut, dan penyeksaan ini masih dirasai ... jari telunjuk dan ibu jari saya masih sakit dan lenguh. Entah mana, semasa menulis sampai jam kedua di bahagian UAK, tangan tidak hendak mengikuti tuannya ... tangan dan jari memberontak le. Harap-harap le bahawa kita tidak perlu melalui cabaran dan "cubaan" ini lagi. Semoga berjaya.

Thinking Allowed said...

PTK-Pasti Temu Kawan. Saya dapati pensyarah IPG sangat 'colourful' (sekurang-kurangnya yang saya bertemu semasa di PTK). Harap-harap boleh lepas halangan kali ini. Kalau tidak jadi orang tidak kompeten--perlu ambil ujian IQ, EQ, SQ dan macam-macam lagi untuk menyakinkan diri. Satu yang pasti -- M_UQ rendah. Tak pandai 'makan ular' sampai tak cukup masa menulis esei dan membaca buku.