Projek ASIAN DIALOGUES bermatlamat mewujudkan perkongsian antara sekolah yang tekal dan berterusan. Ini menyokong matlamat sistem pendidikan kebangsaan untuk mendidik generasi muda ke arah warga global dan meluaskan pandangan generasi muda terhadap isu-isu antarabangsa. Perkongsian dijalinkan antara sekolah di UK dan 7 buah negara di Asia Timur, termasuk Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesai, Malaysia dan Taiwan.
British Council akan berkerjasama dengan rakan di UK dan kawasan Asia Timur dari segi polisi, hal-hal berkaitan dengan pendidikan, kepemimpinan sekolah, dan guru untuk mewujudkan persefahaman melalui kolaboratif dalam bidang kurikulum dan berdasarkan projek. Selain mewujudkan warga global, perkongsian antara sekolah juga selaras dengan berberapa keutamaan dan polisi dalam perancangan Kementerian Pendidikan di UK dan rantau yang terlibat. Ini termasuk pembangunan ICT merentas kurikulum dan peningkatan penguasaan bahasa asing, terutama dalam bidang bahasa Inggeris.
Matlamat Dialog Asian adalah untuk
- meluaskan pandangan generasi muda terhadap isu-isu antarabangsa, membangunkan sikap saling faham memahami yang mendalam dan peka terhadap perbezaan pandangan dan cara hidup pelajar dengan rakan di UK. Ini dilaksana melalui program perkongsian antara sekolah.
- meluaskan pandangan guru terhadap isu-isu antarabangsa, membangunkan sikap saling faham memahami yang mendalam dan peka terhadap perbezaan pandangan dan cara hidup guru dengan rakan di UK. Ini dilaksana melalui program perkongsian antara sekolah.
- menyokong matlamat sistem pendidikan kebangsaan ke arah mendidik generasi muda sebagai warga global melalui program perkongsian antara sekolah.
- pengkayaan dimensi antarabangsa kurikulum sekolah melalui program perkongsian antara sekolah.
- membina jaringan antara negara yang terlibat melalui kementerian pendidikan atau rakan kongsi sebagai sokongan kepada pembangunan perkongsian bijak antara negara terlibat.
Proses
- Kementerian/Jabatan Pelajaran negara/negeri akan menghantar permohonan untuk penglibatan dalam projek berkenaan. Permohonan akan diproses berdasarkan kriteris (rujuk borang permohonan), dan bersesuaian dengan matlamat keseluruhan projek Asian Dialogues.
- Wakil kluster/kumpulan dari Negara/negeri yang berjaya akan dijemput untuk menghadiri Contact Seminar di Asia Timur. Mereka akan dijemput untuk menghadiri taklimat pre-contact seminar di dalam negeri masing-masing.
- Tiga orang wakil (seorang dari Jabatan/Pejabat Gabungan, seorang pengetua dan seorang guru penyelaras) akan hadir ke Contact Seminar. Mereka akan merancang projek dan aktiviti dengan rakan dari negara yang terlibat. Untuk menghadir Contact Seminar, pihak British Council akan menanggung sepenuhnya kos visa, perjalanan, penginapan dan elaun sara hidup.
- Semasa Contact Seminar, pelaksanaan pelan projek akan dibincang oleh wakil dari UK dan juga kluster dari negara Asia Timur. Perancangan akan dihantar kepada pasukan Asian Dialogues dan akan dinilai berdasarkan kriteria dan selaras dengan matlamat projek Asian Dialogues. Pembiayaian untuk mengadakan mesyuarat yang akan melibatkan sekolah di bawah kluster/kumpulan akan dibenarkan tertakluk kepada kelulusan pelan.
- Kluster sekolah di Asia Timur dan UK akan membangun dan melaksanakan projek kurikulum secara kaloboratif, dalam jangkamasa tiga tahun.
Bidang yang diberi keutamaan
Sekolah akan memilih untuk berkerjasama dalam satu atau lebih tajuk yang di cadangkan seperti berikut:
Semua projek akan menangani isu tentang warga global.
- Menyerapkan elemen antarabangsa merentasi kurikulum.
- Mendalami dan menjiwai konsep warga global.
- Memwujudkan perbincangan antara budaya dalam kalangan pelajar.
- Peningkatan kesedarana tentang budaya dalam kalangan pelajar dari kluster yang terlibat.
- Memberi peluang untuk peningkatan profesionalisme guru dan para pemimpin sekolah..
No comments:
Post a Comment