Strategi--Maksudnya
Merujuk kepada cara organisasi bertindak. Juga dikenali sebagai taktik yang digunakan oleh organisasi untuk mencapai objektif, misi dan visi yang telah ditetapkan. Organisasi yang gagal membentuk strategi yang sesuai dengan programnya mempunyai risiko lebih besar untuk tewas dalam persaingan.
Isu-isu Perancangan Strategik
- Perancangan yang dibuat secara “ad hoc”.
- Kecenderungan untuk menyediakan dokumen perancangan strategik tetapi tidak pada perlaksanaan.
- Mengulangi program yang kurang strategik pada setiap tahun-- “more of the same”.
- Kurang pemantauan program yang dirancang.
- Pembinaan perancangan strategik tanpa melibatkan ahli-ahli yang sepatutnya terlibat dan tidak dihayati oleh mereka.
- Program yang tidak disesuaikan dengan keperluan sekolah.
Kepentingan Perancangan Strategik
- Membolehkan organisasi mengenali kekuatan dan kelemahan dengan lebih jelas.
- Membolehkan organisasi merangka bentuk tindakan yang wajar diambil sejajar dengan usahanya mahu mengeksploitkan kekuatan dan memperbaiki kelemahan.
- Membolehkan organisasi merangka apakah tindakan yang wajar diambil sejajar dengan usahanya yang mahu mengeksploit peluang dan mengekang ancaman yang wujud.
- Membolehkan organisasi merancang aktivitinya mengikut kepentingan dengan lebih jelas dan bersistematik.
- Membolehkan organisasi mengenalpasti tahap pencapaiannya.
- Memudahkan organisasi mengawal segala program.
- Meletakkan organisasi sentiasa dalam keadaan proaktif terhadap perubahan yang berlaku di dalam dan luar organisasi.
- Dapat mengurangkan program yang berulang.
- Menyediakan satu suasana kerja yang kodusif.
Strategi Mengambil Kira
- Kehendak dan aspirasi jangka panjang.
- Persekitaran luaran.
- Kekuatan dalaman organisasi sekolah.
- Budaya cemerlang organisasi sekolah.
- Harapan pihak yang berkepentingan (stakeholder).
- Menjangkakan sumber-sumber masa depan.
- Pembinaan Pelan Strategik.
- Mengenal pasti isu-isu strategik (SWOT).
- Menentukan matlamat strategik.
- Menetapkan indikator prestasi.
- Menentukan objektif.
- Membina pelan tindakan/pelan taktikal.
- Membina pelan operasi.
- Pelaksanaan perancangan strategik.
- Penilaian terhadap pelaksanaan.
- Perancangan strategik.
- Penyemakan semula dan penambahbaikan.
1 comment:
the best principal in Kluang !!!!!!
Post a Comment