Cuma kekadang penyampaian maklumat adalah secara bombastik. Tidak menjurus kepada apa, siapa dan bagaimana!
Tanpa fokus sebegitu, perkongsian makna tidak berlaku antara penyampai dan penerima maklumat. Perlu pembaikan kaedah penyampaian maklumat tu...
Selanjutnya untuk menjawab soalan tuan lagi,
Apa : Kepimpinan Instruksional (bukankah tajuk itu jelas?)
Siapa : Guru besar, pengetua dan penolong kanan (tidak dijelaskan tetapi guru besar, pengetua dan penolong kanan Johor tahu untuk siapa.)
Bagaimana : Satu minggu latihan telah menerangkan bagaimana. (Minta maaf saya tidak nyatakan dalam blog saya.)
Bombastik? Tidak. Mereka yang telah menghadiri kursus ini telah didedahkan istilah-istilah ini.
Senang kata, ini hanya nota untuk membantu rakan-rakan yang telah hadir kursus berkenaan dan tiba-tiba sedar perlu menggunakan bahan-bahan kursus itu sekali lagi.
Akhir sekali, berkenaan komen tuan 'Tanpa fokus sebegitu, perkongsian makna tidak berlaku antara penyampai dan penerima maklumat. Perlu pembaikan kaedah penyampaian maklumat tu...' saya cuma ada satu komen balas....INI IALAH BLOG! BUKAN PENULISAN ILMIAH. (Saya juga ada baca blog tuan. Bahan tuan juga berunsur BLOG! Sangat bagus dan tahniah.)
Terima kasih.
2 comments:
Terima kasih atas respon tuan terhadap apa yang diutarakan. Asasnya, persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan pucuk pentadbiran organisasi yang gagal memahami hala tuju organisasi yang menyebabkan golongan yang dipimpin sendiri menjadi semakin kabur. Ke manakah yang ingin dituju? Apakah yang ingin dicapai?
:: Sayangnya, kepimpinan organisasi dalam pendidikan lebih menitikberatkan ke arah senioriti..maka pemimpin muda semakin terhakis semangat dan sikap yang menyebabkan bakat kepimpinannya dihalakan ke arah luar organisasi pendidikan, demi kepuasan memimpin... ermmm..
Ada komen tuan?
Terima kasih atas respons tuan. Tak begitu faham komen tuan. Barangkali pengetahuan saya tidak mencukupi untuk menginterpretasi mesej sebenar tuan. Walau bagaimana pun, komen tuan sangat baik untuk melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif--satu kemahiran yang pencapaiannya sangat dihasratkan oleh KPM.
Post a Comment