Saturday, June 21, 2008

Kepimpinan Instruksional (4)

Visi Sekolah : Pernyataan visi menjawab soalan ‘What do we want to become?’


Why Is A Vision Statement Important?
A good vision statement will challenge and inspire members of the school (board, staff and volunteers) to work together to achieve success. It is difficult to create a vision statement that is exciting enough to inspire people, but is also realistic enough for people to believe it is attainable.


Komponen Penting Dalam Pernyataan Visi

  • Menerangkan tujuan kewujudan, kerja utama dan pelanggan sasaran sekolah.
  • Keunggulan masa depan yang unik (kekuatan yang memberikan sesebuah sekolah itu kelebihan. Hal ini mentakrifkan kelebihan & kecemerlangan sekolah ).
  • Nilai-nilai yang dikongsi bersama (kepercayaan, prinsip moral, dan falsafah yang membentuk budaya sekolah).
Garis Panduan Untuk Membina Pernyataan Visi
  • Libatkan pemikiran strategik yang berkaitan.
  • Membuat anjakan paradigma dan berfikiran futuristik.
  • Melibatkan soalan : Ke mana hala tuju sekolah?
  • Tetapkan posisi kejayaan masa hadapan untuk tiga/lima tahun ke hadapan.
  • Apakah identiti sekolah yang akan dibina untuk masa depan?
  • Nyatakan/jelaskan “what an organisation wants to be” (..akan menjadi…? ) bukannya “what is”.
  • Gambarkan situasi atau keadaan yang lebih baik pada masa hadapan dalam beberapa aspek penting berbanding dengan keadaan sekarang.
Ciri-Ciri Pernyataan Visi Yang Baik
  • Jelas menyatakan tahap perubahan yang diinginkan masa depan atau menggambarkan kejayaan yang hendak dicapai.
  • Mencabar dan bermotivasi (driving force).
  • Ringkas dan mudah difahami untuk dihayati oleh SEMUA warga dalam organisasi.
  • Lebih fleksibel untuk dibentuk agar organisasi sentiasa pantas dan berdaya tahan bagi menghadapi kesulitan.
  • Dikongsi dengan stakeholders, pelanggan, pembekal, komuniti dan sebagainya.
  • Jelas hubungannya dengan pernyataan misi.
Vision To Be Successful
  • Initiated by leader
  • Shared and supported
  • Clarifies direction and purpose
  • Comprehensive
  • Must be positive and inspiring (ambitious)
  • Sets a standard of excellence
  • Fits the school and the times
  • Clear and easy to understand

No comments: