Mereka berbakat! Mereka boleh merancang, melaksana dan menghasilkan sesuatu yang di luar jangkaan ramai.
Mereka sudi! Mereka sudi kerana mereka dihargai. Mereka sudi kerana kesilapan mereka dibetulkan secara konstruktif dan positif.
Mereka rela! Mereka rela kerana masa instruksional mereka tidak diganggu. Mereka rela kerana mereka dapat memberi sumbangan yang sungguh bermakna kepada sekolah.
Tetapi, sebelum semua itu, yang paling penting, yang selalu dilupakan : Mereka mesti diberi peluang. Setuju tidak?
1 comment:
kepelbagaian kecerdasan pelajar perlu dipertimbangkan,mereka perlu diberi peluang menerokai dan mengcungkil minat dan bakat tersembunyi yang ada dalam diri mereka. mungkin inilah akan memberikan kejayaan dan menjadi nilai tambah individu yang memastikan mereka cemerlang pada masa hadapan. Jesteru itu penyediaan lapangan untuk mereka berkarya dan menunaskan minat dan bakat mereka merupakan satu usaha yang tepat dan berkesan. Ianya jarang difikirkan dan bukan keutamaan bagi insan biasa tapi bagi pemimpim masa depan ianya adalah permata tersembunyi yang perlu digilap dan disinarkan .. Tq Bos.
Post a Comment