Tuesday, July 21, 2009

Seminar 'Idea Market'

15 hingga 17 Julai yang lepas merupakan antara tempoh masa yang paling gembira bagi saya. Ini adalah kerana 'Idea Market' Fizik dapat diterjemahkan kepada realiti. Sejak awal-awal lagi saya telah mempromosikan aktiviti-aktiviti yang berbentuk perkongsian idea inovatif berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (p&p). Saya rasa sudah cukup banyak kursus atau bengkel yang berbentuk rutin atau 'more of the same' dan sampai masa untuk melihat aspek proses p&p dan pedagogi yang berinovatif dan amalan terbaik (best practices). 'Idea Market' merupakan pletfom untuk guru-guru mengongsikan idea-idea atau amalan-amalan inovatif yang telah dibuktikan berkesan dalam proses p&p.

Sememangnya aktiviti seperti ini adalah lebih susah untuk dijalankan berbanding dengan yang rutin seperti membawa dan menggabung bahan menjadi modul yang tidak pasti kesesuaian penggunaannya (kalau kita ambil kira faktor manusia--penyumbang yang sukarela dan 'paksarela'), atau, setakat gabung dan banding keputusan peperiksaan.

Amalan 'Headcount' adalah penting. TOV (take-off value) dan ETR (expected targeted result) adalah penting dan perlu sentiasa ditegaskan. Namun demikian proses p&p untuk menganjakkan markah dari TOV ke ETR perlu diberi ketegasan yang sama baru keputusan yang dihasratkan dapat dicapai. Mudah kata soal 'What' TOV ---> ETR perlu juga diikuti dengan 'How' TOV--->ETR. Sememangnya, yang kedua adalah lebih mencabar. (Oleh itu bahagian ini sentiasa disenyapkan?)

Saya tidak ada jawapan yang memuaskan untuk 'How'. Saya hanya ingin menarik perhatian supaya lebih ramai memikirkan 'How'. Bukankah menjadi fokus sekarang 'Outcome' daripada 'Output'? Biar kita berhadapan dengan masalah yang sebenar---bagaimana menarik minat pelajar untuk belajar. Ya, saya akui, ini bukan perkara yang senang. Tetapi saya hanya berharap, walau pun susah, jangan abaikan 'core-business' ini. Lain kali sebelum sesiapa menjalankan apa-apa kursus untuk guru, selain daripada perkara-perkara stereotaip, saya menyeru, masukkan sedikit komponen 'amalan p&p terbaik', walau pun sedikit---sebagai permulaan. 'Idea Market' merupakan konsep yang boleh diterokai.

Saya harap dapat meneruskan perbahasan isu ini. Saya selalu kata bahawa masalah p&p sains dan matematik bukan setakat bahasa perantaraan sahaja. Ada isu-isu lain yang sama penting, malangnya......

Foto berikut menunjukkan Pn Sia Peng Yee (Guru Cemerlang Fizik dan Pemenang Anugerah Toray) membuat demonstrasi tekanan cecair. Percaya saya, jika semua guru fizik mengajar seperti beliau, kerajaan perlu membina lebih banyak lagi makmal fizik. (Saya akan memberi contoh-contoh lain pada masa akan datang.)

3 comments:

irwan shah said...

pertama sekali yang mengucapkan ribuan terima kasih kepada en yew kok leh kerana bersama-sama menyumbang idea semasa seminar idea market. saya antara peserta seminar idea market amat berbangga kerana diberi peluang menghadiri seminar ini. terlalu banyak idea yang dapat saya terjemahkan dan dibawa balik ke sekolah. ini dapat membuatkan seseorang guru mempunyai fikiran yang lebih terbuka, tidak hanya bergantung pada idea orang lain, tetapi mengeluarkan idea sendiri mengikut situasi dan persekitaran sesuatu tempat itu. terima kasih, seminar ini memang berjaya.

Thinking Allowed said...

Terima kasih En Irwan. Semoga tuan menjadi seorang guru Fizik yang kreatif.

khoobook said...

Saya rasa "Heroes think alike". Ketika saya baru "join" keluarga GC,
En. Lee Meow Choon (GC Matematik) pernah buat komen yang "mengetuk" pemikiran saya : " Why not all the GC
from each subject gather and share the effective teaching methods?"
Apabila saya berjumpa dengan En. Yew Kok Leh, beliau juga kemukakan idea yang sama : " Why not we prepare a market or a platform where teachers can share their ideas in teaching physics? "
Dari idea inilah tercetusnya Idea Market Fizik yang sedang dan akan memberi banyak faedah kepada guru fizik.
3 tabik kepada 2 orang hero di atas. Penyokong i-market : khoobook