Saturday, July 4, 2009

Teori Dan Amali

Kadang-kadang kita hadiri kursus demi kursus, bengkel demi bengkel berkenaan dengan macam-macam tajuk: kepimpinan, pengurusan, kewangan, urusan murid, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, perancangan strategik .....

Kita dibekalkan dengan macam-macam ilmu dan kemahiran untuk membantu kerja kita. Kita macam diberi macam-macam senjata. Kita ditunjuk cara menggunakan senjata-senjata yang canggih. Kadang-kadang kita berpeluang untuk mencuba senjata-senjata tersebut dalam keadaan terkawal.

Akan tetapi, sampai ke tempat kerja kita, kita sering menghadapi cabaran-cabaran yang tidak ternyata dalam buku atau nota 'standard'.

Yang penting ialah bagaimana kita dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperoleh; barangkali dengan ubahsuaian, tambahan dengan kreativiti dan inovasi, 'localised', mencantum pelbagai kemahiran, melihat 'whole picture', keluar dari stereotaip, tidak terlalu 'dogmatic', tidak terlampau birokratik, ......

Kalau tidak, ilmu tetap menjadi ilmu sahaja dan kita menjadi pakar hadir kursus. Setuju atau tidak? Jangan marah. Hanya sedikit pandangan sahaja. Ilmu seperti senjata, adalah penting. Tetapi yang lebih penting bagaimana menggunakan senjata dengan cara yang betul dan optimum untuk mendatangkan kesan yang dihasratkan. Perlu berhati-hati apabila menggunakan senjata-senjata -- Kadang-kadang salahguna boleh mencederakan diri.

Sebelum saya lupa....jangan salah faham. Saya bukan promosi penggunaan senjata api. Hanya satu analogi. Satu latihan minda untuk diri di samping menghiburkan dan mencetuskan pemikiran rakan-rakan yang membaca. Apa komen anda?

1 comment:

vijeyan said...

I read your articles with much interest. I appreciated your in depth of your knowledge. Keep writing.