Saturday, August 1, 2009
'Pit Stop' SJM
Perasmian 'Pit Stop' SJM pada 27 Jun 2009 merupakan satu peristiwa yang penting di SJM. Idea pembinaan 'Pit Stop' adalah hasil daripada hasrat sekolah untuk menyediakan satu kompleks di mana murid-murid dapat bergerak dari bilik darjah sehingga ke tempat menunggu kenderaan untuk membawa mereka balik ke rumah atau, sebaliknya, dari rumah ke bilik darjah, tanpa terkena air hujan. Oleh kerana kos pembinaan adalah besar, pihak sekolah berusaha membentukkan pemuafakatan yang erat dengan PIBG, Ahli Parlimen, Kelab Rotary Kluang dan orang-orang awam untuk menyiapkan kompleks secara berperingkat mulai dari hujung tahun 2008 sehingga ke bulan Mei 2009. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu untuk merealisasikan projek ini dan selangkah lagi menggerakkan sekolah untuk mencapai visi 'SJM Menjadi Sekolah Idaman Masyarakat Kluang Pada 2010'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment