
Sering kali, kita sebagai orang dewasa, pemimpin atau yang lebih 'matang' atau 'pengalaman' menganggap bahawa keputusan yang kita buat adalah yang lebih-baik daripada mereka yang masih muda. Jika kita suka nasihatkan bahawa kita makan garam lebih daripada kanak-kanak yang makan nasi, zaman 'Global Citizenship' ini harus mendesak kita mengubah diri kita dengan realiti dan pemikiran yang baru.
Pada tahun1968, seorang remaja, anak kepada seorang peguam yang terkenal, kurang minat dengan pelajaran di sekolah. Oleh kerana sering berasa bosan di sekolah biasa, ibubapa remaja itu memindahkan dia ke sebuah sekolah swasta. Keadaan budak itu tidak berubah. Tambahan lagi, terdapat 'gangguan' yang baru--Remaja itu mula tertaggih kepada komputer (pada ketika itu, komputer peribadi adalah satu ciptaan yang baru dan kemampuannya jauh kurang dari komputer sekarang). Bilik komputer telah menjadi segala-segalanya kepada remaja itu. Bersama dengan beberapa orang rakan-rakan sebaya, mereka meneroka potensi komputer dan menulis pelbgai kod arahan untuk komputer. Nasib baik, ibubapa tidak menghalang hobi yang baru. Bapanya tidak memaksa anak untuk belajar seperti diri semasa belajar untuk menjadi peguam. Ibunya tidak menyatakan bahawa perbuatan remaja itu adalah salah kerana kebanyakan remaja yang lain tidak buat demikian. Remaja itu, dan rakan-rakan sebaya mencapai 'kemerdekaan' untuk mencari ilmu dan kemahiran yang baru.
Kita seharusnya berterima kasih dan berhutang budi kepada pasangan ibubapa yang tidak menganggap diri mereka lebih 'matang' atau 'pengalaman', atau memakan garam lebih daripada remaja itu memakan nasi, kerana kemerdekaan kumpulan budak-budak inilah antara faktor utama kita semua sebagai 'Global Citizen. Remaja itu bernama Bill Gates. Salah seorang rakannya ialah Paul Allen.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
No comments:
Post a Comment