Sunday, August 31, 2008

5 Amalan Yang Baik

Pada 23 Ogos, saya telah menulis tentang 5 larangan di bilik darjah. Hari ini saya akan menulis berkenaan 5 amalan yang baik di bilik darjah.

Amalan 1 : Simpati dan Empati

Imbas latar belakang murid-murid (scanning)

Kaji faktor-faktor menyebabkan murid-murid kurang berminat, kurang berfokus dan kurang mahir.

Cuba letakkan diri dalam kasut murid-murid (lihat dari perspektif murid-murid).

Cuba rasa cara mereka rasa.

Cuba fikir jenis guru anak diri kita yang kita suka.

Ada jiwa guru yang sebenar.


Amalan 2 : Sensitif dan Reflektif

Peka kepada respons murid-murid.

Harus ingat diri sentiasa dinilai oleh semua murid di kelas.

Tingkahlaku, gerak-geri, wajah dan emosi murid-murid ialah barometer kejayaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Perlu sentiasa baca barometer itu.

Selalu buat refleksi sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu untuk penambahbaikan.


Amalan 3 : Proaktif dan Inovatif

Jangka apa yang mungkin boleh berlaku dan amalkan ‘cegah sebelum parah’.

Elakkan stereotaip. Manfaatkan sepenuhnya teknologi terkini seperti ICT, multimedia dan alatan digital untuk meningkatkan dayasaing dengan tarikan zaman moden (permainan komputer, sms, Internet, iPod dll.)


Amalan 4 : Aktif dan Positif

  • Tidak berhenti belajar – Amalan pembelajaran sepanjang hayat (life-long learning).
  • Cuba dan laksana – Belajar dan buat bahan-bahan multimedia untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
  • Mindset yang positif – Kemajuan dan pembaruan adalah sesuatu yang baik dan membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Amalan 5 : Formatif dan Sumatif

Sentiasa menilai diri dan murid-murid.

Nilai diri berdasarkan respons murid dari mula sehingga ke akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

Nilai murid berdasarkan kefahaman dan kemahiran dari mula, pertengahan sehingga ke akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

Melihat kegagalan murid sebagai kegagalan diri – Akauntabiliti.


No comments: