Minggu lepas saya berada di Institut Aminuddin Baki(IAB), Genting untuk menghadiri kursus pendek selama tiga hari. Saya dapat banyak ilmu-pada masa lapang saya-kerana bertemu dengan kawan lama saya, En Chia Song Choy, yang sedang menghadiri satu kursus yang lain pada tempoh masa yang sama.
En Chia Song Choy, rakan seperjuangan dalam urusan pengajaran dan pembelajaran fizik, Institut Fizik Malaysia dan penulisan buku-buku fizik, kini berkhidmat sebagai seorang pengetua cemerlang di Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang (http://www.smtklawang.com/utama.htm). Dalam tiga hari kami berada di IAB (11-13 Ogos 2008), kami banyak membincang perkara berkenaan senario pendidikan di Malaysia. Antara banyak perkara yang dapat memperoleh dari En Chia saya ingin mengongsi satu di sini, iaitu GURU atau lebih tepat lagi Gu dan Ru.
Dari wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/Guru salah satu takrifan guru ialah :
A guru (Sanskrit: गुरु) is a person who is regarded as having great knowledge, wisdom and authority in a certain area, and uses it to guide others. The word comes from Sanskrit Gu, darkness, and Ru, light (prakash); literally a preceptor who shows others knowledge (light) and destroys ignorance (darkness).
Sememangnya sebagai seorang guru, saya suka takrifan ini dan berharap sangat semua guru mengenali takrifan ini. Mengikut takrifan Wikipedia, guru ialah seorang mempunyai banyak ilmu, bijaksana, mempunyai kuasa (expert power) dalam sesuatu bidang tertentu dan menggunakan kuasa ini untuk membimbing orang lain.
Dalam Bahasa Sanskrit, Gu bermaksud gelap dan Ru bermaksud cahaya. Maka, jika kita gabungkan Gu dengan Ru, kita dapat seorang yang membawa cahaya kepada kegelapan, memberi ilmu untuk menyinari minda yang gelap dan memusnahkan kejahilan.
Walau bagaimana pun takrifan itu dengan jelasnya meletakkan satu tanggungjawab yang besar kepada sesiapa yang memakai label GURU. Semoga takrifan ini memotivasikan semua guru untuk membuktikan bahawa pemilihan perkataan tersebut untuk profesion ini adalah tepat.
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada En Chia yang mencepatkan saya mengenali erti Gu dan Ru.
No comments:
Post a Comment