Saturday, August 30, 2008

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sambutan Kemuncak Bulan Kemerdekaan 2008 dan Pembukaan Rasmi 'VOICE', tapak serbaguna kokurikulum dan koakademik, SMK Jalan Mengkibol, Kluang (SJM).
Tarikh : 30 Ogos 2008

Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke-51.
Tema: PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Bahagian I : Majlis dimulakan pada pukul 7:45 pagi dengan nyanyian lagu Nagaraku, lagu Negeri Johor, bacaan ikrar Rukun Negara, bacaan perutusan, tarian zapin dan persembahan lagu-lagu patriotik oleh kumpulan Koir SJM.

Bahagian II : Program RIMUP bersama SMK Teknik Kluang. Pertandingan melukis poster, permainan rakyat (ketingting, gusti tangan, congkak, sepak raga ratus, galah panjang, capteh dan catur Cina), pertandingan futsal, ceramah kemerdekaan dan pertandingan puisi Bahasa Inggeris.

Bahagian III : Persembahan Pancaragam SJM, ucapan pengetua dan ucapan perasmian oleh En Md Shariff bin A. Rahim, Penyelia Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang. Persembahan guru dan murid, majlis penyampaian hadiah, nyanyian lagu-lagu patriotik dan jamuan tengah hari.

Seluruh warga SJM dan dif-dif jemputan bergembira dalam majlis yang sungguh meriah dan bermakna. SELAMAT HARI JADI MALAYSIA.




















No comments: