Semasa menyemak fail lama saya, ternampak satu lukisan yang saya buat pada 11-2-2000. Lukisan yang dibuat dengan pen teknikal hampir sebelas tahun dahulu itu, merupakan sebahagian daripada koleksi idea saya berasaskan pengalaman atau pemikiran yang berkaitan dengan pengajaran saya sekitar masa lukisan itu dibuat. Kebanyakan idea-idea itu belum pernah saya dikongsikan dengan orang-orang lain. Saya lukis semula dengan Microsoft Paint untuk dikongsi sama tanpa memberi penerangan yang selanjutnya dengan harapan pembaca boleh menginterpretasikan mesej yang ingin disampaikan tentang minda murid-murid moden (harap sebelas tahun dahulu masih boleh dianggap sebagai moden).
Friday, January 28, 2011
Saturday, January 15, 2011
Profesionalisme Dalam Rutin Harian
Sedikit perkongsian hujung minggu—Pagi ini semasa sesi kopi, terbangkitnya perbincangan tentang masalah profesionalisme dalam organisasi. Berlarutan dari perbincangan itu, saya ingin kongsi dengan rakan-rakan pembaca blog saya, satu artikel pendek yang ditulis oleh Fred Lew dan bertajuk Professionalism in Daily Routine, diterbitkan dalam P&Q Digest, Januari 2007.
Mengikut beliau, seorang profesional, selain daripada mempunyai pengetahuan tentang kerja perlu juga mempunyai komitmen dan dedikasi. Dalam bentuk persamaan,
Profesionalisme --> Pengetahuan + Sikap dan nilai positif yang dijiwakan
Mengikut beliau, terdapat empat sumber untuk memperoleh ilmu, iaitu, melalui pendidikan formal, latihan vokasional, menjadi perantis dan melalui pengalaman.
Beliau juga menerangkan bahawa tahap seseorang menjadi profesional, tidak kira apa jenis pekerjaan, bergantung kepada setakat mana beliau mematuhi lima petua yang asas.
- Perancangan--Gelagat profesional menuntutkan perancangan yang rapi supaya pertindihan dapat dielakkan dan kerja dapat dilaksanakan dengan lebih licin.
- Membuat keputusan--Cara kita membuat keputusan boleh menunjukkan setakat mana tahap profesional kita. Keputusan yang dibuat seharusnya berasaskan fakta dan angka, bukan setakat angan-angan sahaja.
- Kemahiran komunikasi--Bagaimana kita berkomunikasi dengan orang lain menunjukkan setakat mana kita berprofesional kepada pelanggan, pegawai-pegawai di atas atau di bawah kita.
- Bagaimana kita menyiapkan sesuatu kerja--Sikap kita dicerminkan oleh kerja yang dilakukan oleh kita. Profesionalisme menuntut menelitian setiap detail tidak kira berapa kecil perkara itu.
- Etika profesionalisme-Profesionalisme menuntut kod etika profesional dipatuhi setiap masa.
Profesionalisme menuntut lebih daripada kelayakan kertas atau sijil dan prinsip untuk kerja secara efisien memerlukan aspek lain termasuk kompetensi dalam kerja yang dipertanggungjawabkan, keyakinan, kebolehpercayaan, akauntabiliti, tanggungjawab dan beramanah. Ciri-ciri lain ialah integriti, jujur, cekap, keterbukaan dan pematuhan kepada etika sosial dan budaya. Seorang profesional tidak patut terlalu beremosi, mempunyai kepentingan diri/percanggahan kepentingan dan memecah amanah yang diberi.
Akhir sekali, beliau mengingatkan bahawa pelajaran berkenaan profesionalisme dalam rutin harian harus untuk membentukkan satu mindset yang positif dalam alam pekerjaan. Dari perspektif perkerjaan, perlu ada usaha untuk terus belajar meningkatkan kemahiran dan ilmu. Dari aspek perhubungan interpersonal, kita perlu terus menjiwakan semua sikap dan nilai positif.
Saya percaya kepada ramai orang, perkara yang dibangkitkan di atas bukan sesuatu yang baru. Sememangnya, ciri-ciri positif tidak berbeza tidak kira ditulis oleh siapa atau dalam bahasa yang apa sekali kerana nilai-nilai ini memang universal. Satu perkara yang saya ingin tambah di sini adalah berkenaan amalan mengikut peredaran masa. Dalam zaman yang hanya boleh dicirikan dengan perubahan secara lonjakan kuantum dengan komunikasi secepat laju cahaya, kita sering diingatkan secara langsung atau melalui implikasi, tentang kebenaran hakikat survival of the fittest. Oleh itu, bukan setakat berapa banyak kita tahu sudah mencukupi. Yang lebih penting ialah berapa banyak kita amalkan dan memanfaatkan teknologi dan media sosial dalam tugasan profesion kita. Walaupun amalan profesional yang positif tidak menjaminkan kejayaan setiap ketika disebabkan faktor-faktor di luar kawalan, ia pasti akan menjamin trend pembangunan yang positif. Kita haru mengambil iktibar kehilangan dinosaur dari permukaan Bumi sebagai amaran kepada keperluan untuk terus mematuhi tututan zaman.
Tuesday, January 11, 2011
Selamat 11.1.11
Selamat 11.1.11
Sekali sahaja dalam satu abad and bukan semua orang sempat hidup pada tarikh ini. Saya enggan membiarkan tarikh ini berlalu tanpa sebarang penulisan dalam blog saya. Bukan kata saya mempunyai banyak masa lapang, walau pun secara kebetulan hari ini ialah hari pelepasan awam di negeri Johor. Sejak awal-awal pagi ini saya telah mula menulis, bukan blog, tetapi menterjemahkan buku fizik saya ke dalam Bahasa Malaysia. Saya tidak jangka bahawa dalam tempoh sekitar sepuluh tahun, saya bermula menulis buku teks dan buku rujukan fizik dalam Bahasa Malaysia, kemudian terpaksa menulis dalam Bahasa Inggeris apabila PPSMI diperkenalkan dan kini pula balik ke Bahasa Malaysia, semuanya dalam tempoh 10 tahun! Saya perlu mendisiplin diri saya kerana dalam kesibukan pada masa ini, khasnya dengan permulaan penggal yang baru, tidak banyak tenaga yang baki lagi untuk penulisan selepas kerja. Satu pertiga masa yang saya diperuntukkan untuk menyiapkan kerja saya telah berlalu dengan hanya sekitar 10 % kandungan yang disiapkan.Topik ini barangkali tidak menarik minat para pembaca. Oleh itu saya tukar ke topik yang lain.
Pagi ini saya membaca satu artikel bertajuk ’War and peace with my tweets’ oleh Karim Raslan di surat khabar The Star. Saya amat tertarik oleh artikel ini kerana kandungan ini menyentuh realiti kehidupan moden hari ini. Beliau menjelaskan sejak beliau jatuh cinta dengan Blackberry beliau sembilan bulan dahulu, kehidupan beliau telah berubah dengan pelbagai pengalaman media sosial melalui Internet yang telah mengambil terlalu banyak masa beliau. Beliau menghadapi satu cabaran yang besar menconggak masa antara kehidupan rutin dan kegemaran selama ini dengan media baru seperti Facebook, Twitter, MySpace dan LinkedIn.
Mengikut beliau dalam tempoh sembilan itu, beliau aktif dengan penggunaan Twitter yang menghadkan penulisan kepada 140 karakter sahaja, beliau kini perlu memaksakan diri untuk menumpukan perhatian untuk tempoh masa yang lebih panjang. Untuk menghadapi cabaran itu, beliau mula membaca semula buku ’War and Peace’, sebuah buku dengan kandungan sebanyak 1400 muka surat yang ditulis oleh Tolstoy! Apabila beliau kembali ke minat yang lama, iaitu membaca, beliau baru sedar begitu banyak kemampuan untuk menumpu perhatian telah merosot dalam sembilan bulan yang lalu.
Mengikut beliau, media-media sosial itu telah menjadikan beliau berasa gugup dan kehilangan tenaga. Beliau juga berasa kemahiran beliau untuk berkomunikasi dengan orang lain telah berkurangan. Beliau bertanya--Adakah kita sembunyi di belakang pelbagai kemudahan ‘online’ dan menggunakan media sosial sebagai alasan untuk enggan berinteraksi dengan manusia lain pada tahap yang lebih rapat, mesra dan benar? Adakah kaedah komunikasi yang lebih mudah, cepat dan terus itu membawa maksud pertukaran pandangan dan idea yang sebenar? Beliau selanjutnya menyatakan bahawa adalah bahaya jika kita semakin tak sabar untuk bercakap, membaca atau menulis seperti biasa—kerana kita percaya bahawa perbuatan ini adalah lebih berkesan melalui teknologi.
Mengikut beliau, media sosial adalah alatan yang sangat berguna (saya amat setuju), tetapi ia juga boleh menjadi suatu jerat (saya juga amat setuju; pisau pun begitu). Teknologi masih tidak boleh menggantikan kehidupan sebenar yang masih menjadi sumber inspirasi yang terbaik. Memerhati manusia yang lain tetap menjadi sesuatu perkara yang teknologi tidak boleh menggantikan. Walau bagaimana pun, adalah tak wajar untuk mengetepikan media sosial yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Yang utama ialah bagaimana kita menggunakan media sosial ini yang faedahnya yang sebenar.
Cukup sampai di sini saya. Isteri sudah panggil untuk makan tengah hari. Selepas itu saya akan mengambil sedikit masa untuk melihat bunga di taman saya. Saya tidak lupa Blog juga satu media sosial, isteri ialah manusia dan bunga ialah ciptaan semulajadi.
Selamat 11.1.11.
Saturday, January 8, 2011
Kreativiti Dan Inovasi Dalam P&P - 11
Refleksi Hujung Minggu, Minggu Pertama 2011
Seronoknya perasaan saya menulis berkenaan kreativiti dan inovasi dalam p&p yang pertama untuk tahun 2011 yang secara kebetulannya merupakan artikel yang ke-11 dalam siri penulisan bertajuk 'Kreativiti Dan Inovasi Dalam P&P'. Minggu pertama persekolahan, seperti tahun-tahun lepas merupakan minggu yang sangat sibuk. Hampir setiap hari pihak pentadbiran serta guru-guru perlu melayan murid-murid dan ibu bapa berkenaan rayuan menukar kelas, menukar aliran dan macam-macam permintaan dari bantuan kewangan ke bantuan menukar sekolah. Semua ini tidak menjadi bahan perbincangan saya dalam artikel ini.
Saya lebih suka mengkongsi sedikit pemikiran saya yang berkaitan dengan kelas-kelas yang saya mengajar dalam minggu yang pertama. Murid-murid yang saya berinteraksi merupakan antara yang paling cemerlang (akademik) sekolah saya. Antara perkara yang saya bangkitkan ialah hubungan antara kemajuan masyarakat dengan kemajuan sains dan teknologi, kepentingan inovasi dan kreativiti sebagai bahan api jentera pemajuan negara, sikap dan pemikiran yang sepatut ada pada murid-murid abad ke-21. Saya juga membangkitkan tentang pola kecenderungan respons murid-murid terhadap umur, yang lebih merupakan satu graf eksponen negatif (lihat rajah di sebelah) dan menegaskan kepentingan pemikiran kritis dan kreatif di dalam bilik darjah. Saya juga sentuh sedikit tentang hubungan antara subsidi dan harga barangan harian dan mengapa kenaikan harga sesetengah barangan asas merupakan keperluan untuk pembangunan ekonomi negara. Berkenan perbezaan antara pembekal teknologi dan pembekal tenaga manusia, ramai murid mungkin tidak percaya pada awalnya, kepada cadangan saya bahawa Kluang boleh menjadi tapak pembinaan kapal terbangBoeing 747. Tetapi, apabila saya menyatakan bahawa sebarang negara, dari yang paling maju ke yang paling mundur, boleh menghasilkan produk teknologi yang canggih asal pengasas atau pembekal teknologi berkenaan sudi membina kilang dan membawa teknologi itu serta pakar-pakar mereka ke tempat itu dan pihak berkuasa tempatan hanya membekalkan tenaga buruh sahaja, murid-murid menjadi lebih yakin kepada kenyataan saya tentang kilang Boeing itu. Dari sains saya alih ke seni, dengan kisah riwayat Vincent van Gogh, seorang pelukis Belanda yang menjadi pengasas kepada gerakan 'Impressionist' di Eropah pada hujung abad ke-19, untuk menjadikan contoh bagaimana masyarakat yang selesa dengan tradisi dan keadaan 'status quo' menolak pemikiran yang baru........
Sambil saya membincangkan perkara-perkara di atas, secara spontannya, muncul dalam pemikiran saya--Adakah perkara-perkara yang saya bangkitkan itu terlalu dalam untuk kefahaman murid? Adakah skop saya terlalu luas, khasnya apabila saya mengemukakan contoh-contoh dan fakta-fakta yang mereka tidak didedahkan oleh sebarang sukatan yang mereka melalui setakat ini? Adakah isu-isu yang saya bangkitkan itu terlalu matang untuk umur mereka? Patutkah saya membincang, kadang-kadang dengan ayat berlapis-lapis, dengan hujah-hujah yang mungkin boleh mengelirukan minda-minda yang muda dan masih 'simple' lagi, perkara-perkara yang masih tidak sangat berkenaan dengan kehidupan mereka? Tetapi, apabila saya membuat refleksi hujung minggu ketika berkesempatan untuk menenangkan minda diri, saya berasa gembira dan puas hati tentang sesi pengajaran dan pembelajaran saya dalam minggu pertama tahun 2011. Mengapa? Bukankah kita sedang dalam usaha menyemaikan budaya pemikiran seperti dalam 'Thinking School'? Kalau kita sentiasa memudahkan perkara, kita memudahkan sukatan, kita mengurangkan tahap kesukaran kiraan atau matematik, kita menanya soalan-soalan aras rendah (LOTS) kerana bimbang murid-murid tidak faham soalan-soalan beraras tinggi (HOTS), kita lebih bimbang untuk membebankan pemikiran mereka, kita takut mereka tak faham atau diri kita tidak difahami, bilakah dapat mereka dilatih pemikiran yang lebih kompleks? Apa lagi murid-murid yang saya hadapi ini adalah antara yang paling cemerlang di sekolah. Apa kata, pada keesokan hari, murid-murid seperti ini, dengan keputusan peperiksaan awam yang begitu cemerlang, gagal dalam temuduga kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan yang tidak terkandung dalam sukatan pelajaran yang mereka telah lalui? Salah siapa? Apa kata pada suatu hari nanti orang-orang seperti ini menjadi doktor, jurutera, akauntan, peguam, juru teknik tetapi bukan saintis yang mampu membuat inovasi atau mencipta sesuatu? Bukankah pemimpin kita mengingatkan kita bahawa untuk menganjakkan negara kita ke status negara maju, kita tidak boleh menjadi pengguna teknologi orang lain sahaja tetapi harus juga menjadi pencipta teknologi? Cabaran itu adalah terlalu besar? Susah sangat? Balik-balik ke jerat yang sama--Apa maksud itu? Cuba fikir. Saya cuma 'Thinking Allowed' sahaja.
Seronoknya perasaan saya menulis berkenaan kreativiti dan inovasi dalam p&p yang pertama untuk tahun 2011 yang secara kebetulannya merupakan artikel yang ke-11 dalam siri penulisan bertajuk 'Kreativiti Dan Inovasi Dalam P&P'. Minggu pertama persekolahan, seperti tahun-tahun lepas merupakan minggu yang sangat sibuk. Hampir setiap hari pihak pentadbiran serta guru-guru perlu melayan murid-murid dan ibu bapa berkenaan rayuan menukar kelas, menukar aliran dan macam-macam permintaan dari bantuan kewangan ke bantuan menukar sekolah. Semua ini tidak menjadi bahan perbincangan saya dalam artikel ini.
Saya lebih suka mengkongsi sedikit pemikiran saya yang berkaitan dengan kelas-kelas yang saya mengajar dalam minggu yang pertama. Murid-murid yang saya berinteraksi merupakan antara yang paling cemerlang (akademik) sekolah saya. Antara perkara yang saya bangkitkan ialah hubungan antara kemajuan masyarakat dengan kemajuan sains dan teknologi, kepentingan inovasi dan kreativiti sebagai bahan api jentera pemajuan negara, sikap dan pemikiran yang sepatut ada pada murid-murid abad ke-21. Saya juga membangkitkan tentang pola kecenderungan respons murid-murid terhadap umur, yang lebih merupakan satu graf eksponen negatif (lihat rajah di sebelah) dan menegaskan kepentingan pemikiran kritis dan kreatif di dalam bilik darjah. Saya juga sentuh sedikit tentang hubungan antara subsidi dan harga barangan harian dan mengapa kenaikan harga sesetengah barangan asas merupakan keperluan untuk pembangunan ekonomi negara. Berkenan perbezaan antara pembekal teknologi dan pembekal tenaga manusia, ramai murid mungkin tidak percaya pada awalnya, kepada cadangan saya bahawa Kluang boleh menjadi tapak pembinaan kapal terbang
Sambil saya membincangkan perkara-perkara di atas, secara spontannya, muncul dalam pemikiran saya--Adakah perkara-perkara yang saya bangkitkan itu terlalu dalam untuk kefahaman murid? Adakah skop saya terlalu luas, khasnya apabila saya mengemukakan contoh-contoh dan fakta-fakta yang mereka tidak didedahkan oleh sebarang sukatan yang mereka melalui setakat ini? Adakah isu-isu yang saya bangkitkan itu terlalu matang untuk umur mereka? Patutkah saya membincang, kadang-kadang dengan ayat berlapis-lapis, dengan hujah-hujah yang mungkin boleh mengelirukan minda-minda yang muda dan masih 'simple' lagi, perkara-perkara yang masih tidak sangat berkenaan dengan kehidupan mereka? Tetapi, apabila saya membuat refleksi hujung minggu ketika berkesempatan untuk menenangkan minda diri, saya berasa gembira dan puas hati tentang sesi pengajaran dan pembelajaran saya dalam minggu pertama tahun 2011. Mengapa? Bukankah kita sedang dalam usaha menyemaikan budaya pemikiran seperti dalam 'Thinking School'? Kalau kita sentiasa memudahkan perkara, kita memudahkan sukatan, kita mengurangkan tahap kesukaran kiraan atau matematik, kita menanya soalan-soalan aras rendah (LOTS) kerana bimbang murid-murid tidak faham soalan-soalan beraras tinggi (HOTS), kita lebih bimbang untuk membebankan pemikiran mereka, kita takut mereka tak faham atau diri kita tidak difahami, bilakah dapat mereka dilatih pemikiran yang lebih kompleks? Apa lagi murid-murid yang saya hadapi ini adalah antara yang paling cemerlang di sekolah. Apa kata, pada keesokan hari, murid-murid seperti ini, dengan keputusan peperiksaan awam yang begitu cemerlang, gagal dalam temuduga kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan yang tidak terkandung dalam sukatan pelajaran yang mereka telah lalui? Salah siapa? Apa kata pada suatu hari nanti orang-orang seperti ini menjadi doktor, jurutera, akauntan, peguam, juru teknik tetapi bukan saintis yang mampu membuat inovasi atau mencipta sesuatu? Bukankah pemimpin kita mengingatkan kita bahawa untuk menganjakkan negara kita ke status negara maju, kita tidak boleh menjadi pengguna teknologi orang lain sahaja tetapi harus juga menjadi pencipta teknologi? Cabaran itu adalah terlalu besar? Susah sangat? Balik-balik ke jerat yang sama--Apa maksud itu? Cuba fikir. Saya cuma 'Thinking Allowed' sahaja.
Sunday, January 2, 2011
Cabaran Pembukaan Sekolah
Ada yang gembira, ada yang bimbang, ada yang keliru, ada yang takut, ada yang kebal, ada yang tanya 'Esok sekolah buka?'.... Macam-macam respons terhadap pembukaan sekolah pada 3-1-2011. Mengapa ada pelbagai respons yang berlainan?
Dengan itu, saya berharap rakan-rakan yang berkhidmat di sekolah menjadi seperti Edison dan mencipta pelbagai jenis lampu di tempat-tempat yang gelap atau kurang terang. Selamat bersedia menghadapi pembukaan sekolah :-)
- Ada yang gembira kerana anak-anak tidak akan kacau-kacau lagi di rumah. Atau, sekurang-kurangnya sekolah adalah lebih baik dari pusat permainan komputer, rayau-rayau di kompleks beli-belah atau lebih teruk lagi.....
- Ada yang bimbang kerana walau dah usaha membuat persediaan yang rapi, tiada jaminan 100% bersedia melalui kaca mata pegawai-pegawai dari daerah, negeri atau langit yang akan menjunam ke dalam sekolah-sekolah esok.
- Ada yang keliru kerana jaga sentiasa hilangkan diri dan barangan di depan pondok jaga pun dicuri.
- Ada yang takut kerana asyik rasa kerja persediaan macam belum sempurna lagi.
- Ada yang sudah kebal. Buka bukalah, apa susah-susah (maaf bahasa pasar).
- Ada yang tanya 'Betulkah sekolah buka esok?' Hari ini ada apa-apa pertandingankah?
Dengan itu, saya berharap rakan-rakan yang berkhidmat di sekolah menjadi seperti Edison dan mencipta pelbagai jenis lampu di tempat-tempat yang gelap atau kurang terang. Selamat bersedia menghadapi pembukaan sekolah :-)
Saturday, January 1, 2011
Mahu, Mahu, Mahu, Mahu
Apa ini? Tajuk yang begitu anih? Sahaja untuk bergurau sempena penulisan yang pertama dalam tahun yang baru. Sebenarnya tajuk ini bukan sebarang yang suka-suka. Ia adalah terjemahan daripada 'Want, Want, Want, Want' yang sama bunyi dengan 'One, One, One, One' atau '1111'. Tarikh hari ini, kita hanya jumpa sekali dalam kehidupan kita-1.1.11 !
Sesuai juga sambil kita renung balik apa yang telah kita buat pada tahun 2010 dan kita berfikir apa yang kita mahu buat pada tahun 2011. Tahun 2011 pasti satu tahun yang mencabar. Tahun inilah menjadi tahun pelaksanaan banyak dasar baru yang memerlukan kerjasama, komitmen dan kompetensi untuk mencapai objektif yang digariskan. Sebagai pelaksana dasar-dasar pendidikan hasrat-hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) harus difahami oleh semua lapisan pelaksana di akar umbi. Berikut merupakan ringkasan yang dipetik dari siaran KPM.

Usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara holistik melalui• penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan,• modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan,• pembudayaan sikap progresif,• pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan• yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. (Sumber: KPM)
•Di samping itu, kita harus berusaha untuk membudayakan pemikiran inovatif dan kreatif. Kita semua diingatkan oleh tokoh yang tidak kurang daripada pemimpin utama kita. YAB PM kita menegaskan bahawa inovasi dan kreativiti milik semua, bukan untuk cerdik pandai sahaja. YAB juga menerangkan bahawa dalam menghala ke arah model ekonomi baru yang berpaksikan pengetahuan dan inovasi, hanya negara yang mempunyai perisian intelek dan berteknologi canggih serta terkini dapat berada di barisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. Bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa kunci kepada kejayaan negara maju adalah inovasi dan kreativiti.(YAB PM Malaysia)
Kepada yang kata semua itu konsep besar, abstrak dan tak realistik, mereka boleh difahami sebab itu juga respons (agaknya) orang ramai kepada orang yang pertama memikirkan cara menyeberangi sungai dengan bantuan sebatang kayu balak.

Subscribe to:
Posts (Atom)