Seronoknya perasaan saya menulis berkenaan kreativiti dan inovasi dalam p&p yang pertama untuk tahun 2011 yang secara kebetulannya merupakan artikel yang ke-11 dalam siri penulisan bertajuk 'Kreativiti Dan Inovasi Dalam P&P'. Minggu pertama persekolahan, seperti tahun-tahun lepas merupakan minggu yang sangat sibuk. Hampir setiap hari pihak pentadbiran serta guru-guru perlu melayan murid-murid dan ibu bapa berkenaan rayuan menukar kelas, menukar aliran dan macam-macam permintaan dari bantuan kewangan ke bantuan menukar sekolah. Semua ini tidak menjadi bahan perbincangan saya dalam artikel ini.

Sambil saya membincangkan perkara-perkara di atas, secara spontannya, muncul dalam pemikiran saya--Adakah perkara-perkara yang saya bangkitkan itu terlalu dalam untuk kefahaman murid? Adakah skop saya terlalu luas, khasnya apabila saya mengemukakan contoh-contoh dan fakta-fakta yang mereka tidak didedahkan oleh sebarang sukatan yang mereka melalui setakat ini? Adakah isu-isu yang saya bangkitkan itu terlalu matang untuk umur mereka? Patutkah saya membincang, kadang-kadang dengan ayat berlapis-lapis, dengan hujah-hujah yang mungkin boleh mengelirukan minda-minda yang muda dan masih 'simple' lagi, perkara-perkara yang masih tidak sangat berkenaan dengan kehidupan mereka? Tetapi, apabila saya membuat refleksi hujung minggu ketika berkesempatan untuk menenangkan minda diri, saya berasa gembira dan puas hati tentang sesi pengajaran dan pembelajaran saya dalam minggu pertama tahun 2011. Mengapa? Bukankah kita sedang dalam usaha menyemaikan budaya pemikiran seperti dalam 'Thinking School'? Kalau kita sentiasa memudahkan perkara, kita memudahkan sukatan, kita mengurangkan tahap kesukaran kiraan atau matematik, kita menanya soalan-soalan aras rendah (LOTS) kerana bimbang murid-murid tidak faham soalan-soalan beraras tinggi (HOTS), kita lebih bimbang untuk membebankan pemikiran mereka, kita takut mereka tak faham atau diri kita tidak difahami, bilakah dapat mereka dilatih pemikiran yang lebih kompleks? Apa lagi murid-murid yang saya hadapi ini adalah antara yang paling cemerlang di sekolah. Apa kata, pada keesokan hari, murid-murid seperti ini, dengan keputusan peperiksaan awam yang begitu cemerlang, gagal dalam temuduga kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan yang tidak terkandung dalam sukatan pelajaran yang mereka telah lalui? Salah siapa? Apa kata pada suatu hari nanti orang-orang seperti ini menjadi doktor, jurutera, akauntan, peguam, juru teknik tetapi bukan saintis yang mampu membuat inovasi atau mencipta sesuatu? Bukankah pemimpin kita mengingatkan kita bahawa untuk menganjakkan negara kita ke status negara maju, kita tidak boleh menjadi pengguna teknologi orang lain sahaja tetapi harus juga menjadi pencipta teknologi? Cabaran itu adalah terlalu besar? Susah sangat? Balik-balik ke jerat yang sama--Apa maksud itu? Cuba fikir. Saya cuma 'Thinking Allowed' sahaja.
No comments:
Post a Comment