Sesuai juga sambil kita renung balik apa yang telah kita buat pada tahun 2010 dan kita berfikir apa yang kita mahu buat pada tahun 2011. Tahun 2011 pasti satu tahun yang mencabar. Tahun inilah menjadi tahun pelaksanaan banyak dasar baru yang memerlukan kerjasama, komitmen dan kompetensi untuk mencapai objektif yang digariskan. Sebagai pelaksana dasar-dasar pendidikan hasrat-hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) harus difahami oleh semua lapisan pelaksana di akar umbi. Berikut merupakan ringkasan yang dipetik dari siaran KPM.
Usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara holistik melalui• penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan,• modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan,• pembudayaan sikap progresif,• pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan• yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. (Sumber: KPM)
•Di samping itu, kita harus berusaha untuk membudayakan pemikiran inovatif dan kreatif. Kita semua diingatkan oleh tokoh yang tidak kurang daripada pemimpin utama kita. YAB PM kita menegaskan bahawa inovasi dan kreativiti milik semua, bukan untuk cerdik pandai sahaja. YAB juga menerangkan bahawa dalam menghala ke arah model ekonomi baru yang berpaksikan pengetahuan dan inovasi, hanya negara yang mempunyai perisian intelek dan berteknologi canggih serta terkini dapat berada di barisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. Bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa kunci kepada kejayaan negara maju adalah inovasi dan kreativiti.(YAB PM Malaysia)
Kepada yang kata semua itu konsep besar, abstrak dan tak realistik, mereka boleh difahami sebab itu juga respons (agaknya) orang ramai kepada orang yang pertama memikirkan cara menyeberangi sungai dengan bantuan sebatang kayu balak.
Kepada yang kata semua itu konsep besar, abstrak dan tak realistik, mereka boleh difahami sebab itu juga respons (agaknya) orang ramai kepada orang yang pertama memikirkan cara menyeberangi sungai dengan bantuan sebatang kayu balak.
No comments:
Post a Comment