Saya simpan kartun ini tak kurang daripada 10 tahun dan dalam beberapa ketika telah menggunakannya dalam ceramah saya. Apa yang menarik minat saya ialah mesej yang disampaikan amat relevan dengan keadaan sebenar di banyak bilik darjah. Budak dalam kartun itu sebenarnya bukan tidak pandai jika kita menilai alasan yang diberi olehnya ketika tidak dapat menjawab soalan matematik yang diberi. Mungkin kecenderungan budak itu bukan pada matematik-logik. Mungkin guru budak itu tidak mahir merangsangkan minatnya untuk belajar matematik. Jika dilihat dari sudut yang positif, budak ini agak kreatif. Siapa tahu dia mungkin akan menjadi seorang jurujual (salesman) yang berjaya? Oleh itu, kita tidak harus melabelkan budak ini berkebolehan rendah.
Mengapa kebanyakan murid kurang kreatif jika diperhatikan dari beberapa aspek yang antaranya,
kurang rela memberi jawapan?
takut menjawab atau memberi pandangan?
pasif dan lebih cenderung kepada memberi jawapan berasaskan LOTS (lower order thinking skills)?
suka menjadi neutral atau tidak ingin melibatkan diri sama ada dalam menjawab atau perbincangan?
kurang mahir untuk memberi pandangan yang luar dari norma/biasa?
aktif menjawab semasa kecil tetapi semakin pasif apabila umur semakin meningkat?
Jawapannya kurang jelas tetapi rajah di sebelah mungkin boleh mendorongkan kita membuat refleksi bersama-adakah kita telah mewujudkan terlalu banyak peraturan dan secara sedar atau tidak sedar beransur-ansur membunuh kreativiti murid-murid?
No comments:
Post a Comment