14/4/13 (Ahad)
Masa
inilah kita lebih berpeluang mengikut pelbagai bahas daripada pelbagai pihak.
Perbahasan bukan perkara yang baru. Sejak zaman dahulu perbahasan telah
membolehkan pelbagai pendapat dan cadangan dapat dikemukakan sama ada disetujui
atau ditentang.
Perbahasan juga bukan domain cendekiawan sahaja. Di sekolah, di pasar atau di
kedai kopi pun kita dengar perbahasan. Perbahasan dapat memberi kita lihat dari
perspektif yang lebih luas, menjadikan kita lebih berwaspada, lebih kritikal
dan lebih 'accountable'. Perbahasan dapat mengurangkan kenyataan yang kurang
bertanggungjawab sebab kita harus boleh mempertahankan pendirian atau kenyataan
dengan fakta-fakta, statistik atau bukti yang sah. Oleh itu jangan setakat
berceramah satu hala sahaja. Harus lebihkan perbahasan.
No comments:
Post a Comment