Tuesday, May 14, 2013

BUBAR! Siri 22



4/5/13 (Sabtu)

Mulai 3 April, sempena dengan pembubaran Parlimen Malaysia serta Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak, saya telah melukis satu siri kartun berkenaan Pilihan Raya Malaysia ke-13, untuk membangkitkan beberapa isu 'remek' dari perspektif rakyat. Di sebalik lawak jenaka, kartun yang tak berstandard kartun dan sajak yang tak macam sajak itu ialah perkara-perkara untuk direnungi bersama dengan lebih mendalam lagi. Hari esok, 5 Mei, ialah hari membuang undi. Dengan ini saya pun tamatkan siri ini dengan kartun yang terakhir berikut. Semoga rakan-rakan yang membaca posting saya terhibur di samping dicetuskan pemikiran yang lebih lanjut lagi. Terima kasih atas segala sokongan. Jutaan maaf jika tersentuh hati tanpa kesedaran saya. Selepas ini saya akan buat posting isu-isu lain dan terus melukis kerana saya sedang mempromosikan satu kaedah penyampaian maklumat yang dipanggil GRAPHIC FACILITATION yang mungkin akan menjadi bidang baru saya tidak lama lagi. Terima kasih.

No comments: